Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.é.rah] | داءيره

Definisi : (daérah) 1. lingkungan sesuatu peme­rintahan, wilayah (sesebuah negara): Sabah dan Sarawak termasuk dlm ~ Malaysia; 2. bahagian sesebuah negeri (sekeliling sesebuah bandar) yg mempunyai sempadannya utk ke­mudahan pentadbiran: negeri Melaka ter­bahagi kpd tiga buah ~, iaitu Melaka Tengah, Jasin, dan Alor Gajah; ~ Temerloh; pegawai ~ pegawai kanan kerajaan yg meng­urus pentadbiran sesebuah daerah (dlm bidang-bidang tertentu); 3. kawasan yg mempunyai iklim (penduduk, hasil dll) yg sama: ~ hawa panas; ~ orang asli; 4. kawasan yg berada di bawah sesuatu pengaruh (kekuasaan, keadaan, dll): ~ darurat; ~ tentera; 5. ki skop, bidang: menyimpan rahsia termasuk dlm ~ amanah; ~ mata air daerah yg mendapat (bekalan) air dr mata air; ~ pedalaman daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu; ~ seberang laut(an) daerah jajahan; ~ sungai kawasan yg men­dapat air dr sungai; ~ takluk tanah jajahan; ~ tidak bertuan daerah yg tidak dikuasai oleh mana-mana kerajaan (pemerintahan); sedaerah 1. berasal dr (berada atau terletak di) daerah yg sama; 2. mengenai satu daerah sahaja, setempat; kedaerahan yg tertumpu pd atau mengenai sesuatu daerah (tidak meluas atau menye­lu­ruh): ia perlu menyingkirkan faham ~nya; peng­ajaran dlm ilmu kesihatan harus bersifat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.é.rah] | داءيره

Definisi : /daérah/ 1 tempat atau kawasan di sekitar sesebuah bandar; jajahan: ~ Kuala Pilah yg besar sekali di Negeri Sembilan. 2 lingkungan sesuatu pemerintahan; wilayah: Singapura tidak termasuk dlm ~ Malaysia. 3 lingkungan tempat yg sama keadaan hawanya (penduduknya, hasilnya dll); kawasan: ~ hawa panas. kedaerahan sifat-sifat mengenai sesuatu daerah: Perasaan ~ harus diketepikan. sedaerah satu atau sama daerah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daerah


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
PEJABAT URUSAN: KOPERASI PEKEBUN KECIL DAERAH KAMPONG GAJAH PERAK BHD.32606/2017CADANGAN DARIPADA PIHAK RISDAMajlis Daerah Perak TengahPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201705/19541Lulus29/05/201730/05/201709:45:48
PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA DAERAH AMPANG JAYA11479/2015TiadaMajlis Perbandaran Ampang JayaTiadaTiadaDBP/KPB/201812/14952Lulus19/11/201527/12/201817:00:20
BUTIK2574/2017TiadaMajlis Daerah BentongTiadaTiadaDBP/KPB/201903/22219Lulus13/07/201720/03/201915:51:07
Triumph33620/2017TiadaMajlis Daerah BetongButikTiadaDBP/KPB/201706/14598Lulus01/06/201702/06/201708:36:55
BUTIK30573/2017TiadaMajlis Daerah PontianButikTiadaDBP/KPB/201705/17656Lulus21/05/201722/05/201711:55:42
ANJUM30398/2017TiadaMajlis Daerah Perak TengahButikTiadaDBP/KPB/201705/17727Lulus18/05/201722/05/201715:42:33
BUTIK4394/2015TiadaMajlis Daerah JempolButikTiadaDBP/KPB/201705/16012Lulus02/06/201512/05/201718:59:18
BUTIK25980/2017BUTIKMajlis Daerah RaubButikTiadaDBP/KPB/201705/14049Lulus29/04/201703/05/201712:49:44
PASAR MINI2710/2017TiadaMajlis Daerah Tanjung MalimTiadaTiadaDBP/KPB/201903/22841Lulus03/03/201728/03/201915:37:49
KEDAI CERUT2579/2017TiadaMajlis Daerah BentongTiadaTiadaDBP/KPB/201903/22225Lulus13/07/201720/03/201916:03:52
12345678910...

Kembali ke atas