Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bin.tang] | بينتڠ

Definisi : 1. salah satu cakerawala (yg beribu-ribu banyaknya) yg mengeluarkan cahaya dan kelihatan berkelip-kelip di langit pd waktu malam: di langit tiada bulan yg mengambang dan tiada ~ yg mengerlip; 2. gugusan bintang yg merupakan lukisan (benda atau binatang): ~ biduk; ~ pari; 3. rasi (dua belas gugusan bintang dlm mintakulburuj atau garis lengkung di langit): ~ mayang (virgo); 4. nasib, untung; ~nya sudah jatuh nasibnya sudah mulai buruk; 5. pingat (tanda kebesaran atau jasa): beliau dikurniai ~ kehormatan kerana jasanya kpd masyarakat; 6. benda (lukisan) yg menyerupai bintang: bendera bulan ~; ~ tanjung; 7. orang yg terkemuka (terkenal) dlm lapangan sukan (filem dll): ~ bola sepak; ~ filem; ~ radio; ~ barat (timur, johar, kejora, pagi, zorah, babi penganjur) bintang yg kelihatan terang pd petang dan dinihari; ~ belantik (tiga beradik) gugusan bintang tiga buah yg tampak besar dan terang; ~ beralih = ~ gugur bintang yg berpindah atau jatuh; ~ berapit dua bintang yg berdekatan; ~ berasap (berekor, berbuntut, berkotek, sapu) bintang yg tampak spt berekor atau berasap; ~ beredar (siarah, sayarat) planet yg berada di cakerawala spt planet Marikh, Musytari, Zuhal, Utarid, dll; ~ biduk (jong) gugusan tujuh bintang yg kelihatan di langit Hemisfera Utara; ~ dua belas zodiak; ~ gandingan pelakon yg digandingkan dgn pelakon lain yg sama pentingnya dlm sesebuah filem; ~-gemintang (-kemintang, -mintang) berbagai-bagai bintang; ~ hati kekasih; ~ kala sj gugusan bintang; ~ laut sj binatang laut (bentuknya spt bintang); ~ mayang sj gugusan bintang; ~ pari (tohok) gugusan bintang yg berupa salib; ~ sapu bintang berasap; ~ tanjung Id tanda pangkat tentera atau polis yg menyerupai bintang (drpd emas atau perak); B~ Tiga golongan komunis yg hendak merampas kekuasaan di Tanah Melayu pd masa kekalahan Jepun; ~ tujuh gugusan bintang yg tujuh banyaknya; ilmu ~ ilmu falak, astronomi; ~ di langit dapat dibilang, tetapi arang di mukanya tak sedar prb kesalahan orang lain tampak, kesalahan sendiri tidak sedar; sepuluh ~ bertabur, bolehkah sama dgn bulan yg satu prb tempat menambatkan kasih sayang yg sesungguhnya itu tidak dapat diganti (walaupun berpuluh penggantinya); sebintang serasi, sesuai, secocok;berbintang ada bintang, mempunyai (memakai dll) bintang: langit tiada ~; ~ gelap bernasib buruk, sial; ~ naik baru mula mujur; ~ terang bernasib baik, mujur; berbintang-bintang 1. banyak bintangnya (di langit dll): langit bersih ~; 2. = bintang-bintangan berpendar-pendar, berkunang-kunang (mata): apabila aku keluar bilik itu, pandanganku ~; 3. = bintang-bintangan berlubang-lubang dan ditembusi cahaya (atap, dinding, dll): dia mendongak melihat atap rumah yg ~ itu;membintangi memainkan peranan sbg bintang (filem, sandiwara, dsb): seniwati yg ~ peranan Puteri Bidasari;bintangan 1. bintang tiruan; 2. ark gugusan bintang;perbintangan ilmu bintang, ilmu tenung (ramalan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bin.tang] | بينتڠ

Definisi : ; ~ berahi sj tumbuhan (rumpai), peria bulan, uban kayu, Cardiospermum halicacabum; ~ kuning, a) = ~ merah sj tumbuhan (pokok), akar bunga, cempaka hutan, Mussaenda mutabilis; b) sj tumbuhan (pokok), Hippocrates macrantha. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bin.tang] | بينتڠ

Definisi : Sr bekas yg berbentuk spt besen dan bertudung (tempat menaruh bawaan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bin.tang] | بينتڠ

