Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[con.toh] | چونتوه

Definisi : 1. benda (sebahagian benda-benda) yg sifat-sifatnya (rupa, macam, keadaan) sama dgn semua benda drpd jenisnya, benda yg dapat mewakili benda lain kerana sama sifat­sifatnya: jangan kirim barang itu dahulu, kirim ~nya saja; 2. benda yg lain, benda utk ditiru, model: guru membuat ~ di papan hitam utk murid-murid; 3. acuan, cetakan; 4. perbuatan (kelakuan, hal) yg menjadi teladan: tindak-tanduk guru menjadi ~ bagi murid; mengambil ~ kpd yg sudah, mengambil tuah kpd yg menang prb sesuatu yg hendak ditiru itu biarlah drpd contoh yg telah memberi hasil yg baik; bagaimana ~, begitulah kuihnya prb anak itu menurut sifat atau teladan drpd orang tuanya; mencontoh mengambil jadi contoh, menela­dan, meniru: kelakuan buruk jangan dicontoh; mencontohi 1. membuat sesuatu dgn meng­ikut contoh, mengambil contoh, meniru, meneladani: guru hendaklah dr mula me-nunjukkan tabiat yg baik supaya dapat dicontohi oleh kanak-kanak; kita umat Islam harus ~ keperibadian dan sifat-sifat Nabi Muhammad SAW; 2. ark memberi contoh kpd; mencontohkan 1. mencontoh; 2. = mempercontohkan memberikan sesuatu sbg contoh, menjadikan contoh: masalah ini samalah spt seseorang melihat sebuah rumah yg saya contohkan dahulu; contohan yg menjadi contoh: Hang Tuah memperlihatkan kelakuan ~ melalui perbuatan dan kata-katanya; percontohan 1. benda-benda yg dijadikan contoh (spt barang dagangan dll); nombor ~ nombor contoh (penerbitan, majalah, dll); 2. benda utk ditiru, model: desa ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[con.toh] | چونتوه

Definisi : 1 sesuatu atau sebahagian drpd barang dagangan yg diberikan utk memperlihatkan rupanya (keadaannya dsb); sampel: Barang-barang dlm pameran itu tidak dijual, cuma ~ saja. 2 sesuatu yg diadakan utk ditiru; sesuatu yg menjadi teladan utk membuat benda lain: Guru membuat ~ di papan hitam, murid-murid menirunya. 3 perbuatan atau kelakuan yg menjadi ikutan; teladan: Kerajinannya belajar menjadi ~ kpd kawannya. 4 acuan: Bagaimana ~ begitulah kuihnya. mencontoh mengambil contoh drpd; membuat sesuatu menurut contoh; meniru: Dia sedang asyik ~ gambar yg ada di dlm buku itu. Buatlah hitungan itu sendiri, tidak usah ~ temanmu. mencontohi memberi contoh kpd; menunjukkan contoh kpd: Ibu bapa patut ~ anak-anak mereka. mencontohkan menunjukkan sesuatu sbg contoh; menjadikan contoh: Gadis itu ~ cara-cara hendak menggubah bunga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata contoh

Peribahasa

Bagaimana acuan begitulah kuihnya;
     bagaimana contoh begitulah gubahannya.

Bermaksud :

Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Violet Banner 147207/2015PELANCARAN RASMI CiTRAhill2 Violet RUMAH TERES 2 TINGKAT 29 NOV. 2015 (AHAD) 10PG. - 4PTG. / RUMAH CONTOH RUMAH CONTOH VIOLET 06 7581988 SERIPAJAM.COM.MYMajlis Perbandaran NilaiPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201511/09030Lulus20/11/201524/11/201511:53:39
Directional Bunting43666/2016Rumah Contoh Banglo 70' x 90' Rumah Contoh Teres 24' x 75' Rumah Contoh Teres 22' x 75' Pembangunan terunggul daripada Kinta PropertiesMajlis Bandaraya IpohPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201609/09975Lulus08/09/201609/09/201608:20:44
Rumah Contoh10823/2017Rumah Contoh, Show Unit Rumah Sedia Diduduki, Ready to Move in 280 Park Homes di Puchong Prima Dibuka Setiap Hari 10 pg. - 6 ptg. 012-9207238 019-3399767Majlis Perbandaran Subang JayaPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201703/13863Lulus02/03/201703/03/201712:03:36
RUMAH CONTOH33835/2015RUMAH CONTOHMajlis Perbandaran TemerlohPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201509/05628Lulus02/09/201502/09/201514:49:35
RUMAH CONTOH6949/2015RUMAH CONTOH SEDIA UNTUK DIKUNJUNGI 1 PERUMAHAN BALOK PERDANA ZON 3A FASA 6 (TERES) 2 PASDEC BIZ-POINT DI BALOK PERDANA (KEDAI/PEJABAT) Tarikh : 14 Mac 2015 Masa : 10.00 pg. - 4.00 ptg. Tempat : No. 30, Lorong Balok Perdana 4/1 Tawaran Hadiah RM1,00Majlis Perbandaran KuantanPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201503/04928Lulus02/03/201503/03/201514:05:13
rumah contoh5951/2014rumah contohMajlis Bandaraya Johor BahruPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201403/04503Lulus27/03/201428/03/201411:11:56
rumah contoh dibuka10198/2017rumah contoh dibukaMajlis Bandaraya IpohPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201703/13094Lulus28/02/201701/03/201708:26:37
Rumah Contoh Baru8103/2015Rumah Contoh Baru Saiz Lot : 40' x 80' Rumah Berkembar 2 TIngkat Abby Gambaran sebenar - Hiasan Dalaman Diskaun 5% kepada bumiputera untuk lot bumiputera www.kintaproperties.comMajlis Bandaraya IpohPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201503/05908Lulus10/03/201512/03/201509:26:18
Rumah contoh kini dibuka64460/2016"Rumah contoh kini dibuka" Mesej adalah untuk pekerja asingDewan Bandaraya Kuala LumpurPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201612/13492Lulus21/12/201627/12/201607:32:16
RUMAH CONTOH DIBUKA SEKARANG63732/2016RUMAH CONTOH DIBUKA SEKARANGMajlis Bandaraya IpohPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201612/12893Lulus20/12/201621/12/201608:48:08
12345678910...

Kembali ke atas