Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.ni] | براني

Definisi : 1. gagah (bukan pengecut), perkasa: adikku ialah seorang yg ~; 2. tidak takut, tabah menghadapi bahaya (kesulitan dll): fikiran ini tidak ada orang yg ~ menafikan; ~ lalat berani di belakang lawan (kalau berhadapan takut); ~ mati tidak takut mati; ~ udang tidak tetap hati, cemas hati; barisan (pasukan) ~ mati tentera yg berani mengorbankan jiwanya; ~ hilang tak hilang, ~ mati tak mati prb mengerjakan sesuatu hendaklah dgn keberanian; ~ malu, takut mati prb pengecut; ~ menjual, ~ membeli prb a) apa-apa yg dikerjakan (dikatakan), hendaklah ditimbang-timbang (jangan mengenai orang lain); b) tidak saja mahu menyuruh, mengerjakan pun mahu juga; ~ pegang, ~ tanggung = barang siapa ~ mengamang, tak dapat tidak melawan prb tiap-tiap yg dicakapkan akan berani pula dikerjakan; memberanikan 1. memberangsangkan, menggalakkan: kemenangan itu ~ lagi orangorang Islam; 2. = memberani-beranikan menjadikan (diri sendiri) berani, membuat (memaksa diri) supaya berani: “Saya tidak akan bimbang dgn tidak bersebab,” katanya dgn hati yg diberani-beranikan;keberanian kegagahan, keperkasaan: dia mendapat pangkat itu dgn ~ dan pengorbanan; pemberani sangat berani, orang yg sangat berani. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.ni] | براني

Definisi : ; batu ~ = besi ~ besi yg mempunyai tenaga utk menarik besi lain (mengandungi kuasa elektrik); ® semberani II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.ni] | براني

Definisi : tidak berasa takut menghadapi bahaya; tidak gentar menghadapi sesuatu: Orang yg ~ tidak akan mundur apabila berhadapan dgn musuh. ~ lalat pura-pura berani tetapi sebenarnya takut. ~ mati tidak takut mati. memberanikan membangkit-bangkitkan hati supaya berani; memberangsangkan: Saya ~ diri naik ke atas rakit dan mencuba memadamkan api itu dgn gebar. keberanian sifat(-sifat) berani: Cerita ttg ~ askar-askar Raja Haji menyerbu ke dlm kubu Belanda di Teluk Ketapang itu sungguh menggerunkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berani

Puisi
 

Hari Isnin kucing berlumba,
     Orang Tambirat berkayuh;
Berani jamin berani bawa,
     Di dalam surat mengata sungguh.


Lihat selanjutnya...(48)
Peribahasa

Barang siapa berani mengamang,
     tak dapat tidak berani melawan juga.

Bermaksud :

Berani berkata, tentulah berani berbuat. mengamang = menakut-nakuti.

 

Lihat selanjutnya...(39)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
GALERI PERKAHWINAN BERANI KAHWIN9877/2017NAMA SYARIKATMajlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201703/14642Lulus07/03/201708/03/201708:31:47
KEDAI RUNCIT BERANI GAGAH ENTERPRISE1356/2015TiadaMajlis Perbandaran KajangTiadaTiadaDBP/KPB/201606/10825Lulus09/03/201508/06/201614:40:49
stevia sweet16605/2014Anda berani? Nak minum manis tanpa henti? Acu cuba ni.. Gerenti diabetis tak mariMajlis Daerah PekanMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201408/03711Lulus15/08/201418/08/201410:41:27
NASI BARYANI ALINA YUSRI58459/2016NASI BERANI ALINA YUSRI PISANG GORENG ROJAK MANIS BAKSO AYAM MASAK MERAH MINUMAN NASI BARYANI JM0785725-XMajlis Perbandaran KluangMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201611/14245Lulus23/11/201624/11/201609:13:48
Focus & Bingo Billboard24602/2014KREATIF, EFEKTIF & BERANI PELUANG MENIKMATI HIDANGAN PERCUMA DAN BANYAK LAGIMajlis Bandaraya Johor BahruMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201410/05051Lulus13/10/201415/10/201411:13:07

Kembali ke atas