Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.lan] | بولن

Definisi : 1. satelit semula jadi bumi yg bergerak mengelilingi bumi sekali dlm 28 hari, dan bersinar pd waktu malam oleh cahaya yg dibalikkan dr matahari: ~ bercahaya pd malam hari; kapal angkasa Rusia sudah berhasil mendarat di ~; 2. masa antara mula nampak bulan sehingga hilang balik (29 atau 30 hari): ~ Muharam ialah ~ pertama tahun Islam; 3. masa yg lamanya tahun Masihi (pd 12 bulan dlm setahun): saya akan ke Singapura dlm ~ Ogos; ~ adik maulud Rabiulakhir; ~ apit = ~ berapit = ~ terapit Zulkaedah; ~ arwah Syaaban; ~ bahasa bulan (yg tertentu atau yg ditetapkan) yg pd sepanjang tempohnya berbagai-bagai kegiatan kebahasaan dijalankan; ~ bintang gambar bulan dan bintang sbg lambang beberapa negara Islam (biasanya lambang ini terdapat pd bendera); ~ datang = ~ muka bulan selepas bulan ini; ~ gerhana (kapangan, dimakan Rahu) tidak tampak bulan kerana berada dlm bayangan bumi; ~ haji Zulhijah; ~ kenduri apam Rejab; ~ madu masa pengantin baru menikmati perkahwinannya dgn berpergian ke tempat lain; ~ mati bulan gelap; ~ maulud Rabiulawal; ~ muda bulan (yg tampak) antara 1 hingga 10hb; ~ nahas Safar; ~ purnama bulan penuh (14 hingga 15hb); ~ puasa Ramadan; ~ raya Syawal; ~ sabit bulan yg nampak spt sabit; B~ Sabit Merah pertubuhan sukarela antarabangsa di negaranegara Islam (yg berlambangkan bulan sabit berwarna merah) yg sama fungsinya dgn Palang Merah; ~ sura (api, Hasan-Hussain, takut, penceraian tahun) Muharam; ~ susut (tua, surut) bulan yg nampak bertambah kecil (sesudah 20hb); ~ timbul bulan terbit; datang (melihat, membawa, mendapat) ~ mendapat kain kotor, datang kotor, haid; ~ dipagar bintang prb sudah patut benar, sangat cocok; bagai ~ empat belas prb peri keelokan muka perempuan; (bagai) ~ kesiangan prb pucat (tidak jernih, terang); jirus bagai ~ akan habis prb makin lama makin kurang (modal dll); spt ~ dgn matahari prb sudah sepadan (sejodoh dll); spt ~ dimakan Rahu prb menyatakan betapa asyiknya seorang laki-laki memeluk kekasihnya; (spt) kejatuhan ~ prb menyatakan keuntungan yg besar; siang bagai hari, terang bagai ~ prb sudah terang sekali (kesalahan dll); bulan-bulan, bulan-bulanan 1. benda (gambar dll) yg spt bulan; 2. sasaran (utk menembak dll); berbulan 1. mempunyai bulan; 2. hingga sebulan (lamanya): pekerjaan ini dilakukan hingga ~; 3. = bulanan: gaji pekerja dihitung ~, dan bukan berminggu;berbulan-bulan hingga beberapa bulan (lamanya): telah ~ hal itu berlaku;membulan merupakan bulan, tampak spt bulan;bulanan (berlaku atau diadakan) setiap bulan: gaji ~; penyata ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.lan] | بولن

Definisi : sj ikan laut, Megalops cyprinoides. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.lan] | بولن

