Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cer.di/] | چرديق

Definisi : 1. dapat mengerti dgn cepat, berakal, pandai: Ali seorang pelajar yg ~; 2. banyak akal, licik, tahu tipu muslihat, pandai putar belit; ~ buruk (busuk) pandai (suka) menipu; ~ pandai (cendekia) (orang) cerdik lagi pandai, (orang) terpelajar; ~ bagai ekor kerbau prb orang yg melakukan sesuatu yg bodoh dan merugikan diri sendiri; kalau hutang akan berbayaran juga, tidak guna orang ~ pandai prb orang yg cerdik itu dapat mempertahankan yg salah menjadi benar (yg buruk menjadi baik); siapa ~ tinggi naik, siapa calak menang berhitung prb orang yg pandai bercakap putar belit akhirnya dipercayai juga cakapnya; secerdik-cerdik bagaimana (betapa) cerdik sekalipun: ~ dia, akhirnya tertipu juga; mencerdikkan 1. menjadikan (seseorang) cerdik, memandaikan: ilmu tidak turun dr langit utk ~ insan; 2. menjadikan sistem komputer lebih canggih dan cekap: kajian lanjut perlu dilakukan utk ~ komputer supaya dapat memahami bahasa; kecerdikan 1. kepintaran, kepandaian; 2. kecurangan, kelicikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cer.di/] | چرديق

Definisi : 1 lekas mengerti dan pandai mencari akal; berakal; pintar: Anak-anak yg ~ telah dpt melompat darjah. 2 banyak tipu muslihatnya; pandai berputar belit; licin; licik: Orang lurus makanan orang ~. ~ buruk pandai atau suka menipu. ~ pandai (orang yg) cerdik lagi pandai; (orang yg) terpelajar; cendekia. mencerdikkan menjadikan seseorang cerdik: Kita hendaklah berusaha menuntut ilmu kerana ilmu tidak turun dr langit utk ~ insan. kecerdikan 1 sifat atau keadaan cerdik; kepintaran. 2 sifat atau keadaan pandai menipu; kelicinan. secerdik-cerdik bagaimana cerdik sekalipun: ~ dia, akhirnya tertipu juga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerdik

Puisi
 

Anak anjing dua beradik,
     Satu bodoh satu cerdik;
Saya umpama teras yang baik,
     Tahan berjemur di panas terik.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Cerdik bagai ekor kerbau.

Bermaksud :

Melakukan sesuatu pekerjaan yang merugikan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
TADIKA CERDIK CEMERLANG43129/2015TADIKA CERDIK CEMERLANG 杰幼幼儿园 03-7493 4057 T/B: 019-548 8887Majlis Bandaraya Petaling JayaPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201510/10419Lulus27/10/201528/10/201508:34:57
ZAZA CERDIK64379/2016ZAZA CERDIKMajlis Perbandaran NilaiPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201612/13203Lulus21/12/201622/12/201609:27:45
tadika pelajar cerdik16641/2016Tadika Pelajar Cerdik "The Pre-School Ministry Of Creative Learning"Majlis Perbandaran Subang JayaPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201604/10333Lulus08/04/201611/04/201613:51:31
TADIKA CERDIK GEMILANG SDN.BHD.13902/2016TADIKA CERDIK GEMILANG SND.BHD. 1158199-MMajlis Perbandaran Sungai PetaniPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201603/12255Lulus24/03/201625/03/201614:46:45
Tadika Alam Cerdik46946/2015Tadika Alam Cerdik Pendaftaran DibukaMajlis Perbandaran SepangPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201511/08276Lulus19/11/201519/11/201509:37:27
Taska Cilik Cerdik24897/2014Taska Cilik Cerdik Pusat Jagaan Kanak-kanak -Penjagaan harian -Aktiviti merangsang minda -Seni Kreatif dan kraf tangan -Kaedah belajar sambil bermain -Ilmu kerohanian/ Asas fardu ain pendaftaran bermula 5/11/2014 (Ahad) No. 2, Jalan Kijang 13, TMajlis Perbandaran Pasir GudangPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201410/05588Lulus21/10/201421/10/201412:27:46
Pusat Jagaan Cerdik Sayang41604/2015Pusat Jagaan Cerdik Sayang Little Bell Prasekolah Pengasuhan AnakTiadaPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201510/09131Lulus19/10/201520/10/201511:04:31
Tadika Seri Cerdik Minda8781/2015Tadika Seri Cerdik Minda 017-6776608 Puan LowMajlis Perbandaran Alor GajahPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201503/06570Lulus13/03/201517/03/201509:45:08
TADIKA KHALIFAH IMAN CERDIK33916/2016TADIKA KHALIFAH IMAN CERDIK NO 10 & 10-1, JLN PINGGIRAN USJ 1/8, TAMAN PINGGIRAN USJ 47620 SUBANG JAYA SELANGOR 012 9070744 khalifahcerdik@gmail.comMajlis Perbandaran Subang JayaPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201607/10715Lulus18/07/201619/07/201609:07:59
PUSAT TUISYEN IDAMAN CERDIK14756/2016PUSAT TUISYEN IDAMAN CERDIKMajlis Perbandaran Subang JayaPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201603/12934Lulus30/03/201631/03/201609:02:41
1234

Kembali ke atas