[dam] | دم
Definisi : 1. = damdam sj permainan utk dua orang pemain, setiap pemain menggerakkan 12 buah dam mengikut peraturannya di atas papan yg berpetak-petak segi empat (spt papan catur); buah ~ kepingan-kepingan yg digunakan (digerakkan) ketika bermain dam; papan ~ papan yg digunakan dlm permainan dam (berpetak-petak segi empat); 2. bercorak tapak catur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[dam] | دم
Definisi : denda yg dikenakan kpd jemaah haji yg melanggar peraturan-peraturan tertentu sewaktu mengerjakan haji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[dam] | دم
Definisi : bunyi spt bunyi gendang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[dam] | دم
Definisi : sj permainan dalam yg menggunakan kepingan-kepingan bundar dan papan tapak catur; damdam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[dam] | دم
Definisi : denda yg dikenakan kpd jemaah haji yg meninggalkan wajib haji atau kerana tidak mendahulukan haji drpd umrah pd sesuatu musim haji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)