Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[din.ding] | دينديڠ

Definisi : 1. penutup (penyekat) ruang, ba­ngunan, bilik, dll yg dibuat drpd kayu, bata, dll; sebuah gambar tergantung di ~; lampu ~ lampu yg disangkutkan di dinding; 2. sesuatu yg menyerupai dinding: ~ abdomen; ~ kambi papan (kayu) pd kaki dinding; ~ sel selaput yg menyelaputi sel; ~ tepas dinding yg dibuat drpd pelepah daun kumbar; ~ teretas, tangga terpasang prb bukti yg cukup utk menyatakan sesuatu hal; jadi ~ tasak peti permainan prb orang harapan raja dan orang besar-besar; berdinding, berdindingkan menggunakan (memakai) dinding: rumah panjang itu beratapkan daun bertam dan ~ kulit kayu; mendinding 1. memasang (melekatkan) din­ding: ayah saya tidak ada, dia pergi ~ rumah Pak Ngah Talib; 2. berupa dinding, spt dinding: bukit-bukit yg dipenuhi hutan tebal ~ ke sebelah barat kampung saya; mendindingi merupakan dinding (utk me­nyekat, melindungi, menahan, menutup, me­rintang, dll), menjadi dinding pd: pokok bunga di sekeliling perigi itu ~ orang yg mandi drpd pelihatan orang ramai; pakatan SEATO ditubuhkan utk ~ kemaraan kuasa Komunis; mendindingkan menggunakan sesuatu spt dinding; ~ tangan meletakkan tangan di atas dahi supaya tidak silau dll; terdinding tersekat oleh dinding, tersekat, terlindung: jikalau iman tidak teguh, segala godaan syaitan mungkin tidak ~ lagi; pendindingan perihal atau perbuatan men­dinding(i) atau mendindingkan; pendinding penutup, penyekat, penghalang, pelindung: agama bukan sahaja menjadi petunjuk ke jalan hidup yg sebenar, tetapi juga merupakan ~ drpd godaan hawa nafsu; doa ~ doa utk melindungi diri drpd mara bahaya; kain ~ miang, wang ~ malu prb berbuat (menggunakan) sesuatu biarlah kena pd tempatnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[din.ding] | دينديڠ

Definisi : 1 penutup keliling rumah, bilik, ruang dll yg dibuat drpd papan (tembok, pelupuh dsb): ~ rumahnya dibuat drpd kayu yg mahal. 2 sesuatu yg menyerupai dinding 1: ~ abdomen. ~ sel kulit tipis (selaput) yg menyelaputi sel. berdinding menggunakan atau mempunyai dinding: Rumah itu belum ~ tetapi sudah ada penghuninya. berdindingkan ada sesuatu sbg dinding: Pondok itu beratapkan rumbia, ~ buluh. mendinding 1 memasang dinding: Kerja ~ dijalankan pd sebelah pagi. 2 menjadi sbg dinding (penyekat, pelindung dsb): Mereka tidak dpt lari lagi kerana terjebak di antara gaung yg ternganga di sebelah kiri dan bukit yg ~ di sebelah kanan. mendindingi merupakan dinding (utk melindungi, menyekat, menutup dll): Pokok besar itu ~ kami drpd panas cahaya matahari. mendindingkan memasang sesuatu sbg dinding; menggunakan sesuatu spt dinding: Mereka ~ zink-zink di kawasan itu utk mengadakan pertunjukan. ~ tangan meletakkan tangan di dahi atau pd atas mata supaya tidak silau. terdinding tersekat oleh dinding; terlindung. pendindingan perbuatan (hal dsb) mendinding, mendindingi atau mendindingkan. pendinding penyekat; penutup; penghalang; pelindung: doa ~ doa utk melindungi diri drpd bahaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dinding

Puisi
 

Rumah besar dinding pelupuh,
     Hulu jarang hilir jarang;
Mana hati tidakkan rusuh,
     Di hulu sayang di hilir sayang.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Jadi dinding lasak peti manian.

Bermaksud :

Orang yang menjadi harapan raja atau orang besar-besar. lasak = masuk, muat, isi; peti manian = tempat simpanan pakaian dan barang-barang yang berharga.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
kertas dinding korea32279/2014kertas dinding koreaMajlis Perbandaran KluangPerkakas dan Hiasan RumahTiadaDBP/KPB/201412/05607Lulus23/12/201423/12/201410:56:20
KERTAS HIAS DINDING23005/2017KERTAS HIAS DINDINGMajlis Daerah RembauHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201704/16932Lulus17/04/201718/04/201712:52:42
pusat kedas dinding29905/2014pusat kedas dindingMajlis Perbandaran KluangHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201412/03906Lulus29/11/201405/12/201409:33:10
Kedai Kertas Hias Dinding32489/2014Kedai Kertas Hias DindingMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201412/05465Lulus19/12/201422/12/201414:19:05
KEDAI LANGSIR DAN KERTAS DINDING29865/2014KEDAI LANGSIR DAN KERTAS DINDINGTiadaPerkakas dan Hiasan RumahTiadaDBP/KPB/201412/03332Lulus28/11/201401/12/201407:27:37
Pengiklanan Van, Lori, Kertas Dinding27418/2014Pengiklanan Van, Lori, Kertas DindingMajlis Perbandaran MuarHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201411/04111Lulus09/11/201410/11/201410:50:18
LANGSIR KARPET KERTAS HIAS DINDING BIDAI21273/2017LANGSIR KARPET KERTAS HIAS DINDING BIDAI CURTAINS CARPET WALLPAPER BLINDS (NOTE: INI ADALAH SIGNBOARD BAHAGIAN SISI. YANG UTAMA SUDAH LULUS)Majlis Perbandaran Batu PahatHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201704/15638Lulus12/04/201712/04/201716:06:47
LANGSIR KARPET KERTAS HIAS DINDING BIDAI62017/2016LANGSIR KARPET KERTAS HIAS DINDING BIDAI CURTAINS CARPET WALLPAPER BLINDSMajlis Perbandaran Batu PahatHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201612/11527Lulus08/12/201609/12/201609:05:14
KEDAI PERALATAN DAN PENGUBAHSUAIAN KERTAS DINDING16352/2014KEDAI PERALATAN DAN PENGUBAHSUAIAN KERTAS DINDINGDewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201407/05258Lulus17/07/201417/07/201412:41:40
MAHZAN SULAIMAN PLT10973/2017IKLAN DINDING PREMIS UNTUK DIPASANG PADA DINDING PREMISMajlis Perbandaran Subang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201703/13729Lulus02/03/201703/03/201708:40:40
1234567

Kembali ke atas