Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.ca.ra] | بيچارا

Definisi : 1. pendapat: benar sekali spt kata tuan hamba itu, barang ~ pun marilah kita undur dahulu menantikan kapitan kita; 2. fikiran, muslihat, akal budi: lain tidak ~nya, hendak mencari kesalahan akan Sang Si Tuah juga kerjanya; 3. mesyuarat: setelah masing-masing putus ~ itu, maka masing-masing pun undurlah menuju pulau; 4. (ber)cakap, (ber)kata: Maskam tidak banyak ~; 5. perkara di mahkamah: dia meminta nasihat bagaimana akan meminta ulang ~;berbicara 1. bercakap: dia membiarkan sahaja suaminya itu ~; 2. bermesyuarat: keputusan itu dicapai selepas mereka ~; 3. mengemukakan pendapat (fikiran dll): ~ tentang syair Melayu, Dr. C. Hooykaas mengatakan bahawa rupa sajak ini ketara asli; membicarakan 1. mempercakapkan, memperkatakan, membincangkan: akan terbit pula sebuah buku yg ~ novel-novel sebelum perang; 2. mengadili sesuatu perkara di mahkamah: perkara itu harus diadukan kpd polis dan dibicarakan di mahkamah; perbicaraan pengadilan sesuatu perkara di mahkamah: bintang filem itu meminta mahkamah menangguhkan ~ kerana seorang saksinya tidak dapat hadir; pembicaraan 1. percakapan, perbincangan: ~ mereka beralih kpd perkara lain; 2. Id pengadilan perkara di muka hakim; pembicara 1. orang yg berbicara (berceramah dll); 2. ark pengacara, penasihat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.ca.ra] | بيچارا

Definisi : 1 pertimbangan fikiran; pendapat: Apa ~ tuan hamba? 2 rundingan; mesyuarat: Kalau sudah sepakat, tidak perlu kita mengadakan ~ lagi. 3 bp berunding utk mendapatkan penyelesaian: Kalau kita tidak dpt menyelesaikannya, lebih baik hal ini dibawa ~ kpd hakim. 4 bercakap; berkata: Mereka itu lebih ~ drpd bekerja. berbicara 1 mengeluarkan kata-kata; bercakap: Ia meminta suaminya saja yg ~ dlm pertemuan itu. 2 bermesyuarat utk mendapatkan persetujuan dsb; berunding: Lama juga mereka ~ ttg syarikat kerjasama Syamelin. 3 berbahas dlm mahkamah utk menegakkan kebenaran. 4 mengeluarkan pendapat atau fikiran: Di negara demokrasi, rakyat bebas utk ~. membicarakan 1 memberikan pendapat ttg sesuatu; membincangkan: Sebuah buku yg ~ sejarah perkamusan Melayu akan diterbitkan tidak lama lagi. 2 mendengar serta mengadili sesuatu perkara dlm mahkamah: Tuan Hakim telah ~ kes pembunuhan itu dgn adilnya. perbicaraan perbuatan berbicara atau berbahas mengenai sesuatu perkara di mahkamah; pengadilan perkara di muka hakim: ~ itu diadakan di Mahkamah Tinggi. pembicaraan perbuatan membicarakan: ~ mereka telah beralih drpd politik tanah air kpd syarikat kerjasama. pembicara orang yg berbicara atau yg membincangkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bicara

Puisi
 

Helang menyambar burung udara,
     Singgah menyambar gelugut batang;
Hilang budi lenyap bicara,
     Kasih menjulung bencana datang.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Berhadap kasih mesra,
     balik belakang lain bicara.

Bermaksud :

Tidak teguh janji.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
BICARA JUTAWAN HARTANAH 201613853/2016TiadaMajlis Bandaraya IpohMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201603/12256Lulus25/03/201625/03/201614:50:15
Program XPURA - Banner 10x2017560/2016- Klinik Infoniaga - Bicara Addin - Seminar Rangkaian Perniagaan - Liga Robotik - Persembahan Boboiboy - Malam Gegar - Bersama Usahawan Selebriti - Basikalton - Sukan Ria - Seminar Pemasaran Produk - Bermain Dron - Temui Pemain JDT -Pihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201605/08967Lulus02/05/201603/05/201609:57:47
Ekspo Teknologi Hijau19966/2015Majlis perasmian oleh Wakil Kementerian dan Pihak Pengurusan Bicara Hijau Wakil daripada Industri dan kementerian Pameran Lestari Pameran Produkdan servis berkaitan alam sekitar MALAYSIA BOOK OF RECORDS Percubaan membina jambatan paling kukuMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201505/07593Lulus21/05/201521/05/201514:17:58
Astro Awani23850/20161. Obviously Harith Iskander 2. Kisah - kisah memukau 3. Bual bicara menarik 4. Kupasan yang membuka minda 5. Tetapi kelakarlah... 6. Setiap Sabtu, 9.30 malamTiadaMedia ElektronikTiadaDBP/KPB/201605/11162Lulus16/05/201617/05/201612:45:10
Walk Your Confidence Babe31297/2015Sarapan dan makanan tengah hari disediakan. Tutorial pemakaian hijab. Bicara tentang personaliti oleh Puteri Aishah. Demonstrasi dan tutorial solekan. Vedor Jualan.TiadaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201508/05641Lulus10/08/201511/08/201508:28:03
Kedai Permata14995/2014Bunga cantik hiasan taman, Bunga sena penghias biara; Tentulah pemuda yang jadi idaman, Orang tua pengatur bicara. Love note 750 Palldium Wedding Bands Raikan Cinta Diamond & PlatinumMajlis Bandaraya Shah AlamPerhiasan WanitaTiadaDBP/KPB/201407/04368Lulus03/07/201404/07/201408:42:09
Program XPURA - Banner 40x1017570/2016- Keterangan lanjut : 07-8443000 - Unit Ekonomi dan Usahawan - Datang Beramai-ramai - Ekspo Keusahawan dan Karnival Modan Insan KEJORA - Bicara Addin - Selebriti Usahawan - Perunding Kewangan - Membina Rangkaian Perniagaan - Penjenamaan ProduPihak Berkuasa TempatanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201605/08965Lulus02/05/201603/05/201609:56:27
RX JAMBOREE MALAYSIA 201540238/2015RX JAMBOREE MALAYSIA 2015 Tarikh : 24 dan 25 Oktober 2015 Hari : Sabtu dan Ahad Aktiviti-aktiviti : * Pertunjukan motosikal * Cabutan Bertuah * Sukaneka * Bual Bicara * Kuiz JKJR * Persembahan TradisionalMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201510/08143Lulus12/10/201512/10/201514:58:34
Bandar Ainsdale - Healthy living6564/2015Appeal from our client : Saya difahamkan papan iklan ini tidak diluluskan dan perlu dipinda kepada ‘Untuk yang muda, dan berjiwa muda’. Namun begitu, saya memohon pertimbangan dan budi bicara pihak tuan agar meluluskannya sekali lagi tanpa pindaan. UnMajlis Perbandaran NilaiPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201503/04696Lulus02/03/201502/03/201508:47:49

Kembali ke atas