Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.da/] | بودق

Definisi : 1. anak, kanak-kanak: ~ sekolah; 2. hamba sahaya, pembantu rumah, abdi, amah, jongos: janganlah kauperlakukan aku sbg ~mu; ~ belian hamba yg diperoleh dgn membeli; ~ dalam hamba istana; ~ kundang biduanda; ~ pejabat penyelenggara pejabat, peon; ~ raja budak (orang) suruhan raja; ~ suruhan budak yg disuruh-suruh; ~ tanggung orang yg belum dewasa tetapi tidak juga muda; bagai ~ sapu hingus prb dikatakan kpd orang yg beroleh malu dlm sesuatu majlis; membekali ~ lari prb dua kali rugi; budak-budak kanak-kanak: macam ~ merajuk kena pujuk; bukan ~ makan pisang prb bukan orang yg dapat dipermain-mainkan (diperdayakan); berbudak sl bersama budak: maka Sultan Mahmud Shah pun pergi dua ~, kitab baginda sendiri membawa dia; dua ~ berdua dgn seorang budak; berbudak-budakan, kebudak-budakan, kebudakan spt budak-budak (kelakuan dll), keanak-anakan: maka raja pun tertawa melihat Patih menari itu kebudak-budakan; membudak bk memperhambakan diri, mengabdikan, menjadi hamba sahaya: dgn keadaanku sekarang ini belum perlu aku ~ kpd orang; membudakkan, memperbudak memperhambakan, menjadikan hamba, memperlakukan spt hamba: dia bukan spt kita, dia tidak diperbudak wang;memperbudak-budakkan memperlakukan seseorang spt budak-budak (yg dianggap masih mentah, tidak berpengalaman dsb): skuad pelapis bola sepak Pasukan A berjaya ~ Pasukan B dlm pertandingan itu; dia terasa dirinya diperbudak-budakkan oleh sekumpulan pelajar senior; perbudakan perihal budak (hamba), perihal dibudakkan (diperbudak): engkau telah terlepas drpd kongkongan ~;pembudakan perihal (perbuatan) membudak(kan): ~ orang yg lemah oleh yg kuat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.da/] | بودق

Definisi : 1 = budak-budak manusia yg belum dewasa (biasanya berumur bawah 17 tahun); kanak-kanak: Tukul takal di balik rakit, ~ nakal kuat bersakit. 2 orang yg bekerja di rumah orang lain; orang suruhan; jongos: Aku bukan ~ kamu, jangan disuruh aku ke sana ke mari. ~ belian hamba yg dibeli drpd orang lain. ~ dalam hamba dlm istana. ~ pejabat orang yg menjadi suruhan di pejabat-pejabat. ~ raja hamba raja. ~ suruhan orang yg disuruh-suruh. kebudak-budakan spt budak-budak kelakuannya; keanak-anakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata budak

Puisi
 

Ayun tajak buailah tajak,
     Tajak datang dari Jawa;
Ayun budak buailah budak,
     Budak biasa tidur di riba.


Lihat selanjutnya...(123)
Peribahasa

Budak-budak makan pisang.

Bermaksud :

Masih mentah dalam segala hal.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Pusat Jagaan Dinamik Melodi12769/2016Budak -budak aktif dan gembira selaluMajlis Perbandaran Sungai PetaniPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201605/11525Lulus18/05/201619/05/201608:25:45
BUDAK CAT19587/2017PERKHIDMATAN MENGECAT RUMAH, PEJABAT & BANGUNAN DIMILIKI OLEH: PROGRESIVE IDEAS SERVICES (JM0636466-P)Majlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201704/14999Lulus07/04/201710/04/201709:36:20
DISCOUNT MART SDN BHD3767/2016Kedai Menjual Pakaian Budak Dan Dewasa DISCOUNT MART SDN. BHD.Pihak Berkuasa TempatanPakaianTiadaDBP/KPB/201601/10512Lulus26/01/201627/01/201608:13:04
promosi hari raya aidilfitri26477/2016promosi hari raya aldifitri basikal budak slide motosikal elektrik spring cot belajar jalan babyMajlis Perbandaran KuantanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201606/09610Lulus01/06/201601/06/201612:43:46

Kembali ke atas