Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.pa] | براڤ

Definisi : 1. (kata tanya) utk menanyakan jumlah (besar, bilangan, harga, tinggi, dll): ~ jumlahnya?; ~ harga buku itu? 2. sebanyak mana, sebesar apa (jumlahnya): dia boleh mengambil hartaku ~ dia suka; 3. bagaimana, betapa: tengoklah ~ berbahagianya mereka di sini; ~ pun bagaimanapun, betapa pun; 4. = seberapa sekian (banyaknya), sebegitu (banyaknya): tidak ~ lama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.pa] | براڤ

Definisi : kata yg menanyakan banyaknya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.pa] | براڤ

Definisi : 1 kata utk menanyakan jumlah sesuatu: ~kah harganya buku ini? 2 sebanyak mana; sebesar mana jumlahnya: Engkau ambillah ~ yg engkau suka. 3 bagaimana; betapa: Sekarang baru dia tahu ~ susahnya hidup miskin. 4 kata utk menyatakan jumlah atau bilangan yg tidak tentu; banyak yg lebih kurang: Tidak ~ lama kemudian, sampailah pengembara itu ke tempat yg dituju. beberapa jumlah yg tidak tentu banyaknya (lebih drpd dua tetapi tidak terlalu banyak): Ada ~ orang yg datang mencari tuan tadi. seberapa sekian banyaknya; sebanyak itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[be.ra.pa] | براڤ

Definisi : kata yg digunakan utk menanyakan banyaknya: ~ ekor lembu yg disembelih utk kenduri kahwin itu? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berapa

Puisi
 

Berapa tinggi pokok kubis,
     Tempat membuat ulam-ulaman;
Sedikit lagi jiwa nak habis,
     Tempat berbudi kepada tuan.


Lihat selanjutnya...(48)
Peribahasa

Ekor anjing berapa pun dilurut (akan dia) tiada juga betul.

Bermaksud :

Orang yang memang jahat itu tidak dapat diajar, sekali-sekala ia hendak berbuat jahat juga. (Bandingkan dengan: Seperti hendak meluruskan ekor beruk).

 

Lihat selanjutnya...(16)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
SOO SENG31686/2017Kenapa suka-suka tukar. Tak boleh confirm sekali dan inform ke? Berapa banyak pembetulan nak buat?Majlis Perbandaran SelayangAksesori dan Alat Ganti KeretaTiadaDBP/KPB/201705/19818Lulus30/05/201731/05/201708:20:44
Slimming Sanctuary Banner Shah Alam57231/2016Pada pengwai-pengawai tolong translation tulisan dalam, bahasa saya tak berapa baik, Sekian terima kasihMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201611/13462Lulus21/11/201621/11/201610:43:16
BUNTING7516/2016Untuk pengatahuan puan/tuan, perkataan PAMERAN dikehandaki letak di atas sekali. Kami sudah membuat drawing ini berapa tahun. Dan selama ini tak pernah diminta membuat pembetulan dari pihak tuan/puan. Ini adalah bunting.Majlis Perbandaran Subang JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201602/08675Lulus22/02/201623/02/201608:06:04
BUNTING7515/2016Untuk pengatahuan puan/tuan, perkataan PAMERAN dikehandaki letak di atas sekali. Kami sudah membuat drawing ini berapa tahun. Dan selama ini tak pernah diminta membuat pembetulan dari pihak tuan/puan. Ini adalah bunting.Majlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201602/08674Lulus22/02/201623/02/201608:05:49
KEDAI KAIN DAN LANGSIR1411/2016KEDAI KAIN DAN LANGSIR INDAH HOME CURTAIN SDN. BHD. 美好百货布装有限公司 Pernilaian : quotation , kasih kiraan langsir harga berapa? promosi setiap miggu : offer every week , setiap miggu ada kain pasang atau kain langsir murah offer kepada customerMajlis Daerah Kuala SelangorKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201601/09943Lulus21/01/201622/01/201608:00:20
CT3 Cameron Trader59062/2016Mohon semak dengan berwibawa,Saya sudah letak titik noktah untuk pengesahan kedua.Kenapa perlu titik noktah lagi semasa pengesahan ketiga?Berapa titik noktah perlu diletakkan?Majlis Perbandaran Johor Bahru TengahKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201611/15037Lulus29/11/201629/11/201614:41:33

Kembali ke atas