Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.pan] | دڤن

Definisi : hadapan, muka: dr rumah ketua kampung ternampak api pelita minyak tanah di ruang ~; minggu (bulan dll) ~ minggu (bulan dll) yg akan datang; di depan di hadapan, di muka: ~ markas besar itu terletak sebuah jip yg sudah tua; ke depan 1. ke hadapan, ke muka, mara; 2. selanjutnya, seterusnya, hingga pd; terkedepan berada (jauh) di depan atau di hadapan (dlm proses kemajuan dsb), sudah maju: utk diterima umum, seseorang itu tidak harus terkebelakang atau ~ drpd tamadun yg sedang didudukinya; seseorang mesti belajar banyak teknik pengadilan termasuk kecekapan mata drpd pengadil-pengadil yg ~; depan-depan secara berhadapan (langsung), secara bertentang mata (bersemuka): kalau tidak boleh bercakap secara ~ dgn pa­sang­an, telefonlah sahaja; kalau ingin me­negurnya, tegurlah ~ secara baik; berdepan bertemu (bersua) muka, ber­hadapan: perasaanku senang sekali apabila ~ dgn anak-anak itu; berdepan-depan berhadap-hadapan, ber­semuka; mendepan menghadap (menghala, meng­arah) ke: ibunya tidak berbaju, hanya ber­kemban gantung sahaja dan separuh dada­nya terbuka ~ angin; mendepani 1. berada di depan sesuatu: tinggallah Masniah keseorangan yg sedang ~ Mat Deli dgn degup jantungnya yg kencang; 2. berusaha tidak mahu ketinggalan; mendahului: Adi dirasakan begitu besar ~nya dlm setiap bidang; mengedepankan mengutarakan, menge­mukakan: ~ permohonan kpd pihak yg berkenaan; terdepan (yg) di depan sekali: askar-askar kita yg di medan perang ~ semuanya ber­jaga-jaga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.pan] | دڤن

Definisi : hadapan; muka: Selepas makan, mereka berbual-bual di ruang ~. minggu (bulan, tahun) ~ minggu (bulan, tahun) yg akan datang. berdepan 1 bertemu muka; bersua: Dia berasa takut apabila ~ dgn gurunya. 2 ki berlawan; beradu; bertarung: Ada perajurit Majapahit yg ingin ~ dgn pahlawan Melaka. berdepan-depan berhadap-hadapan; bersemuka. mendepan menghadap (menghala) ke sesuatu arah: Dia ~ saya apabila dia menceritakan hal itu. mendepani berhadapan dgn: ~ masalah. terdepan di depan sekali: Askar-askar dlm barisan yg ~ selalu kena tembak. di depan di hadapan; di muka: Dia berdiri ~ pintu melihat suaminya pergi. ke depan ke hadapan; maju; mara: Dia ~ menemui lawannya. mengedepankan 1 meletakkan (menempatkan) di hadapan: Dia ~ kerusi itu. 2 mengemukakan; mengutamakan: Mereka ~ cadangan-cadangan yg baik itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata depan

Puisi
 

Sirih puan depan tangga,
     Menyambung datang orang marhaban;
Tanya puan dijawab duka,
     Bunga di jambangan telah kepunyaan.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Bergurindam di tengah rimba.

Bermaksud :

Menunjukkan kepandaian di depan orang yang bodoh.

 

Lihat selanjutnya...(7)

297

The leopard cannot change its spots

Sifat atau tabiat seseorang, lazimnya sangat negative, tidak mungkin berubah.

Jejak dapat dihilangkan, belang bagaimana hendak dihilangkan?

I thought that old man had repented when he married that beautiful singer, but the leopard cannot change its spots. He still dated young girls, only this time right under his wife's nose!

Saya agakkan orang tua itu sudah bertaubat setelah mengahwini penyanyi cantik manis itu, tetapi jejak dapat dihilangkan, belang bagaimana hendak dihilangkan. Dia masih keluar dengan gadis-gadis muda, cuma kali ini di depan mata isterinya!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
MEMBENTUK MASA DEPAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN PEKERJAAN YANG CEMERLANG7202/2016MEMBENTUK MASA DEPAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN PEKERJAAN YANG CEMERLANG *Makluman perkataan: MEMBENTUK MASA DEPAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN PEKERJAAN YANG CEMERLANG adalah perkataan standard yang digunakan oleh JKKP MalaysiaMajlis Perbandaran KuantanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201602/08372Lulus18/02/201619/02/201611:47:27
Kediaman Masa Depan24583/20151) Kediaman Masa Depan 2) Galeri Jualan 100MMajlis Perbandaran Johor Bahru TengahPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201506/09023Lulus18/06/201525/06/201515:08:34
Mengasah Masa Depan Anda8565/2017Membina Masa Depan Anda DIBUKA UNTUK PENDAFTARAN PADA 6 FEBRUARI 2017Majlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201703/13443Lulus01/03/201702/03/201708:22:53
AKPK - Masa Depan Mereka Di Tangan Anda53762/2016AKPK Masa Depan Mereka Di Tangan Anda Kuasai Pengurusan kewangan dengan bijak PK - Pendidikan Kewangan KK - Kaunseling Kewangan PPK - Program Pengurusan Kredit www.akpk.gov.my / 03-2616 7766Dewan Bandaraya Kuala LumpurMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201611/10073Lulus31/10/201601/11/201609:41:11
MEMBENTUK MASA DEPAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN PEKERJAAN YANG CEMERLANG7198/2016MEMBENTUK MASA DEPAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN PEKERJAAN YANG CEMERLANG **Makluman Perkataan: KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN adalah perkataan standard yang digunakan oleh JKKP Malaysia.Majlis Perbandaran KuantanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201602/08382Lulus18/02/201619/02/201612:03:18
MENCETAK KEMEJA-T28986/2015T SHIRT PRINTING (MENCETAK KEMEJA T) TEL: 019 6418121 (depan Klinik Kesihatan Masjid Tanah) (depan Klinik Kesihatan Masjid Tanah)Pihak Berkuasa TempatanMedia CetakTiadaDBP/KPB/201508/04721Lulus31/07/201503/08/201509:52:54
Depan Premis1410/2016Promosi Hebat Masalah Kulit? Rawatan Muka Kini Hanya RM48 Tertakluk kepada Syarat-syarat tertentuMajlis Perbandaran KajangPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201601/08450Lulus11/01/201612/01/201608:53:00
Iklan Depan RF3950/2017Kedai Percetakan Cetak Baju Sulaman Berkomputer Baju Korporat Jaket korporat Kemeja-T Cenderamata RF Printing 03-55242423 011-28155105 www.rfprinting.bizMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201702/14183Lulus27/02/201728/02/201710:48:23
SIGNBOARD DEPAN BANGUNAN53012/2016Semua pembetulan telah dilakukan.Dewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201610/14849Lulus26/10/201627/10/201614:46:27
Sepanduk depan Kedai38280/2016Promosi LED daripada RM 3.90Majlis Perbandaran Subang JayaBarangan Elektrik dan ElektronikTiadaDBP/KPB/201608/08805Lulus05/08/201608/08/201614:57:20
12345678910...

Kembali ke atas