Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj serangga yg bersayap dan berkaki panjang; jenis-jenisnya: ~ bajang; ~ daun; ~ hijau; ~ jarum; ~ kunyit; ~ mekah; ~ padi; ~ patung; ~ pelesit; ~ ranting; ~ rusa; pak ~ orang yg selalu mujur dgn tidak sengaja (ramalannya selalu benar dgn tidak disengajakan); ~ dapat menuai prb mendapat keuntungan dgn tidak sengaja (waktu mengerjakan suatu pekerjaan); ~ telah menjadi helang prb orang yg bodoh dan hina telah menjadi cerdik dan mulia; bagai mencari ~ atas akar prb mengerjakan pekerjaan yg mustahil mendatangkan hasil; mata ~ belum pecah, sudah hendak membuta prb dikatakan kpd orang yg hendak tidur malam terlalu awal (siang-siang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belalang I

Puisi
 

Sapu tangan tepi dikelim,
     Mari kelim sisi belalang;
Sirih pinang boleh dikirim,
     Nak kirim bukannya barang.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Di tempat tiada 'lang,
     kata belalang: akulah 'lang!

Bermaksud :

Orang yang mengaku dirinya pandai atau mempunyai kelebihan, apabila diketahuinya di tempat itu tidak ada orang yang pandai. (Peribahasa lain yang sama makna: Belalang hendak menjadi elang).

 

Lihat selanjutnya...(16)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
KEDAI SERBANEKA31656/2017Buka 24 jam Belalang Mart Belalang MartMajlis Perbandaran Sungai PetaniMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201705/19413Lulus24/05/201730/05/201708:25:45
KOPI PAK BELALANG17533/2017TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201703/19167Lulus28/03/201729/03/201711:35:53
KEMPEN KOPI PAK BELALANG28136/2015TOLONG KEMASKINI SEGERA.Majlis Bandaraya Johor BahruMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201507/08032Lulus15/07/201515/07/201515:23:56

Kembali ke atas