Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cap] | چڤ

Definisi : 1. alat utk menurunkan bekas atau kesan tanda (tandatangan, nama, dll) dgn menekan­kannya di atas kertas (surat dll), tera: ~ ini dibuat drpd getah; 2. cetak, cetakan; huruf ~ huruf cetak (bukan huruf tulisan); kain ~ kain yg dicetak (tidak dibatik); tukang ~ tukang mencetak buku; 3. bekas atau kesan (tanda, gambar, tandatangan, dll) yg dibuat dgn cap: tiap-tiap surat perjanjian itu mesti ada ~ pegawai daerah, barulah boleh diterima; 4. tanda yg berupa gambar dll (utk barang dagangan dll): Datuk Ujang menghulurkan sebatang cerut ~ ayam; 5. ki ciri, sifat (keadaan, watak, dll); dgn demikian kelihatan ~nya keadaannya yg sebenarnya; ~ batu cetakan yg dibuat dgn batu, litograf; ~ dagang(an) tanda (gambar, nama, dll) yg digunakan dlm perdagangan (pd barang­barang dll); ~ jari bekas tekanan jari (utk ganti tandatangan atau utk mengenali orang yg memiliki jari itu); ~ kempa sl tera (cap) diraja kerajaan Melayu; ~ mohor a) cap kerajaan (tera kerajaan): Sultan Johor telah mengurniakan ~ mohor kpd Raja Melewar; b) cap pd mata wang; mengecap 1. membubuh atau menaruh cap, menjadikan bercap; 2. mencetak (buku, surat khabar, kain, dll): surat khabar Utusan Melayu telah ~ berita itu dgn huruf-huruf kasar di muka hadapannya; 3. memberi bertanda: bilangan gigi gear itu ada dicap pd gear tersebut; 4. ki menganggap sbg, menuduh atau menamai: Amerika sendiri mungkin dicap ingin menguasai Vietnam Selatan; kita boleh ~ dia sbg “sasterawan nakal”; cap-mengecap segala usaha cetakan, cetak-­mencetak; mengecapkan menerakan, mencetakkan; pengecapan 1. ark perihal (perbuatan, kerja, dll) mengecap(kan); 2. percetakan; 3. per­usahaan cap-mengecap, pencetakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cap] | چڤ

Definisi : sj ukuran besar kira-kira secekak (ibu jari bertemu dgn hujung salah satu drpd jari lainnya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cap] | چڤ

Definisi : bunyi orang makan atau mengunyah makanan, atau bunyi orang (binatang) ber­jalan di lumpur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cap] | چڤ

Definisi : 1 sesuatu gambar (rajah, lambang dll) yg terdapat pd barang dagangan dll sbg tanda: cerut ~ ayam; minyak ~ kapak. 2 tanda, huruf dsb yg dicetak: huruf ~ huruf yg dicetak (bukan ditulis tangan). 3 alat yg berukir sesuatu gambar (hari bulan, nama dll) dan dpt diterakan pd benda-benda lain: Tiap-tiap surat perjanji­an mesti ada ~ pejabat yg bkn. ~ batu cetakan yg dibuat dgn batu. ~ dagangan (niaga) tanda yg digunakan oleh sesuatu badan perniagaan (pd barang-barang dagangannya). ~ jari bekas tekanan jari (sbg ganti tandatangan). ~ mohor a. cap rasmi kerajaan atau raja-raja. b. cap pd mata wang. bercap 1 mempunyai cap. 2 sudah dicap. mengecap 1 membubuh cap; menjadikan bercap: ~ jari. 2 mencetak (buku dll): Syarikat kami sanggup ~ buku dan majalah. 3 ki meng­anggap: Beliau telah dicap sbg batu api di pejabat itu. mengecapkan menerakan sesuatu pd; mencetakkan. tercap telah dicap; termeterai; tercetak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cap

Peribahasa

73

If the cap fits, wear it

Jika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita.

Jika ada padi, tentu ada hampanya; jika ada hati tentu terasa

When a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer.

Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya." Jika ada padi, tentu ada hampanya; jika ada hati tentu terasa!" tempelak pengeluar filem itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
cap dan menang7750/2014cap dan menang kembali lagi hadiah utama penginapan percuma 3 hari 2 malam di Berjaya Resort 1. pulau redang 2. pulau Tioman 3. cameron highland promosi hanya untuk primax 95xtra rm40 ke atas. tempoh 10 april 2014-10 ogos 2014Hanya di PSS axis shah alamMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201404/04041Lulus21/04/201422/04/201409:28:59
cap dan menang7751/2014cap dan menang (10 april 2014 - 10 ogos 2014 Hadiah utama 3lokasi penginapan 3 hari 2 malam dapatkan keterangan lanjut di pss axis shah alamMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201404/04042Lulus21/04/201422/04/201410:14:03
BAJA CAP KEPALA AYAM29432/2017BAJA CAP KEPALA AYAMMajlis Daerah Kota TinggiHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201705/16640Lulus15/05/201716/05/201713:43:47
KEDAI MEMBUAT CAP GETAH2326/2017KEDAI MEMBUAT CAP GETAHMajlis Bandaraya Shah AlamKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201701/12938Lulus12/01/201713/01/201710:42:36
KEDAI PERALATAN PEJABAT DAN CAP GETAH5306/2017KEDAI PERALATAN PEJABAT DAN CAP GETAHMajlis Perbandaran Port DicksonAlat TulisTiadaDBP/KPB/201702/10348Lulus06/02/201707/02/201708:26:49
Bengkel Membuat Cap Tapak Tangan & Bengkel Membina Bangunan31478/2014Aktiviti membuat cap tapak tangan & Aktiviti membina bangunanMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201412/04923Lulus12/12/201416/12/201415:24:05
Celebrity Beaute15929/2014Name Celebrity Beaute telah diguna selama 20 tahun. Permohonan sebagai cap dagangan syarikat telah dihantar ke Unit Cap Dagangan Perbadanan Harta Intelek Malaysia.Majlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201407/05023Lulus11/07/201414/07/201411:18:44
CAP GETAH5597/2014TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201704/17023Lulus24/12/201418/04/201717:51:14
Cap Siap Dalam Masa 15-30 Minit19329/2017Harga Biasa. Tiada Caj TambahanDewan Bandaraya Kuala LumpurAlat TulisTiadaDBP/KPB/201704/14485Lulus05/04/201706/04/201709:08:33
KEDAI CAP GETAH12743/2015TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201901/17205Lulus21/12/201530/01/201917:26:18
12345

Kembali ke atas