Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[biar] | بيار

Definisi : 1. agar, supaya: berilah aku wang, ~ aku beli baju itu; 2. lebih baik (drpd): ~ mati drpd menanggung malu; 3. = ~lah tidak mengapa, tidak jadi apa, tidak ada halangan: ~ mati anak, jangan mati adat; ~ mati (dll) ~ hidup (dll) baik mati (dll) mahupun hidup (dll): ~ besar, ~ kecil asal ada; ~ begitu walau begitu; biarnya biarpun; biarpun meskipun; membiarkan 1. mengabaikan, tidak mempedulikan: air matanya yg mengalir itu dibiarkannya saja; 2. merelakan, mengizinkan, tidak melarang: dia tidak ~ dirinya diperlakukan begitu; terbiar 1. terabai, terbengkalai, terlantar: sungguh kasihan, adinda, akan bapa yg menderita dan anak yg ~; 2. ditinggalkan (didiamkan) begitu saja, tidak terganggu: suasana itu ~ begitu saja; keterbiaran keadaan terbiar: sekiranya berlaku kebuntuan atau ~; kebiaran terbiar: pd zaman penjajahan, kesusasteraan Melayu tidak dihargai, penghasilan sastera, dlm hal ini cerita pendek, adalah sesuai dgn keadaan ~ itu; lima enam helai kertas yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[biar] | بيار

Definisi : 1 jangan ditegah atau jangan dilarang; izinkan saja: ~ dia bermain-main di bawah pohon itu. 2 lebih baik; lebih elok: ~ dia membaca buku drpd merayau-rayau di segenap kampung. 3 kata yg digunakan utk mengharapkan sesuatu; supaya; agar: Basuhlah kain itu dahulu ~ bersih. membiarkan 1 memberi izin atau kebenaran; tidak melarang: Emak ~ kami bermain-main di padang permainan kanak-kanak. 2 tidak mempedulikan; tidak menjaga atau tidak memelihara baik-baik: Gadis itu ~ air matanya menitik membasahi pipinya. terbiar tidak dipedulikan atau tidak diendahkan; terlantar: Sejak kematian kedua-dua ibu bapanya, Ahmad ~ seorang diri. biarpun meskipun; walaupun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biar

Puisi
 

Hancurlah rakit dari hulu,
     Singgah ke lubuk kailku kena;
Alang-alang sakit menahan rindu,
     Biar duduk biar mengena.


Lihat selanjutnya...(122)
Peribahasa

Bertampar biar sama bercincin,
     bertendang biar sama bersepatu,
bercakar biar sama bercangggai.

Bermaksud :

Mencari lawan biarlah dengan orang yang sepadan dengan kita. canggai = kuku buatan.

 

Lihat selanjutnya...(82)

27

Better death than dishonour

Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah

Biar putih tulang, jangan putih mata

We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land!

Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Biar putih tulang, jangan putih mata. Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
BIAR JIWA ANDA MERANTAU19315/2015HARMONI, TENANG, SANTAI MEMUASKANPihak Berkuasa TempatanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201505/07797Lulus18/05/201522/05/201512:45:13
poster63327/2016biar mandi peluh semasa aman, jangan mandi darah semasa perangPihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201612/12754Lulus16/12/201620/12/201610:41:40
Jualan Perabot12567/2015Biar Kami Tanggung Yang LebihMajlis Perbandaran SelayangPerkakas dan Hiasan RumahTiadaDBP/KPB/201504/05994Lulus06/04/201509/04/201511:40:36
SHELL SNEK R110597/2017BIAR LAMBAT ASALKAN SNEK LAZAT REHAT DENGAN PELBAGAI SNEK HANYA DI SHELL SELECTDewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201702/14149Lulus27/02/201728/02/201708:21:26
CIMB Prime Banking17293/2014anda telah berusaha untuk mengukuhkan simpanan.biar kami tingkatkannya untuk andaTiadaPerbankanTiadaDBP/KPB/201408/02824Lulus31/07/201404/08/201413:36:04
Jamu Susuk Dara Ziela JSD2023/2014Manis, Mantap Dan Penuh Rahsia Jamu Susuk Dara Ziela JSD Sungai Buloh dan seluruh Malaysia Biar Betul ! Kini berada berhampiran tempat anda hubungi segera untuk mendapatkan rundingan PERCUMA Fb: ziela jsd Pages: jamu susuk dara ziela Ejen diperluMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201402/03116Lulus10/02/201410/02/201410:46:40

Kembali ke atas