Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. rasa, perasaan; 2. keinginan, hasrat; 3. gagasan, idea; 4. sl cipta, angan-angan, fikiran: kecil hati rupanya nyata, diangkanya kakang berubah ~; 5. cinta, rindu (akan): jikalau anakanda sesak sukar sesuatu hal, bakarlah kemenyan mandung jati itu, ~lah nama ayahanda, nescaya datanglah ayahanda; cita-cita 1. harapan, hasrat, keinginan (yg kuat): seakan-akan digerakkan oleh ~ hendak bertemu dgn anak bininya; ~nya ingin menjadi jurutera apabila besar kelak; 2. maksud, tujuan yg hendak dilaksanakan: aku rintang pekerjaannya itu dgn ~ yg luhur; bercita-cita 1. ada cita-citanya, mempunyai cita-cita: kita bukan hidup sbg haiwan yg tidak ~; 2. berharap (akan), berhasrat (akan), berniat (akan): sbg pemimpin, ia ~ mewujudkan masyarakat yg bebas dan aman makmur; mencita sl menciptakan, mewujudkan seĀ­suatu dgn kuasa batin (sakti): masing-masing pun ~ saktinya pula lalu menjadi naga turun ke dlm laut; pucuk dicita ulam mendatang prb yg diperoleh lebih drpd yg dikehendaki; mencita-cita, mencita-citakan 1. mengĀ­angankan, mengharapkan, menghendaki, mengimpikan: dia tahu kalau dia terus berkeras melawannya, tentulah segala-gala yg dicita-citakan itu akan musnah; 2. membayangkan dlm fikiran, menggambarkan (melukiskan) kpd: dlm ceramahnya itu, ia ~ demokrasi sosial yg akan dibentuk utk menjamin kebahagiaan ekonomi setiap lapisan rakyat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 perasaan hati; rasa: ~ rasa rasa spt sedap, lazat dsb. 2 angan-angan; sesuatu yg difikirkan. cita-cita 1 keinginan yg selalu ada dlm fikiran: ~nya menjadi doktor. 2 tujuan yg hendak dicapai atau yg hendak dilakukan; maksud: Tanpa kerjasama drpd seluruh rakyat, ~ kerajaan hendak mendirikan suatu masyarakat adil tidak akan berjaya. bercita-cita 1 berharap; berniat: Dia ~ hendak melanjutkan pelajarannya. 2 mempunyai cita-cita atau tujuan yg sempurna: Ahmad ialah anak yg ~ tinggi. mencita-citakan 1 mengingini; mengharapkan: Akhirnya tercapai juga apa-apa yg dicita-citakannya itu. 2 membayangkan dlm fikiran: Mereka selalu ~ dunia baru yg serba mewah dan aman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cita I

Puisi
 

Buah rambai dalam padi,
     Lazat pula cita rasanya;
Pandai sungguh mengambil hati,
     Sarat dengan budi bahasanya.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Terpegang di abu hangat.

Bermaksud :

Kecewa dalam suatu cita-cita atau pekerjaan; mencampuri sesuatu yang menyusahkan saja.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
HOARDING UNTUK ECO ARDENCE -639797/2016SENI Di sinilah hati dan minda menjadi satu, memupuk semangat, merangsang penciptaan dan memenuhi cita-cita.Majlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201608/10037Lulus15/08/201615/08/201614:32:54
Cita Rasa Warisan19756/2017Cita Rasa Warisan 27 Malam Kelab Golf Seri Selangor 27 Mei - 22 Jun 2017 RM65 bersih (dewasa) RM45 bersih (kanak-kanak / warga emas) Pembelian Awal RM50 bersih pembelian sebelum 26 Mei 2017.Majlis Bandaraya Petaling JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201704/14290Lulus05/04/201705/04/201715:40:34
Cita Rasa Warisan19755/2017Cita Rasa Warisan 27 Malam Kelab Golf Seri Selangor 27 Mei - 22 Jun 2017 RM65 bersih (dewasa) RM45 bersih (kanak kanak / warga emas) Pembelian Awal RM50 bersih pembelian sebelum 26 Mei 2017.Majlis Bandaraya Petaling JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201704/14289Lulus05/04/201705/04/201715:39:12
Cita Rasa Ramadan23691/2016Cita Rasa RamadanMajlis Perbandaran Port DicksonMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201605/11576Lulus18/05/201619/05/201609:14:43
CITA RASA SILKA19575/2015CITA RASA SILKA Cherckers Cafe (18 JUN - 15 JULAI 2015) RM66.00+DEWASA RM33.00+KANAK-KANAK (4-12 TAHUN) IXORA BALLROOM (26 JUN - 11 JULAI 2015) RM38.50+DEWASA RM19.25+KANAK-KANAK (4-12 TAHUN) *HARGA TIDAK TERMASUK GSTMajlis Bandaraya Johor BahruMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201505/07937Lulus19/05/201525/05/201509:16:58
Cita rasa Malaysia17764/2015Cita rasa Malaysia (Malaysian Flavours) untuk BERBUKA PUASA dan AIDILFITRI 18 - 22 Jun dan 13 - 16 Julai ~ RM103bersih 23 Jun - Julai ~ RM135bersih Bufet Aidilfitri ~ RM122bersihDewan Bandaraya Kuala LumpurPerhotelan dan PenginapanTiadaDBP/KPB/201505/06444Lulus13/05/201513/05/201516:00:58
Cita Rasa Permai19625/2015Salam Ramadan Cita Rasa PermaiMajlis Bandaraya Shah AlamMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201505/07957Lulus20/05/201525/05/201509:52:17
Cita Rasa Jepun Yang Asli24758/2014Cita Rasa Jepun Yang AsliMajlis Bandaraya Shah AlamMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201410/05131Lulus14/10/201416/10/201409:21:45
CITA RASA WARISAN pada Bulan Ramadan23474/2017CITA RASA WARISAN pada Bulan Ramadan 27 Mei-23 Jun 2017 7.00 Malam-10.30 MalamMajlis Bandaraya Melaka BersejarahMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201705/13807Lulus02/05/201702/05/201714:35:27
Semarak Cita Rasa Mutiara11325/2014"Semarak Cita Rasa Mutiara" RM85++ (dewasa), RM50++ (kanak-kanak, 4-12 tahun) Tel.: 07-330 0300 / E-mel: fbjb@mutiarahotels.com 29 Jun - 27 Julai 2014Majlis Bandaraya Johor BahruMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201406/03911Lulus03/06/201403/06/201412:34:33
12345678910...

Kembali ke atas