Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. cecair berwarna merah yg mengalir dlm tubuh manusia atau binatang: orang yg cedera parah itu banyak mengeluarkan ~; 2. ki keluarga, sanak saudara, keturunan; pertalian ~ hubungan kekeluargaan atau keturunan; 3. ki sifat (kebolehan) semula jadi, bakat: ~ seni memang sudah lama mengalir di dlm jiwanya; 4. ki semangat, jiwa: ~ perwira memang terdapat di kalangan orang Melayu; (sudah) menjadi ~ daging a) (sudah) mendarah daging (sudah) sebati dgn atau meresap di dlm jiwa: ajaran sosialis sudah menjadi ~ dagingnya; b) = (sudah) menjadi kaum kerabat sendiri atau saudara sendiri; ~ gemuruh mudah gugup, lekas hilang ke­tenangan; ~ hidup darah yg masih cair (belum beku); ~ ikan warna merah tua; ~ lintah pekat, kental, likat (bkn air kopi dll); ~ manis mudah mendapat bahaya atau kecederaan (bkn orang yg bertunang dll); ~ mati darah yg sudah beku; ~ muda semangat atau perasaan orang muda; ~ panas pemarah, lekas marah; ~ putih keturunan orang bangsawan; ~ raja keturunan raja-raja; ~ tinggi sj penyakit yg menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi; ~ baru setampuk pinang prb masih terlalu muda; bersukat ~lah baru kuberi prb biar mati drpd menyerah kalah; bersukat ~ ber­timbang daging prb melawan sampai mati; me­nakik ~ di batu (dialu) prb kerja yg sia-sia (bekerja teruk, hasilnya sedikit); minta ~ pd dabung (daing) prb minta bantuan drpd orang yg tidak berupaya membantu;sedarah 1. satu keturunan, sama asalnya: bukankah Brunei negeri Melayu, orangnya ~ dgn kita; 2. ki sejenis, sebangsa, serupa: kalimat itu senafas dan ~ dgn kalimat-kalimat yg lain;berdarah 1. bkn sesuatu peristiwa (ke­malangan, pertempuran, dll) yg meng­aki­batkan kecederaan atau kematian: ke­jadian ~ 13 Mei 1969; 2. mempunyai darah, la­zimnya merujuk pd pengelasan haiwan, sama ada berdarah panas atau berdarah sejuk: binatang mamalia ~ panas; 3. mengeluarkan (mengalirkan) darah: luka tangan tampak ~, luka di hati siapakah tahu; 4. ada (terdapat) darah yg melekat atau menyerap (pd kain, pisau, dll): kain pembalut itu penuh ~; 5. ber­keturunan, drpd keturunan: ~ bangsawan; ~ raja; 6. bersifat, bersemangat, berjiwa: orang Melayu memang ~ perwira; 7. ber­ke­bolehan semula jadi, berbakat: ~ seni; ~ bali Mn penakut; ~ dingin Id berdarah sejuk; ~ hangat Id berdarah panas; ~ hati sakit hati; ~ panas a) mempunyai darah yg panas dan agak tetap suhunya tanpa dipengaruhi oleh suhu keadaan sekitar (bkn mamalia); b) pe­marah; ~ putih berketurunan bangsawan (orang baik-baik); ~ sejuk mempunyai darah yg berubah suhunya mengikut suhu keadaan sekitar;mendarah spt darah; ~ daging (menjadi) sebati, meresap ke jiwa: kerja demikian sudah ~ daging dengannya; ~ lintah (menjadi) pekat atau kental;mendarahi melumuri (menyapu dgn) darah;perdarahan keadaan keluar darah atau ber­darah akibat cedera atau penyakit: terdapat sebilangan mereka yg hamil anak sulung yg mengalami ~ sehingga tiba proses kelahiran; pendarahan Id pengeluaran (pengaliran keluar) darah, turun darah: gangguan yg agak berbahaya ialah terjadinya ~ pd perem­puan; jika ~ berlaku semasa mengandung, ini semestinya merupakan suatu keadaan yg luar biasa; ~ dalam (luar) Id pengeluaran darah di dlm (di luar) tubuh; pendarah sakti (sudah banyak dipakai utk melukai orang): keris ~; ketujuh-tujuh bilah keris itu baik-baik belaka serta dgn bisanya dan ~nya dan tajamnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata darah I

Puisi
 

Hinggaplah hinggap ke kayu tinggi,
     Tumpah darah ke daun pisang;
Kamek datang tumpang di sini,
     Kain basah kering di pinggang.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Minta dedak kepada orang mengubik.

