Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bia.sa] | بياسا

Definisi : 1. spt sediakala, seperti yg sudah-sudah: keadaan huru-hara di negeri itu pulih spt ~; kelakuannya tidak spt ~ pd hari itu; 2. kerap kali atau selalu terjadi, lazim: kekalahan merupakan perkara ~ dlm pertandingan; spt ~, dia membaca akhbar sebelum makan pagi; 3. tidak asing lagi kerana sudah kerap kali bergaul (bersama dsb): dia tidak kekok lagi bergaul dgn orang-orang kenamaan kerana sudah ~; 4. tidak istimewa drpd yg lain: corak batik itu ~ sahaja; 5. seperti yg selalu dan sepatutnya berlaku atau wujud (bkn sesuatu keadaan dsb): suhu ~ badan manusia; 6. sudah ada mengalami (melakukan, melihat, menikmati, dsb), pernah: saya ~ tidur di masjid; luar ~ berlainan drpd biasa; alah bisa tegal (kerana, oleh) ~ prb segala kesukaran dsb tidak lagi terasa sesudah biasa (mengalami, melakukan, dsb sesuatu); biasanya spt yg selalu dilakukan atau yg sudah teradat, selalunya: kursus itu ~ dijalankan selama dua minggu; membiasakan 1. menjadikan umum (lazim, teradat, dll): pepatah ini ialah mengenai perkara yg telah teradat atau peraturan yg sudah dibiasakan; 2. menjadikan biasa (utk mengerjakan sesuatu), melatih supaya biasa: Basir berdiri sebentar utk ~ pemandangannya di dlm dewan yg kelam itu; ~ diri bergaul dgn orang atasan; 3. menjadikan biasa (dgn keadaan cuaca, suasana, dsb), menyesuaikan: dia tidak dapat ~ dirinya dgn cuaca yg terlalu panas di Mekah; terbiasa telah menjadi biasa (umum, lazim, dll): di negerinya, bermadu itu sudah lazim ~, tersimpul dlm adat; keterbiasaan perihal (keadaan) terbiasa; kebiasaan hal yg biasa dilakukan: adat ~; sudah menjadi ~ bagi tuan rumah itu utk datang tepat pd awal bulan; ~nya adatnya, biasanya;pembiasaan perbuatan atau hal membiasakan, pelaziman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bia.sa] | بياسا

Definisi : 1 tidak menyalahi adat; sbg sedia- kala atau sbg yg sudah-sudah; tidak pelik: Selepas dilanda banjir, keadaan bandar Kuala Lumpur sekarang pulih spt ~. 2 memang umum di mana-mana; tidak asing lagi: Ia menggunakan bahasa yg mudah dan ~ digunakan orang dlm karangannya. 3 selalu atau kerap kali melakukannya; menjadi kelaziman: Saya memang ~ makan nasi pagi-pagi. biasanya menurut yg lazim atau yg sudah-sudah; umumnya: Kursus itu ~ memakan masa setengah tahun. membiasakan 1 menjadikan biasa; melazimkan: Ahmad tidak dpt ~ dirinya dgn makanan orang-orang Eropah. 2 melatih menggunakan sesuatu supaya menjadi biasa: Orang asing itu ~ dirinya bertutur dlm bahasa Melayu. kebiasaan sesuatu yg sudah biasa; hal yg biasa dilakukan: Sudah menjadi ~ anak-anak itu pergi ke sekolah bersama-sama. pembiasaan perbuatan atau hal membiasakan; pelaziman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biasa

Puisi
 

Kuda ini kuda biasa,
     Kuda biasa berjalan malam;
Budak ini budak biasa,
     Buah mabuk hendak dimakan.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Alah bisa,
     oleh (= kerana,
tegal) biasa.

Bermaksud :

Apabila telah biasa melakukannya, maka tiada terasa lagi kesukarannya; pengalaman praktis lebih baik daripada teori.

 

Lihat selanjutnya...(65)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
SUNWAY TRANSIT SYSTEM SDN BHD20546/2017TEMPOH KADAR BAYARAN 2 JAM PERTAMA (HARI BIASA, CUTI UMUM, SABTU DAN AHAD) SETIAP JAM BERIKUTNYA (HARI BIASA, CUTI UMUM, SABTU DAN AHAD) CAJ MAKSIMUM SEHARI (HARI BIASA, CUTI UMUM, SABTU DAN AHAD) KEHILANGAN TIKET (HARI BIASA, CUTI UMUM,Majlis Perbandaran Subang JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201704/15867Lulus12/04/201713/04/201709:34:37
SUNWAY GEO AVENUE20545/2017TEMPOH KADAR BAYARAN 3 JAM PERTAMA (HARI BIASA, CUTI UMUM, SABTU DAN AHAD) SETIAP JAM BERIKUTNYA (HARI BIASA, CUTI UMUM, SABTU DAN AHAD) CAJ MAKSIMA SEHARI (HARI BIASA, CUTI UMUM, SABTU DAN AHAD) KEHILANGAN TIKET (HARI BIASA, CUTI UMUM, SMajlis Perbandaran Subang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201704/15866Lulus12/04/201713/04/201709:34:06
JUALAN MEGA50792/2015Jualan Mega 017-768 2866 RM880 Harga Biasa: RM1288 RM299 Harga Biasa: RM599Majlis Perbandaran MuarPerkakas dan Hiasan RumahTiadaDBP/KPB/201512/08038Lulus13/12/201514/12/201509:22:09
2 Piza Biasa RM 3015043/20172 Piza Biasa RM 30Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya PelanconganMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201703/17033Lulus16/03/201717/03/201714:37:44
Mesyuarat Agung Luar Biasa9921/2017Mesyuarat Agung Luar BiasaMajlis Bandaraya Melaka BersejarahMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201702/13531Lulus23/02/201723/02/201715:47:59
PERNIAGAAN BERJALAN SEPERTI BIASA13802/2016PERNIAGAAN BERJALAN SEPERTI BIASA,TIDAK TERGANGGU DENGAN LUAR PENGUBAHSUAIAN DI LUARPihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201603/12513Lulus28/03/201629/03/201614:46:32
PERNIAGAAN BEROPERASI SEPERTI BIASA18821/2015PERNIAGAAN BEROPERASI SEPERTI BIASAMajlis Perbandaran Subang JayaKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201505/07380Lulus14/05/201520/05/201515:00:39
pakej7755/2017Pakej Biasa: RM98-RM268 Kanta Sentuh: (Biasa)RM25/Kotak ; (Warna) RM35/Kotak Harga Pasaran Terbaik Kepuasan ; JaminanMajlis Perbandaran Subang JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201702/11996Lulus15/02/201716/02/201708:45:01
Pusat Servis Beroperasi Seperti Biasa1482/2014Pusat Servis Beroperasi Seperti Biasa. Kerja Naik Taraf sedang Dilaksanakan untuk Keselesaan AndaMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201401/03482Lulus23/01/201423/01/201414:36:24
PERNIAGAAN BEROPERASI SEPERTI BIASA28181/2015Lokasi Sama. Pengalaman Baru Nantikan Wajah Baru Kami Pertanyaan Penyewaan, 012-3313730 atau 019-3192083 Beroperasi seperti biasaMajlis Perbandaran Subang JayaPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201507/07834Lulus13/07/201515/07/201510:07:23
12345678910...

Kembali ke atas