Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.ga] | دوݢ

Definisi : 1. = batu ~ pengukur dalamnya laut (sungai dll) drpd batu atau timah yg bertali; tali ~ tali pengukur dalamnya sungai (laut dll); 2. agak, sangka, teka: bayaran yg saya terima itu lebih besar jumlahnya drpd yg saya ~; menduga 1. mengukur dalamnya laut (sungai dll), mengajuk: laut yg dalam boleh diduga; 2. mengagak, meneka, meramalkan, me­nyangka: dr tadi dia ~ yg perkara itu akan berlaku; 3. menguji, mencuba, mengukur, hendak mengetahui: kami akan menghadapi peperiksaan penggal dua yg diadakan utk ~ kedudukan pelajaran kami; terduga 1. telah diduga, boleh (dapat) diduga; 2. tersangka, terhitung, terjangka: lantikan Encik Ahmad sbg Yang Dipertua persatuan itu memang tidak ~ sama sekali; dugaan 1. agakan, sangkaan, tekaan, ramalan, telahan: sekarang terbukti bahawa ~ mereka itu benar-benar berlaku; 2. cubaan, ujian: hanya beberapa orang sahaja yg lulus ~ kelayakan utk jawatan tersebut; 3. hasil drpd menduga; ~ Allah = ~ Tuhan sesuatu musibah, kesukaran dsb yg berlaku utk menguji keimanan atau kesabaran seseorang; ~ hidup ki kejadian yg sukar yg terpaksa dihadapi dgn tabah, cubaan (ujian, cabaran) hidup; ~ syaitan ujian yg berupa ajakan ke arah melakukan perbuatan yg tidak baik (spt melakukan rasuah, pecah amanah, dll); pendugaan perihal atau perbuatan menduga (mengajuk), pengajukan; penduga alat (perkakas) utk menduga (me­ng­ajuk); batu ~ batu duga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.ga] | دوݢ

Definisi : Mn; berduga, bersiduga berlumba, berlawan; menduga melawan, menyaingi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.ga] | دوݢ

Definisi : = batu ~ batu atau timah yg bertali utk mengukur dalamnya laut (sungai dll): tali ~ tali pengukur dalamnya laut (sungai dll). menduga 1 mengukur dalamnya laut (sungai dll): Laut yg dalam pun dpt diduga. 2 meneka; mengagak; meramalkan: Dia sudah ~ bahawa suaminya akan marah jika ia memotong rambutnya. 3 mencuba (utk mengetahui); menguji: Peperiksaan itu cuma hendak ~ pengetahuan murid-murid. terduga 1 dpt diduga: Keputusan peperiksaan itu tidak ~ olehnya. 2 tersangka; terjangka: Lantikannya sbg Menteri Dengan Tugas-Tugas Khas itu memang tidak ~ sama sekali. dugaan 1 sesuatu yg telah diduga; tekaan: Perkara itu berlaku luar ~ saya. 2 cubaan; ujian: Semasa di Majapahit, Hang Tuah telah mengatasi berbagai-bagai ~. ~ Allah (Tuhan) sesuatu musibah, kesukaran dsb yg berlaku utk menguji keimanan atau kesabaran seseorang. ~ hidup cubaan atau ujian hidup. penduga alat atau perkakas utk menduga; penguji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata duga

Peribahasa

Seperti lut dengan marakah.

Bermaksud :