Bermaksud :

Minta bantuan pada orang yang tidak punya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Minta darah pada dabung, b. Minta darah pada daing).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Kempen Derma Darah43421/2016Kempen derma darah Menderma darah dapat menyelamatkan nyawaMajlis Perbandaran Batu PahatHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201609/09293Lulus02/09/201605/09/201609:07:19
Kempen Derma Darah31274/2014Kempen Derma Darah “Setitis darah mampu menyelamatkan satu nyawa” Semua Dijemput Hadir Penaja Utama: Batu Pahat Mall Penganjur: Lions Club of Batu Pahat (District 308 B1 Malaysia)TiadaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201412/04479Lulus10/12/201411/12/201407:14:10
Kempen Derma Darah43920/2016"Setitis Darah Sejuta Makna” KEMPEN DERMA DARAH Tarikh : 10/9/2016 (Ahad) Masa : 10pg. - 3:30ptg. Tempat : BATU PAHAT MALL (Tingkat 2) JOM! DERMA DARAH Penganjur: Lions Club of Batu Pahat (District 308 B1 Malaysia) Penaja Utama: Batu Pahat MMajlis Perbandaran Batu PahatMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201609/09478Lulus05/09/201606/09/201609:28:29
KEMPEN DERMA DARAH36751/2015“Setitis Darah Sejuta Makna” KEMPEN DERMA DARAH Tarikh : 27/9/2015 (Ahad) Masa : 10pg. - 2ptg. Tempat : Batu Pahat Mall (Tingkat 2) PERCUMA Ujian Glukosa Darah Penganjur: Lions Club of Batu Pahat (District 308 B1 Malaysia) Penaja Utama: Batu PTiadaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201509/07697Lulus17/09/201518/09/201508:14:26
Kempen Derma Darah21692/2015“Setitis Darah Sejuta Makna” KEMPEN DERMA DARAH Tarikh: 28/6/2015 (Ahad) Masa: 10pg. - 2ptg. Tempat: BATU PAHAT MALL (Tingkat 2) PERCUMA Ujian Glukosa Darah Penaja Utama: Batu Pahat Mall Penganjur: Lions Club of Batu Pahat (District 308 B1 MaMajlis Perbandaran Batu PahatMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201506/06768Lulus01/06/201508/06/201515:42:45
Pemeriksaan Kesihatan PERCUMA3339/2017Hari-hari Pemeriksaan Kesihatan PERCUMA • Gula dalam Darah • Tekanan Darah • Indeks Jisim Badan (BMI) *Tertakluk pada Terma dan SyaratMajlis Perbandaran KluangPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201701/13888Lulus19/01/201720/01/201709:11:59
KEMPEN DERMA DARAH8007/2015"Setitis Darah Sejuta Makna” KEMPEN DERMA DARAH Tarikh : 29/3/2014 (Ahad ) Masa : 10pg. - 2ptg. Tempat : BATU PAHAT MALL (Tingkat 2 二楼) PERCUMA Ujian Glukosa Darah Penganjur: Lions Club of Batu Pahat (District 308 B1 Malaysia) Penaja UtamTiadaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201503/05870Lulus10/03/201512/03/201509:04:59
Kempen Derma Darah17598/2016Kempen Derma Darah Jadilah wira dengan menderma darah Tarikh : 15 Mei 2016 Masa : 10pg. - 3ptg. Tempat : PD Oceanic Mall Dengan Kerjasama:Majlis Perbandaran Port DicksonMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201604/11106Lulus13/04/201615/04/201614:04:29
Kempen Derma Darah17594/2016Kempen Derma Darah Jadilah wira dengan menderma darah Tarikh : 15 Mei 2016 Masa : 10pg. - 3ptg. Tempat : PD Oceanic Mall Dengan Kerjasama:Majlis Perbandaran Port DicksonMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201604/11105Lulus13/04/201615/04/201614:04:05
Kempen Derma Darah17591/2016Kempen Derma Darah Jadilah wira dengan menderma darah Tarikh : 15 Mei 2016 Masa : 10pg. - 3ptg. Tempat : PD Oceanic Mall Dengan Kerjasama:Majlis Perbandaran Port DicksonMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201604/11021Lulus13/04/201615/04/201609:06:53
12345678910...

Kembali ke atas