Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.sar] | بسر

Definisi : 1 tidak kecil ukurannya; lebih drpd sedang ukurannya: Rumahnya ~ lagi cantik. 2 hampir dewasa; tahu membezakan yg buruk drpd yg baik: Anak-anaknya semua sudah ~. 3 ukuran sesuatu benda: ~ rumahnya lebih kurang dua kali rumah ini. 4 paling tinggi pangkatnya dlm sesuatu jawatan; paling berpengaruh atau berkuasa: guru ~ guru yg menjadi ketua guru-guru di sesebuah sekolah; kerani ~ kerani yg mengetuai semua kerani di sesebuah pejabat; orang ~ orang yg memegang jawatan penting dlm kerajaan, di sesebuah firma dsb. ~ hati a. bangga. b. senang atau girang hati. ~ kepala a. tidak mahu menurut kata orang lain. b. sombong. ~ mulut banyak bercakap. ~ perut a. kuat makan. b. mengandung atau hamil. berbesar; ~ hati berasa besar hati. membesar menjadi besar; bertambah besar: Tiap-tiap benda yg hidup pasti akan ~. membesarkan 1 menyebabkan menjadi besar: Dia sedang ~ rumahnya. 2 menjaga atau memelihara hingga menjadi besar: Kita hendaklah sentiasa menghormati kedua-dua ibu bapa kita yg telah bersusah payah ~ kita. 3 menganggap penting atau tinggi: Jika kita suka ~ diri, kita akan dibenci orang. membesar-besarkan mengatakan yg bukan-bukan hingga berlebih-lebihan: Janganlah kita ~ perkara yg tidak penting itu. memperbesar menjadikan lebih besar drpd yg ada: Kerajaan bercadang hendak ~ pasukan tentera negara kita ini. besar-besaran dgn cara yg besar atau berlebih-lebihan: Majlis perkahwinan itu telah diadakan secara ~. kebesaran 1 keadaan atau sifat besar: ~ Tuhan tidak ada bandingnya. 2 tanda-tanda spt pakaian dll yg menyatakan ketinggian pangkat atau darjat: Baginda duduk bersemayam dgn memakai pakaian ~. 3 hal atau perkara yg dpt dibanggakan atau yg dpt dimegahkan; kemuliaan: ~ kerajaan Melayu Melaka termasyhur ke seluruh dunia. pembesaran hal (cara dsb) membesar atau membesarkan: Beliau telah memberikan perhatian yg lebih terhadap ~ angkatan bersenjata. pembesar 1 orang yg berpangkat tinggi: Semua ~ negeri turut hadir dlm perarakan Maulud Nabi. 2 alat utk membesarkan sesuatu: ~ suara alat utk menguatkan suara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata besar

Puisi
 

Rumah besar alang besar,
     Rumah datuk permaisuri;
Kalau tidak hajat besar,
     Bilakah tuan datang ke mari.


Lihat selanjutnya...(82)
Peribahasa

Besar,
     besar gunung dipandang;
kecil,
     kecil hutang disandang.

Bermaksud :

Hutang itu walau sedikit sekalipun berat juga bagi orang yang menanggungnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil gunung dipandang, besar hutang disandang).

 

Lihat selanjutnya...(235)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
BESAR AQUAS6270/2014BESAR, SERLAHKAN BUTIRAN , AQUAS BESARTiadaBarangan Elektrik dan ElektronikTiadaDBP/KPB/201404/02924Lulus01/04/201401/04/201414:13:50
Nilai Wang Lebih Besar10888/2017nilai Wang lebih Besar pulangan kini LEBIH BESAR dengan Akaun Berjangka Tetap-i hingga 4.5% setahunDewan Bandaraya Kuala LumpurPerbankanTiadaDBP/KPB/201702/14246Lulus28/02/201728/02/201714:18:20
Nilai Wang Lebih Besar10881/2017Nilai Wang Lebih Besar! Pulangan kini LEBIH BESAR dengan Akaun Berjangka Tetap-i hingga 4.5% setahunDewan Bandaraya Kuala LumpurPerbankanTiadaDBP/KPB/201702/14253Lulus28/02/201728/02/201714:46:50
Promosi Diskaun 50%22642/2015Promosi Diskaun 50% Piza Serdahana, Besar Dan Ekstra BesarPihak Berkuasa TempatanMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201506/06570Lulus05/06/201505/06/201516:19:35
COURTS MEMANG SENANG!13214/2016COURTS MEMANG SENANG! RANGKAIAN BESAR. NILAI HEBAT. SKIRN BESAR DARIPADA RM982 SOFA BAHARU DARIPADA RM699 PETI SEJUK DARIPADA RM729 *TERTAKLUK PADA TERMA DAN SYARAT.Pihak Berkuasa TempatanBarangan Elektrik dan ElektronikTiadaDBP/KPB/201603/11998Lulus23/03/201624/03/201609:47:54
PAMERAN BERGERAK KERETA HONDA DI PASAR RAYA ECONSAVE PEKAN NANAS.10761/2016HONDA (Huruf saiz besar) The Power Of Dreams (Huruf saiz kecil) PONTIAN (Huruf saiz besar) PAMERAN BERGERAK (Huruf saiz besar) ROADSHOW (Huruf saiz kecil) Kita ada di / We're at (Huruf saiz kecil) PEKAN NANAS (Huruf saiz besar) PANDU UJI DISEDIAKANMajlis Daerah PontianMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201603/09918Lulus09/03/201610/03/201609:03:43
Banting Jualan Perpindahan Ten Ten Sungai Besar2468/2016GEDUNG Ten Ten JUALAN PERPINDAHAN 13/2/2016-13/3/2016 POTONGAN HINGGA 50% GEDUNG BIG 10 (KL) SDN. BHD. No. 15, 17 dan 19, JALAN SBBC, PEKAN SUNGAI BESAR, 45300 SUNGAI BESAR, SELANGOR. TB: 012-4750101Dewan Bandaraya Kuala LumpurMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201601/09374Lulus18/01/201618/01/201615:27:37
PEMBUKAAN BESAR-BESARAN64170/2016PEMBUKAAN BESAR-BESARANMajlis Daerah SegamatMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201612/13141Lulus21/12/201622/12/201608:38:32
PEMBUKAAN BESAR BESARAN51850/2016PEMBUKAAN BESAR BESARANMajlis Perbandaran Subang JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201610/13911Lulus20/10/201621/10/201608:17:04
JUALAN BESAR-BESARAN50269/2016JUALAN BESAR-BESARAN! TAWARAN HEBAT!Majlis Bandaraya Petaling JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201610/12508Lulus12/10/201613/10/201609:13:13
12345678910...

Kembali ke atas