Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cen.da.wan] | چنداون

Definisi : sj kulat yg pendek batangnya dan bahagian atasnya berbentuk payung atau cuping (sesetengahnya boleh dimakan, sesetengahnya beracun), jamur; jenis-jenisnya: ~ batang, ~ bola, ~ busut, ~ racun; bagai ~ kememeh prb mudah sahaja menangis; bagai ~ disesah (dibasuh) prb pucat lesi rupanya; bagai ~ tumbuh prb terlalu banyak pd sesuatu masa; di mana ~ tumbuh, di situ tembilang terentak prb di mana perkara itu timbul, di situlah harus diselesaikan; bercendawan ditumbuhi cendawan, berkulat, berlapuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cen.da.wan] | چنداون

Definisi : beberapa jenis tumbuh-tumbuhan tidak berdaun dan tidak berakar serta cepat membiak (setengah-setengahnya dpt dimakan): ~ batang; ~ busut; ~ jerami cendawan yg dpt ditanam (sepanjang tahun) dan dpt dimakan. bercendawan ditumbuhi cendawan: Tunggul getah itu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cendawan

Puisi
 

Kembang cendawan di tengah padang,
     Tempat Cik Siti memacu kuda;
Pada bulan baik bintang,
     Sungguhpun kecil selalu ada.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Di mana tembilang terentak,
     di situ cendawan tumbuh.

Bermaksud :

Di mana timbul perkara di situlah diselesaikan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh, b. Di mana kapak jatuh, di situ baji makan).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Cendawan Kampung6187/2015Cendawan KampungMajlis Perbandaran KluangKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201502/06300Lulus25/02/201525/02/201514:51:01
Taman Cendawan31289/2017Taman Cendawan Highland Mushroom FarmMajlis Daerah BentongHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201705/19062Lulus23/05/201727/05/201716:19:49
KILANG MEMPROSES CENDAWAN24309/2017HOKTOMajlis Perbandaran NilaiHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201704/18136Lulus21/04/201725/04/201709:18:12
KILANG MEMPROSES CENDAWAN24308/2017HOKTO MALAYSIA SDN. BHD. (1020129-H)Majlis Perbandaran NilaiHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201704/18135Lulus21/04/201725/04/201709:17:49
Loaded Pockets20408/2016Baru Inti ayam dan cendawan berkrim Padat Berperisa Perduk tertera adalah untuk itustrasi sahaja. Perkhidmatan Pelanggan: www.pizzahut.com.my Pizza Hut Restaurants Sdn Bhd (No. Syarikat 113925-U)Pihak Berkuasa TempatanMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201604/13293Lulus27/04/201629/04/201611:50:28
monosakarida23967/2015Sejenis kompaun glukosa daripada keluarga cendawan. Bahan semula jadi yang unik. Ia tidak boleh disintesiskan secara kimia. Ia juga paling efektif dalam meningkatkan fungsi dan peraturan sistem imun badan..Majlis Perbandaran KluangPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201507/06273Lulus03/07/201503/07/201507:12:32
Bunting - Chicken Mushroom Swiss9164/2017CHICKEN MUSHROOM SWISS MASA TERHAD CENDAWAN LAZAT KEJU SWISS PEHA AYAM LAZATMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201702/13706Lulus24/02/201724/02/201714:37:40
Makan Tangah Hari46343/2016Makan Tengah Hari Yang Menyelerakan Daripada RM15.90 Sup Cendawan Berkrim Roti Bawang Putih Ayam PanggangMajlis Bandaraya Johor BahruMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201609/11469Lulus21/09/201622/09/201616:06:06
Makan Tangah Hari51817/2016MAKAN TENGAH HARI YANG MENYELERAKAN DARIPADA RM 15.90 SUP CENDAWAN BERKRIM AYAM PANGGANGMajlis Bandaraya Johor BahruMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201610/14033Lulus20/10/201621/10/201615:05:55
BANNER UNTUK RESTORAN KOREA7818/2015- BULGOGI KEPAKARAN KAMI - RESEPI KAMI - Kepingan daging (australia) - kicap - Disiarkan di -gula -bawang putih -halia -minyak bijan -lada hitam -bawang besar -daun bawang -cendawan (enoki mushroom) -sajian sihat bulgogiMajlis Perbandaran Subang JayaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201503/05643Lulus09/03/201510/03/201509:45:39

Kembali ke atas