Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.bar] | چابر

Definisi : tawar hati, takut, penakut: ~nya segala orang muda-muda ini; mencabar 1. menyatakan keraguan akan kesahan atau kebenaran sesuatu, memper­soalkan, mempertikaikan: keputusan mahkamah itu diakui sah dan muktamad dan tidak boleh dicabar oleh badan-badan lain; 2. mengajak berlawan (bertanding, berkelahi), menentang, menyuruh melakukan sesuatu kalau berani: beliau seterusnya ~ puak pembangkang supaya membawa perkara itu ke mahkamah; dia ~ saya bertinju dengannya; 3. menguji kemampuan dan ketabahan seseorang dll (bkn pekerjaan, tugas, usaha, dsb): pekerjaan itu sungguh ~; peranan DBP menjadi lebih ~ lagi; cabar-mencabar (perbuatan) saling men­cabar (antara satu dgn lain): ~ adalah suatu bentuk provokasi yg mesti dielakkan; mencabarkan menawarkan hati, meng­hilangkan keberanian, menjadikan takut; tercabar kena cabar (dipersoalkan): dia tidak rela kelelakiannya ~; cabaran 1. hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan); 2. ajakan (utk berlawan dsb); 3. sesuatu (unsur, faktor, dsb) yg men­cabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dll): pekerjaan yg penuh dgn ~; kecabaran ketawaran hati, ketakutan; pencabar orang (pihak, golongan, dsb) yg mencabar: ~ juara dunia, Anatoly Karpov, berjaya menyamakan kedudukan lapan mata; ~ kpd golongan elit ini menuduh mereka menjual kepentingan kumpulan etnik mereka kpd kumpulan etnik lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.bar] | چابر

Definisi : Mn 1. kurang hati-hati, kurang ingat­-ingat, lalai; 2. kurang hemat, boros. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.bar] | چابر

Definisi : penakut; pengecut: Alangkah ~ rupanya tuan, tidak spt Raja Pahlawan. mencabar 1 menyuruh seseorang melakukan sesuatu jika berani: Beliau telah ~ pegawai itu supaya mengulang tuduhan tsb. 2 mengajak berlawan utk menentukan siapa yg lebih kuat (lebih pandai dsb); menantang. 3 memerlukan ketabahan, kecekalan, keberanian dsb: tugas yg ~. 4 mempersoalkan sah atau tidaknya (keputusan, pengadilan dll): Tidak seorang pun yg boleh ~ keputusan mahkamah. cabaran 1 ajakan utk ber­lawan; tantangan. 2 sesuatu yg mencabar: Hidup ini penuh dgn ~. pencabar orang yg mencabar; penantang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cabar


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
CABAR20611/2014KAMI CABAR ANDA MENCUBANYA KINI HANYA RM15 HIDANGAN 2-3 TAWARAN MASA TERHAD PIZA PAN BIASA KEPUASAN TERJAMIN ATAU KAMI GANTIKAN PIZA ANDATiadaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201409/03675Lulus05/09/201410/09/201417:39:22
CABAR 220690/2014Piza pan baru. Kami cabar anda mencubanya! Kini hanya RM15 (2-3 Hidangan) Tawaran Masa Terhad Piza Pan Saiz Biasa Kepuasan Terjamin Atau kami gantikan piza andaTiadaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201409/03493Lulus08/09/201408/09/201415:23:59
Cabar Setiap Elemen21257/2014TiadaPihak Berkuasa TempatanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201409/04318Lulus12/09/201419/09/201408:55:53
Cabar Setiap Elemen21256/2014TiadaMajlis Bandaraya Petaling JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201409/04317Lulus12/09/201419/09/201408:54:04
CABAR20689/2014Cubalah piza pan baru! Kini hanya RM15 (2-3 Hidangan) Tawaran Masa Terhad Piza Pan Saiz Biasa Kepuasan Terjamin Atau kami gantikan piza andaTiadaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201409/03491Lulus08/09/201408/09/201415:23:37

Kembali ke atas