Definisi : 1 satelit semula jadi bumi (permukaannya gersang lagi tandus serta tidak berudara) yg bergerak mengelilingi bumi dan kelihatan bercahaya pd waktu malam: Tiga orang angkasawan Amerika telah berjaya mendarat di permukaan ~. 2 masa atau tempoh yg lamanya 1 tahun dan setiap tempoh itu ada namanya sendiri: Saya telah dilahirkan dlm ~ Muharam. ~ bintang gambar bulan sabit dan bintang sbg lambang pd bendera dsb. ~ gelap malam hari yg gelap kerana bulan tidak kelihatan di langit. ~ gerhana bulan terlindung sebahagiannya atau seluruhnya oleh bayangan bumi. ~ haji Zulhijah. ~ madu masa pasangan suami isteri yg baru berkahwin pergi bercuti dan bersuka-suka ke tempat lain. ~ Maulud Rabiulawal. ~ muda bahagian bulan dr tanggal 1 hingga tanggal 10. ~ puasa Ramadan. ~ purnama bulan kelihatan penuh pd tanggal 14 atau 15. ~ sabit bulan yg masih berbentuk spt sabit. bulan-bulan 1 gambar dll yg menyerupai bulan. 2 benda yg dituju ketika menembak dll; mata alamat. berbulan 1 ada bulannya; mempunyai bulan: Malam tidak ~. 2 hingga sebulan lamanya. berbulan-bulan beberapa bulan lamanya. bulanan 1 tiap-tiap bulan: Dia menerima gaji ~, bukan mingguan. 2 terbit pd tiap-tiap bulan (ttg majalah dll): Majalah ~ Dewan Masyarakat diterbitkan pd tiap-tiap 15 hari bulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bulan

Puisi
 

Anak yu senangin bulan,
     Bawah bulan pagar jerami;
Kalau rindu pandang bulan,
     Dalam bulan ada kami.


Lihat selanjutnya...(203)
Peribahasa

Bulan terang dalam rimba.

Bermaksud :

Orang pandai yang memperlihatkan kepandaiannya kepada orang-orang yang tak dapat menghargai kepandaiannya itu.

 

Lihat selanjutnya...(32)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
BAYAR BULAN-BULAN DI KEDAI33953/2016BAYAR BULAN-BULAN DI KEDAIMajlis Perbandaran Port DicksonMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201607/10710Lulus19/07/201619/07/201609:01:50
BAYAR BULAN-BULAN DI KEDAI33947/2016BAYAR BULAN-BULAN DI KEDAIMajlis Perbandaran Alor GajahMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201607/10300Lulus14/07/201615/07/201609:35:08
BAYAR BULAN-BULAN DI KEDAI33946/2016BAYAR BULAN-BULAN DI KEDAIMajlis Perbandaran JasinMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201607/10299Lulus14/07/201615/07/201609:34:38
BAYAR BULAN-BULAN DI KEDAI33944/2016BAYAR BULAN-BULAN DI KEDAIMajlis Bandaraya Melaka BersejarahMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201607/10298Lulus14/07/201615/07/201609:33:57
BAYAR BULAN-BULAN DI KEDAI33943/2016BAYAR BULAN-BULAN DI KEDAIMajlis Daerah TangkakMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201607/10296Lulus14/07/201615/07/201609:33:13
BAYAR BULAN-BULAN DI KEDAI33942/2016BAYAR BULAN-BULAN DI KEDAIMajlis Daerah SegamatMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201607/10295Lulus14/07/201615/07/201609:32:43
BAYAR BULAN-BULAN DI KEDAI33939/2016BAYAR BULAN-BULAN DI KEDAIMajlis Perbandaran MuarMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201607/10292Lulus14/07/201615/07/201609:27:28
BAYAR BULAN-BULAN DI KEDAI33954/2016BAYAR BULAN-BULAN DI KEDAIMajlis Perbandaran Port DicksonHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201607/10711Lulus19/07/201619/07/201609:02:27
BAYAR BULAN-BULAN DI KEDAI33949/2016BAYAR BULAN-BULAN DI KEDAIMajlis Bandaraya Melaka BersejarahHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201607/10709Lulus19/07/201619/07/201609:01:13
CHAN KREDIT EKSPRES32847/2017BAYAR BULAN-BULAN DI KEDAIMajlis Perbandaran TemerlohMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201705/19629Lulus29/05/201730/05/201714:12:52
12345678910...

Kembali ke atas