[de.pa] | دڤا
Definisi : (dépa) Kd, Pl, Pn mereka semua, dema. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[de.pa] | دڤا
Definisi : (ukuran) panjang antara kedua-dua hujung tangan yg didepangkan (empat hasta atau kira-kira enam kaki); mendepa mengukur dgn depa (dgn mendepangkan tangan): kuli-kuli itu sedang ~ kawasan yg mesti mereka kerjakan utk hari ini; mendepakan merentangkan atau menghulurkan (tangan) lurus-lurus ke kanan dan ke kiri, mendepangkan: satu drpd gerak badan yg dilakukan ialah dgn ~ kedua-dua belah tangan perlahan-lahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[de.pa] | دڤا
Definisi : panjang di antara dua hujung tangan yg didepangkan (+ 4 hasta atau 6 kaki atau 1.8m). mendepa mengukur dgn depa: Mereka ~ bilik itu utk menganggarkan panjangnya. mendepakan mendepangkan (tangan) selaku orang mendepa: Dia ~ tangannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)