Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.ngin] | ديڠين

Definisi : 1. tidak panas (hangat), sejuk: hari masih pagi, cuaca belum begitu terang dan hawa ~ sekali; 2. ki tidak meriah (sambutan keramaian dsb): sambutan perayaan Hari Kebangsaan pd tahun ini agak ~ jika di­bandingkan dgn tahun yg sudah-sudah; 3. ki tidak mengambil berat (bkn layanan), tidak mesra (bkn perhubungan dsb), sepi: sejak akhir-akhir ini, Jamaludin bersikap ~ ter­hadapnya; hubungan ~ hubungan (antara orang, negara, dll) yg tidak erat dan mesra; 4. ki basi (bkn berita, cerita, dsb), kasip; 5. menghilang (bkn kemarahan), reda; perang ~ perselisihan dgn tidak menggunakan ke­kerasan senjata; ~ hati tidak riang (berminat, bersemangat, dll); ~ kepala berfikiran tenang dan waras; ~-~ panas sekejap dingin sekejap panas; ~ tangan selalu berhasil membuat pekerjaan (spt bertanam, mengubat, dll); nasi tak ~ ping­gan tak retak prb perihal cermatnya me­lakukan sesuatu; mendingin 1. menjadi (terasa) dingin: apa­bila hari berlanjut malam, hawa turut pula ~; 2. Mn tidak berapa sihat, kurang sihat; tidak menghangat ~ prb tidak ambil peduli; mendingini 1. = mendinginkan men­jadi­kan dingin: terasa olehku air matanya ~ pipiku; 2. ark berubat (utk menyihatkan badan); mendinginkan 1. menjadikan (membuat supaya) dingin: klorin juga boleh menjadi cecair jika dipadatkan dan didinginkan; 2. ki menyejukkan, menenangkan (kemarahan, fikiran, dll): dia hendak ~ otak serta mem­perlihatkan dia orang yg terpandang dan terhormat; kedinginan 1. kesejukan, kena sejuk: dia meraba-raba mencari selimut utk me­lin­dungi diri drpd ~; 2. keadaan yg dingin: mereka menyalakan tungku pemanas bilik utk mengimbangi ~ yg bermaharajalela itu; pendinginan perihal atau perbuatan men­dinginkan; pendingin 1. alat (perkakas, bahan, dsb) utk mendinginkan: air batu kering sangat-sangat berguna sbg ~ kerana tidak me­ning­gal­kan cecair; ~ udara alat utk men­dingin­kan udara; lemari ~ Id peti ais (air batu); 2. ki lekas marah, pemarah: Mariam merasai seleranya telah berubah, perutnya kerap kali mulas, dia pemalas, ~ dan bangunnya ter­lambat dr biasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.ngin] | ديڠين

Definisi : 1 tidak panas; sejuk: Hawa di Bukit Fraser sangat ~ pd waktu pagi. 2 tidak meriah (bkn keramaian dll); tidak mengambil berat (peduli dll); basi (bkn berita, cerita); reda (bkn marah dl): Saya tidak seronok mengunjungi dia kerana sambutannya ~ saja. mendingin menjadi dingin; terasa dingin. mendinginkan 1 menjadikan (menyebabkan) dingin. 2 menyejukkan; menenangkan (kemarahan dll): Anak itu pandai ~ kemarahan ayahnya. kedinginan 1 kena sejuk; kesejukan: Ia menggeletar ~. 2 keadaan dingin: Nyala unggun api itu dpt mengurangkan ~ malam. pendinginan perbuatan atau hal mendinginkan. pendingin alat (perkakas) utk mendinginkan: Alat ~ bilik ini sudah rosak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dingin

Puisi
 

Nasi dingin digonggong semut,
     Dibawa belayar ke Singapura;
Badan dingin tarik selimut,
     Bantal peluk ganti adinda.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Nasi tak dingin,
     pinggan tak retak.

Bermaksud :

Cermat melakukan sesuatu pekerjaan. Biasa dijadikan gurindam; engkau tak ingin, aku tak hendak.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Penghawa Dingin12472/2016Karnival Penghawa DinginPihak Berkuasa TempatanBarangan Elektrik dan ElektronikTiadaDBP/KPB/201603/11297Lulus17/03/201618/03/201615:00:44
KEJURUTERAAN HAWA DINGIN33128/2016KEJURUTERAAN HAWA DINGINMajlis Perbandaran Subang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201607/10094Lulus13/07/201614/07/201608:33:47
Penjual Hawa Dingin29583/2014Penjual Hawa DinginDewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201412/03631Lulus02/12/201402/12/201415:50:22
KEJURUTERAAN HAWA DINGIN 233129/2016KEJURUTERAAN HAWA DINGIN 2Majlis Perbandaran Subang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201607/10095Lulus13/07/201614/07/201608:34:16
SERVIS PENGHAWA DINGIN9166/2016SERVIS PENGHAWA DINGIN DENGAN TEKNOLOGI BARU SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KERETAMajlis Perbandaran Subang JayaAksesori dan Alat Ganti KeretaTiadaDBP/KPB/201603/08783Lulus01/03/201602/03/201608:34:56
PERKHIDMATAN MEMBAIKI PENGHAWA DINGIN KERETA40141/2016PERKHIDMATAN MEMBAIKI PENGHAWA DINGIN KERETA CAR AIR-COND SERVICES 汽车冷气服务 TB: 013 - 9328728Majlis Perbandaran TemerlohPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201608/10131Lulus15/08/201616/08/201608:22:39
PEMBEKAL HAWA DINGIN DAN ALAT GANTI32407/2016PEMBEKAL HAWA DINGIN DAN ALAT GANTI PIVOT SALES & SERVICES SDN BHD(1187501-W) NO 3 JALAN CEMPAKA,TAMAN PAYA JARAS PERMAI ,PAYA JARAS 2,SEKSYEN U19,40160 SHAH ALAM,SELANGOR TEL : 6016-3304287 E-MEL: PIVOTSALESSERVICES@GMAIL.COMMajlis Bandaraya Shah AlamAksesori dan Alat Ganti KeretaTiadaDBP/KPB/201607/09410Lulus04/07/201611/07/201607:53:55
PUSAT SERVIS HAWA DINGIN DAN PETI SEJUK14620/2017PUSAT SERVIS HAWA DINGIN DAN PETI SEJUK HONG FA AIR CORD & REFRIGERATOR SERVICE ( No. Sykt. MA0073106 - V )TiadaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201703/16943Lulus16/03/201717/03/201710:04:13
PENYEJUK BARU SWISS HAWA DINGIN46007/2016PENYEJUK BARU SWISS HAWA DINGIN NEW SWISS COOL AIR CONDITION 09-2223911 DIMILIKI OLEH: NEW SWISS COOL AIR CONDITION & REFRIGERATION COMajlis Daerah BentongKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201609/11239Lulus21/09/201621/09/201613:50:35
PUSAT SERVIS PENGHAWA DINGIN KERETA SWEE HENG258/2016PUSAT SERVIS PENGHAWA DINGIN KERETA SWEE HENGMajlis Perbandaran Batu PahatAksesori dan Alat Ganti KeretaTiadaDBP/KPB/201601/07579Lulus05/01/201605/01/201611:07:33
123456

Kembali ke atas