Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bual] | بوال

Definisi : 1. bunyi spt bunyi air yg memancar dr mata air (air mendidih dll), buak, gelegak; 2. pancaran (luapan) air (drpd mata air atau air mendidih): ~ air mendidih; 3. omong kosong, borak: jemu aku mendengar ~ mereka;berbual, berbual-bual 1. = membual memancar keluar (air drpd mata air dll), menggelegak, meruap: di tempat itu kadang-kadang tampak minyak yg membual dr dlm tanah; 2. bercakap-cakap (mengenai pelbagai perkara), berborak, beromong-omong: kalau sudah asyik ~, lupa ia akan waktu; ~ kosong bercakap-cakap (berbual-bual) tentang pelbagai perkara yg tidak penting, beromong-omong kosong;membualkan, memperbualkan berbual mengenai sesuatu perkara, memborakkan: ia sedang sibuk ~ kepandaiannya;bualan bual;perbualan 1. perihal berbual (membual), percakapan: ~ mereka terhenti seketika; 2. bahan utk berbual, perkara yg dibualkan (dipercakapkan), percakapan: kisah itu menjadi ~ orang ramai;pembual (orang yg) suka berbual. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bual] | بوال

Definisi : percakapan yg tidak tentu perkaranya; omong kosong: Jemu saya mendengar ~ mereka. berbual bercakap-cakap dgn tidak tentu perkaranya; berborak: Zaim dan Mazli kelihatan sedang ~ dgn rancaknya. membualkan memperkatakan sesuatu ketika berbual: Entah apa yg dibualkan mereka sehingga semuanya tertawa terbahak-bahak. perbualan 1 perbuatan atau hal berbual: ~ mereka berterusan hingga larut malam. 2 apa-apa yg dibualkan: ~ mereka berkisar dr satu perkara ke satu perkara lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[bual] | بوال

Definisi : pancaran atau luapan air yg keluar (air mendidih, air dr mata air dsb). berbual(-bual) ada atau terdapat bualnya. membual 1 memancar atau meluap keluar (dan biasanya berbuih). 2 ki keluar sekali gus atau serentak (ttg perasaan, ucapan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bual


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Astro Awani23850/20161. Obviously Harith Iskander 2. Kisah - kisah memukau 3. Bual bicara menarik 4. Kupasan yang membuka minda 5. Tetapi kelakarlah... 6. Setiap Sabtu, 9.30 malamTiadaMedia ElektronikTiadaDBP/KPB/201605/11162Lulus16/05/201617/05/201612:45:10
RX JAMBOREE MALAYSIA 201540238/2015RX JAMBOREE MALAYSIA 2015 Tarikh : 24 dan 25 Oktober 2015 Hari : Sabtu dan Ahad Aktiviti-aktiviti : * Pertunjukan motosikal * Cabutan Bertuah * Sukaneka * Bual Bicara * Kuiz JKJR * Persembahan TradisionalMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201510/08143Lulus12/10/201512/10/201514:58:34

Kembali ke atas