Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[do.Öa] | دعاء

Definisi : 1. permohonan (permintaan) kpd Tuhan: ~ Aini supaya Murad berbahagia dlm hidupnya; 2. kebaikan (yg dipinta) dgn restu drpd Tuhan: dia memohon ~ agar anaknya lulus dlm peperiksaan Sijil Tinggi Per­sekolahan Malaysia; 3. potongan ayat terutama drpd Quran (hadis dsb) yg dibaca utk memohon sesuatu kebaikan drpd Tuhan: setiap kali selepas sembahyang, dia mem­baca berbagai-bagai ~; ~ arwah doa yg dibaca (sewaktu sembahyang mayat dll) utk orang Islam yg telah meninggal dunia dan ditujukan juga kpd orang-orang yg masih hidup; ~ musafir doa yg dibaca (oleh orang Islam) sewaktu dlm perjalanan supaya dijauhkan drpd sebarang kemalangan dsb; ~ panjang umur doa yg dibaca (oleh orang Islam) utk memohon kpd Tuhan supaya di­lanjutkan usia; ~ pendinding doa yg dibaca (oleh orang Islam) utk menjauhkan diri drpd bahaya; ~ pengasih jampi utk membuat orang kasih pd kita; ~ restu doa (permintaan) yg diharapkan mendapat berkat drpd Tuhan; ~ selamat = ~ kesyukuran doa kerana me­ngucap syukur kpd Tuhan atas pemberian-Nya atau kerana meminta berkat; ~ tolak bala doa yg dibaca selepas bersembahyang utk meminta kpd Tuhan supaya dijauhkan drpd sebarang bala (spt wabak penyakit dsb); berdoa, mendoa meminta (memohon) kpd Tuhan, mengucapkan (menyampaikan) doa: bangun pagi sembahyang subuh kemudian ~ kpd Tuhan; aku ~ semoga Tuhan mende­katkan aku kpd kebaikan dan menjauhkan aku drpd kejahatan; mendoakan memohonkan sesuatu kpd Tuhan: aku ~ semoga kau berbahagia se­lalu; dia sentiasa ~ keselamatan anak-anak­nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[do.Öa] | دعاء

Definisi : 1 permintaan atau permohonan kpd Tuhan: ~ selamat doa kerana bersyukur kpd Tuhan atau kerana meminta berkat. 2 jampi, serapah dll. ~ pendinding doa utk menjauhkan diri drpd segala macam bahaya. ~ pengasih jampi yg membuat orang kasih kpd seseorang. berdoa bermohon kpd Tuhan; mengucapkan (menyampaikan) doa: Aku ~ kpd Tuhan supaya aku dikurniai anak lelaki. mendoakan memohon sesuatu kpd Tuhan; berdoa utk memohon sesuatu: Aku ~ keselamatanmu. Ibu ~ kejayaan anak-anaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata doa

Puisi
 

Dayang-dayang sedang menari,
     Sekalian kadam petik kecapi;
Doa adik lebihlah lagi,
     Saya ajak abang sendiri.


Lihat selanjutnya...(20)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Majlis DOA51511/2016PERSATUAN AGAMA BUDDHA TANTRYANA CHEN FOH CHONG MALAYSIA Majlis Doa 30 OKT.2016 10 PAGI PERTUBUHAN PENGURUSAN PUSAT JAGAAN WARGA EMAS HARMOPEACE, PERAK Untuk Pertanyaan, Sila Hubungi :Majlis Bandaraya IpohMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201610/13655Lulus18/10/201620/10/201608:21:58
DOA UNTUK MALAYSIA 20172543/2017TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201903/22196Lulus13/07/201720/03/201911:30:29
DOA UNTUK MALAYSIA 20172542/2017TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201903/22195Lulus13/07/201720/03/201911:29:09
DOA UNTUK MALAYSIA 20172541/2017TiadaPerbadanan PutrajayaTiadaTiadaDBP/KPB/201903/22194Lulus13/07/201720/03/201911:27:31
DOA UNTUK MALAYSIA 20172540/2017TiadaPerbadanan PutrajayaTiadaTiadaDBP/KPB/201903/22193Lulus13/07/201720/03/201911:25:00
DOA UNTUK MALAYSIA7869/2016TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201808/14151Lulus01/08/201627/08/201817:09:45
DOA KELUARGA35759/2016KEDAI RUNCITMajlis Perbandaran Pasir GudangKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201607/11773Lulus25/07/201626/07/201609:47:12
MAJLIS DOA SELAMAT DAN PERASMIAN19930/2015TiadaMajlis Perbandaran NilaiHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201505/07587Lulus21/05/201521/05/201514:11:46
majlis tahlil dan doa selamat6342/2014the chinese word is buddha nameMajlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201404/03100Lulus03/04/201403/04/201414:19:11
BANJIR152049/2015DOA UNTUK PANTAI TIMURDewan Bandaraya Kuala LumpurMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201501/05617Lulus18/01/201521/01/201510:02:59
123

Kembali ke atas