Orang yang lebih pengetahuan selalu menjadi pemimpin orang ramai. lut = batu duga.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
TEMU DUGA TERBUKA BAGI PEMBANTU STOR25173/2015TEMU DUGA TERBUKA BAGI PEMBANTU GUDANG Kelayakan minimum : SPM (Sila bawa sijil untuk temu duga) Lokasi kerja dan temu duga : MERCK SDN. BHD. 4, Jalan U1/26, Seksyen U1, Pusat Perindustrian Hicom Glenmarie, 40150 Shah Alam Masa temu duga :Majlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201506/08981Lulus23/06/201525/06/201511:00:22
TEMU DUGA TERBUKA7112/2015TEMU DUGA TERBUKA Operator Pengeluaran RM1300++ Juruteknik Rendah RM1700 ++ HARI : ISNIN - JUMAAT MASA : 10.00 PG. - 4.00 PTG. TEMPAT TEMU DUGA : SAMSUNG SDI ENERGY (M) Sila bawa semua dokumen asal (original) dan salinan termasuk salinan KP. SAMSMajlis Daerah Kuala PilahMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201503/05187Lulus05/03/201505/03/201512:27:04
TEMU DUGA TERBUKA7111/2015TEMU DUGA TERBUKA Operator Pengeluaran RM1300++ Juruteknik Rendah RM1700 ++ HARI : ISNIN - JUMAAT MASA : 10.00 PG. - 4.00 PTG. TEMPAT TEMU DUGA : SAMSUNG SDI ENERGY (M) Sila bawa semua dokumen asal (original) dan salinan termasuk salinan KP. SAMSMajlis Perbandaran SerembanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201503/05186Lulus05/03/201505/03/201512:26:54
TEMU DUGA TERBUKA7110/2015TEMU DUGA TERBUKA Operator Pengeluaran RM1300++ Juruteknik Rendah RM1700 ++ HARI : ISNIN - JUMAAT MASA : 10.00 PG. - 4.00 PTG. TEMPAT TEMU DUGA : SAMSUNG SDI ENERGY (M) Sila bawa semua dokumen asal (original) dan salinan termasuk salinan KP. SAMSMajlis Daerah JelebuMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201503/05185Lulus05/03/201505/03/201512:26:39
TEMU DUGA TERBUKA7109/2015TEMU DUGA TERBUKA Operator Pengeluaran RM1300++ Juruteknik Rendah RM1700 ++ HARI : ISNIN - JUMAAT MASA : 10.00 PG. - 4.00 PTG. TEMPAT TEMU DUGA : SAMSUNG SDI ENERGY (M) Sila bawa semua dokumen asal (original) dan salinan termasuk salinan KP. SAMSMajlis Daerah JempolMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201503/05184Lulus05/03/201505/03/201512:26:28
TEMU DUGA TERBUKA7107/2015TEMU DUGA TERBUKA Operator Pengeluaran RM1300++ Juruteknik Rendah RM1700 ++ HARI : ISNIN - JUMAAT MASA : 10.00 PG. - 4.00 PTG. TEMPAT TEMU DUGA : SAMSUNG SDI ENERGY (M) Sila bawa semua dokumen asal (original) dan salinan termasuk salinan KP. SAMSMajlis Perbandaran Port DicksonMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201503/05183Lulus05/03/201505/03/201512:26:10
TEMU DUGA TERBUKA7105/2015TEMU DUGA TERBUKA Operator Pengeluaran RM1300++ Juruteknik Rendah RM1700 ++ HARI : ISNIN - JUMAAT MASA : 10.00 PG. - 4.00 PTG. TEMPAT TEMU DUGA : SAMSUNG SDI ENERGY (M) Sila bawa semua dokumen asal (original) dan salinan termasuk salinan KP. SAMSMajlis Perbandaran Alor GajahMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201503/05182Lulus05/03/201505/03/201512:26:00
TEMU DUGA TERBUKA40199/2016TEMU DUGA TERBUKA SAMSUNG SDI ENERGY MALAYSIA SDN. BHD. KAWASAN PERINDUSTRIAN TUANKU JAAFAR Operator Pengeluaran RM1300++ Juruteknik Rendah RM1700++ HARI : ISNIN - JUMAAT MASA : 9.00 PG. - 5.00 PTG. TEMPAT TEMU DUGA : SAMSUNG SDI ENERGY MALAYSIA SMajlis Perbandaran Alor GajahMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201608/10557Lulus17/08/201617/08/201613:44:36
TEMU DUGA TERBUKA40197/2016TEMU DUGA TERBUKA SAMSUNG SDI ENERGY MALAYSIA SDN. BHD. KAWASAN PERINDUSTRIAN TUANKU JAAFAR Operator Pengeluaran RM1300++ Juruteknik Rendah RM1700++ HARI : ISNIN - JUMAAT MASA : 9.00 PG. - 5.00 PTG. TEMPAT TEMU DUGA : SAMSUNG SDI ENERGY MALAYSIA SMajlis Perbandaran Port DicksonMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201608/10556Lulus17/08/201617/08/201613:44:08
TEMU DUGA TERBUKA40194/2016TEMU DUGA TERBUKA SAMSUNG SDI ENERGY MALAYSIA SDN. BHD. KAWASAN PERINDUSTRIAN TUANKU JAAFAR Operator Pengeluaran RM1300++ Juruteknik Rendah RM1700++ HARI : ISNIN - JUMAAT MASA : 9.00 PG. - 5.00 PTG. TEMPAT TEMU DUGA : SAMSUNG SDI ENERGY MALAYSIA SMajlis Daerah JelebuMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201608/10555Lulus17/08/201617/08/201613:43:18
12345678910...

Kembali ke atas