Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.li] | بلي

Definisi : ; = membeli; berjual ~ menjual dan membeli;berbeli (dapat) dibeli, (dapat) dibayar, terbayar: ikan juga tidak pernah ~; ambil sajalah, tak usah ~;berbeli-belian 1. saling membeli; 2. ark berbelanja: ~ di pasar;membeli 1. memperoleh barang dgn membayar (harganya): anak itu disuruhnya ~ kopi di kedai; 2. mencapai (memperoleh) sesuatu dgn usaha yg keras (dgn pengorbanan): ijazah itu saya beli dgn usaha siang dan malam; ~-belah membeli berbagai-bagai jenis barang; alah (kalah) ~ menang memakai prb barang yg baik memang mahal harganya tetapi lama dapat dipakai; gajah lalu dibeli, kosa tidak terbeli prb pekerjaan besar dapat dibuat, tetapi pekerjaan kecil utk menjayakan pekerjaan besar itu tidak terbuat; mahal dibeli, sukar dicari prb benda yg tidak mudah didapat (jarang ada);membelikan 1. membeli utk: ia jarang-jarang ~ isterinya barang perhiasan; 2. menggunakan wang utk membeli sesuatu: wang tiadalah banyak, saya hematkan dr sedikit ke sedikit, itulah yg dibelikan rumah;terbeli 1. mampu (sanggup) membeli, sanggup dibeli; 2. tidak sengaja telah membeli sesuatu: ~ barang tiruan; 3. makan suap, menerima sogokan; belian 1. benda yg sudah dibeli: kita harus dapat menaksir berapa banyak barang dagangan patut dibeli utk bulan depan, supaya ~ tidak berlebihan; budak ~ hamba (yg dibeli); 2. = beli-belian bp membeli-beli, berbelanja; harga ~ bayaran barang pd masa membeli;pembelian 1. perihal (perbuatan) membeli: pembicaraan mereka beralih kpd ~ tanah; ~ dapur gas; 2. benda yg dibeli: tilam itu ~ ibunya;pembeli 1. orang yg membeli: ada ~ datang ke rumahnya utk membeli sayur-sayuran; 2. alat (wang dll) utk membeli: wang itu utk ~ makanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.li] | بلي

Definisi : ; berbeli perlu atau dpt dibeli: Makan dan pakainya tidak pernah ~, semuanya disedekahkan orang. membeli mengambil barang dgn membayar harganya: Ia ke kedai hendak ~ buku. ~-belah membeli beberapa banyak jenis barang keperluan sehari-hari. membelikan membeli sesuatu utk: Ia ~ adiknya sepasang kasut kulit sbg hadiah. belian barang yg dibeli: harga ~ harga yg dibayar ketika membeli. pembelian perbuatan atau hal membeli: Pengusaha asing telah mengurus ~ getah di Malaysia. pembeli 1 orang yg membeli: Sungguhpun banyak ~ yg membayar tunai, tidak kurang pula yg berhutang. 2 sesuatu (spt wang) yg digunakan utk membeli: wang ~ buku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beli

Puisi
 

Beli gelas beli cawan,
     Untuk pagi Hari Raya;
Tidakkah belas hati tuan,
     Melihat nasib hidup saya.


Lihat selanjutnya...(61)
Peribahasa

Bahasa dan bangsa itu tidak dijual beli.

Bermaksud :

Baik buruk adat kelakuan orang menunjukkan tinggi rendah keturunannya (asal usulnya).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
PUSAT BELI BELAH12107/2015TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201903/21675Lulus03/12/201512/03/201917:27:08
BELI 1 PERCUMA 112609/2016TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201902/16185Lulus16/11/201628/02/201916:49:14
KOMPLEKS BELI-BELAH974/2017TiadaMajlis Perbandaran Subang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201903/22543Lulus23/01/201725/03/201917:25:03
MESTI BELI10414/2016TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201901/16335Lulus29/09/201611/01/201917:21:50
PUSAT BELI BELAH11832/2015TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurAksesori dan Alat Ganti KeretaTiadaDBP/KPB/201810/18046Lulus26/11/201530/10/201817:01:33
JUAL/BELI7934/2016TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201808/14256Lulus02/08/201630/08/201817:05:48
JOM BELI TILAM DAN SOFA7568/2016TiadaMajlis Bandaraya Petaling JayaPerkakas dan Hiasan RumahTiadaDBP/KPB/201808/13793Lulus22/07/201606/08/201817:02:52
PROMOSI BELI 1 PERCUMA 16835/2016TiadaMajlis Perbandaran KajangMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201806/15594Lulus28/06/201606/06/201816:57:57
PUSAT JUAL BELI KERETA13281/2016TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201903/20795Lulus30/11/201602/03/201916:07:24
WOSCO14304/2016TiadaMajlis Bandaraya Petaling JayaKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201903/22144Lulus23/12/201619/03/201916:49:21
12345678910...

Kembali ke atas