Definisi : 1 cakerawala yg panas pijar (umumnya tetap kedudukannya) dan kelihatan bercahaya atau berkerdip di langit pd waktu malam: Malam itu gelap pekat, sebiji ~ pun tidak kelihatan. 2 lukisan dsb yg berbentuk seakan-akan ikan tapak sulaiman: Di hadapan rumahnya, terkibar bendera bulan ~. 3 gugusan bintang sebanyak dua belas yg dipercayai mempengaruhi untung nasib seseorang; rasi: ~ mayang; ~ kala. 4 untung nasib seseorang: ~nya semakin cerah nasibnya makin beruntung. 5 tanda jasa kebaktian yg dianugerahkan oleh pembesar-pembesar negara: Baru-baru ini, dia telah dikurniai ~ PMN. 6 orang yg terkenal sbg pelakon filem dsb: ~ filem pelakon filem: ~ radio penyanyi yg terkenal di radio. ~ siarah cakerawala yg beredar mengelilingi bumi; planet. berbintang 1 ada bintangnya: Langit tidak ~. 2 mempunyai rasi; di bawah bintang: Saya ~ Aries. berbintang-bintang 1 banyak bintang yg kelihatan (di langit). 2 berkunang-kunang atau berpinar-pinar penglihatan seseorang: Selepas kepalanya terhantuk pd dinding, matanya ~ dan kepalanya pening. 3 berlubang-lubang pd dinding dsb sehingga cahaya dpt masuk. membintangi mengambil bahagian dlm filem dsb: Beliau telah ~ filem itu sbg orang jahat. perbintangan 1 ilmu ttg bintang; astronomi. 2 ilmu ramalan berdasarkan bintang; astrologi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bintang

Puisi
 

Dua belas bintang di langit,
     Bintang diraja dari Melaka;
Kata tuan pinang bergigit,
     Kapur bercampur air mata.


Lihat selanjutnya...(53)
Peribahasa

Sepuluh bintang,
     bertabur,
bolehkah sama dengan bulan yang satu.

Bermaksud :

Seorang kekasih tak dapat diganti dengan orang lain, walau berapa banyak sekalipun.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
KEDAI PAKAIAN BINTANG BINTANG47146/2016TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201609/11865Lulus25/09/201626/09/201611:50:28
KEDAI PAKAIAN BINTANG - BINTANG30555/2014TiadaMajlis Perbandaran Johor Bahru TengahPakaianTiadaDBP/KPB/201412/03924Lulus04/12/201405/12/201411:26:58
PAPANRAN SEMENTARA (TAPAK BINA)46225/2016MENYAMBUT KEHADIRAN BINTANG-BINTANG GEMILANG IKON YANG GILANG GEMILANG BERSEBELAHAN KLCC PERHUBUNGAN TERULUNG REL BERKELAJUAN TINGGI TERBAIK DAN TERCANGGIH HAK MILIK KEKAL KEUNGGULAN GAYA HIDUP URBAN ULTRA TERMASYHUR GALERI PAMERAN DIBUKA UNTUK KUNJDewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201609/11447Lulus22/09/201622/09/201614:46:01
Kehangatan Bintang1856/2015Malam Membara Kilauan Bintang Kehangatan BintangPihak Berkuasa TempatanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201501/05607Lulus16/01/201521/01/201509:49:16
TV3 Bintang Mencari Bintang-Option 1 (170214) MAH2730/2014TiadaTiadaHiburanTiadaDBP/KPB/201402/03541Lulus18/02/201418/02/201410:11:40
KEDAI BEG43327/2016CULCUTTA GIFT & KIOSK SHOP SDN. BHD. 1146555-H 56, JALAN BUKIT BINTANG, BUKIT BINTANG, 50250 KUALA LUMPUR. TEL.: 0321103749Dewan Bandaraya Kuala LumpurKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201609/08956Lulus01/09/201601/09/201612:09:55
Pejabat Urusan64131/2016LOGO 1, LOGO 2 LOGO 3 PEJABAT URUSAN BINTANG TRUCK (002168528-X) BINTANG TRUCK AUTO SDN. BHD. (1165091-T) BINTANG AUTO FAIR SDN. BHD. (1117526-T) Jata Negara - LESEN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA TARAF BUMIPUTERA No. 60, Jalan MIVO 1, TamanMajlis Perbandaran SelayangPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201612/13843Lulus23/12/201628/12/201611:24:25
KEDAI BEG, JAM TANGAN, KASUT & ALAT TELEKOMUNIKASKI43323/2016CALCUTTA GIFT & KIOSK SHOP SDN. BHD 1146555-H 56, JALAN BUKIT BINTANG, BUKIT BINTANG, 50250 KUALA LUMPUR. TEL.: 03-21103749Dewan Bandaraya Kuala LumpurTelekomunikasiTiadaDBP/KPB/201609/08958Lulus01/09/201601/09/201612:10:20
Bintang Maya25617/20161) Bintang 2) Rumah Contoh Sedia Dikunjungi 3) Rumah Teres 2 Tingkat 4) 22' x 80'/90 / Dari 2,100 kps 5) 604-430 0333 6) www.bukit-bintang.com.my 7) PlenitudeMajlis Perbandaran Sungai PetaniPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201605/12880Lulus25/05/201626/05/201608:08:15
BINTANG CURRY POWDER12688/2014BINTANG CURRY POWDERMajlis Bandaraya Shah AlamMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201406/04540Lulus12/06/201412/06/201415:06:19
12345678910...

Kembali ke atas