Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.mi] | بومي

Definisi : 1. planet tempat kita tinggal, yg ketiga jauhnya dr matahari, dunia: edaran ~ yg mengakibatkan angin tergelencong; bulan mengedari ~; 2. permukaan bumi, tanah: mereka hidup di ~ Melaka; ~ berputar, zaman beredar a) masa berjalan terus; b) keadaan selalu berubah menurut masa; B~ Kenyalang panggilan bagi negeri Sarawak; ilmu ~ Id ilmu alam; di mana ~ dipijak, di situ langit dijunjung prb mematuhi peraturan dll tempat yg didiami; ~ mana yg tiada kena hujan prb manusia mana yg tiada membuat kesilapan (kesalahan); bagai ~ dgn langit prb sangat berbeza (tabiat dll); biar pecah perut, ~ merekah prb menyatakan tidak mahu melakukan sesuatu; jadi ~ langit prb orang yg diharapkan pertolongannya dan dituruti nasihatnya; sebesar-besar ~, ditampar tak kena prb betapa mudah nampaknya sesuatu perkara, tetapi tiada teruruskan juga;membumi ark mendiami salah satu tempat;membumikan (Fiz) memasukkan (dawai elektrik dll) ke dlm bumi;mengebumikan menanam, menguburkan: jenazahnya telah selamat dikebumikan sebelum sembahyang Jumaat;pengebumian perihal atau perbuatan mengebumikan, penguburan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.mi] | بومي

Definisi : 1 dunia sbg imbangan langit; dunia yg bulat tempat kediaman kita: ~ bergerak mengelilingi matahari. 2 tanah tempat kita berpijak: Terlalu pantasnya Hang Tuah mengelakkan tikaman musuh itu seakan-akan tidak menjejak ~. ~ istana tanah tumpah darah. ~ rata penghancuran binaan, bangunan dsb dan kemudian meratakannya dgn tanah. membumi 1 menetap di sesuatu tempat. 2 menuju ke bumi. 3 masuk ke bumi (ttg dawai atau arus elektrik). membumikan memasukkan ke dlm bumi (ttg dawai atau arus elektrik). ke bumi; mengebumikan menanam mayat ke dlm kubur; menguburkan. pengebumian perbuatan atau hal mengebumikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bumi

Puisi
 

Tetak buluh dibuat pagar,
     Mari diikat dengan rotan;
Gunung runtuh bumi bergegar,
     Gempa tidak kiamat pun bukan.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Bumi mana yang tidak kena hujan?

Bermaksud :

Tiap-tiap orang ada kalanya berbuat salah.

 

Lihat selanjutnya...(27)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
papan tanda bumi769/2017BUMI ELECTRICAL WORKS/ KEJURUTERAAN ELEKTRIK WHMajlis Daerah SegamatPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201701/12035Lulus06/01/201709/01/201712:46:41
HIJAUKAN BUMI14882/2016Jalankan Tanggungjawab Anda Hijaukan Bumi Kempen Kitar Semula di Setia Alam KembaliMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201604/09103Lulus31/03/201601/04/201612:17:33
BUMI AWANA ENTERPRISE4022/2015PEJABAT URUSAN BUMI AWANA ENTERPRISE NO. 37-3, JALAN ANGGERIK VANILLA BE31/BE, KOTA KEMUNING, 40460 SHAH ALAMMajlis Bandaraya Shah AlamPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201502/04478Lulus29/01/201504/02/201515:22:21
Bumi Gaiya Sdn Bhd17494/2017PEJABAT URUSAN Bumi Gaiya Sdn BhdDewan Bandaraya Kuala LumpurPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201704/13743Lulus03/04/201704/04/201709:02:32
BUMI SERAMIK SDN BHD20140/2016PENGEDAR JUBIN BUMI SERAMIK SDN BHDMajlis Perbandaran Sungai PetaniHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201604/12808Lulus26/04/201627/04/201608:18:28
YG BUMI ENTERPRISE8589/2017PEJABAT URUSAN YG BUMI ENTERPRISE No. 38, Jalan Pluto U5/AY, Seksyen U5, Bandar Pinggiran Subang, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel.: +603-7734 7636 Faks: +603-7832 5626 E-mel: yg_bumi@yahoo.comMajlis Bandaraya Shah AlamPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201702/13575Lulus23/02/201724/02/201709:36:56
PENEROKA LUAR BUMI59912/2016PENEROKA LUAR BUMIMajlis Daerah LabisPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201611/15073Lulus28/11/201629/11/201619:05:05
Restoran Bumi Baru14442/2016Kedai Makanan dan Minuman Restoran Bumi Baru Nasi Padang, Tomyam Seafood dan Perkhidmatan KateringMajlis Daerah KulaiMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201603/12848Lulus30/03/201631/03/201607:55:37
sithra bumi travel&tours sdn bhd102/2015sithra bumi travel&tours sdn bhdMajlis Bandaraya Johor BahruPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201501/04188Lulus02/01/201506/01/201514:17:17
PEJABAT URUSAN BUMI SERATA SDN. BHD.23530/2017PEJABAT URUSAN BUMI SERATA SDN. BHD. (No.Sykt. 1007532-W) Lot 8-2, No.3, Jalan Anggerik Vanilla 31/97, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam.Majlis Bandaraya Shah AlamPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201704/17488Lulus19/04/201720/04/201710:15:27
1234567

Kembali ke atas