Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.kor] | ايکور

Definisi : (ékor) 1. bahagian yg di belakang sekali pd tubuh binatang (biasanya spt menganjur keluar dr tulang punggung dan boleh digerak-gerakkan): ~ ikan pari panjang dan tirus ke hujung; burung merak mempunyai ~ yg cantik; 2. a) penjodoh bilangan utk binatang: du (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.kor] | ايکور

Definisi : (ékor); ~ angin sj tumbuhan (herba), daun sejumbuk, Plantago major; ~ kucing sj tumbuhan (herba), Dysophylla auricularia; ~ kuda a) sj tumbuhan (pokok), jati bukit, Dacrydium beccarii; b) sj tumbuhan (rumpai), rumput tahi babi, Cernonia cinerea; ~ kunin (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.kor] | ايکور

Definisi : (ékor); murai (merbah) ~ gading sj burung, Terpsiphone paradisi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.kor] | ايکور

Definisi : /ékor/ 1 bahagian tulang belakang yg menganjur ke luar dr punggung dan dpt digerak-gerakkan (spt yg terdapat pd binatang): Anjing itu menggerak-gerakkan ~nya. 2 penjodoh bilangan bagi binatang: se~ lembu. 3 sesuatu yg rupanya atau keadaannya spt ekor 1: ~ layang-layang. 4 bahagian yg di belakang sekali (bkn perarakan dll): ~ perarakan itu masih belum bergerak tetapi kepalanya sudah lama berlepas. ~ belangkas a. bayonet yg bentuknya spt ekor belangkas. b. cucuk sanggul yg bentuknya spt ekor belangkas. ~ cicak rambut yg berjuntai di antara telinga dan pipi. ~ kuda fesyen rambut perempuan yg diikat dan dibiarkan berjuntai ke belakang spt ekor kuda. ~ lipas rambut pd lekuk tengkuk. ~ mata sudut mata. ~ tikus kikir yg bulat panjang. berekor 1 ada ekornya. 2 ki meleret; berpanjangan: Baik awak mengaku saja, supaya perkara ini tidak ~ ke mahkamah. berekor-ekor berikut-ikut (berturut-turut) memanjang; berlarut-larut: Kamu semua hendaklah berjalan ~. mengekor 1 bergantung (berjuntai) spt ekor. 2 mengikut atau menyertai dr belakang: Ibunya berjalan dahulu, dia ~ di belakang. mengekori 1 mengikut seseorang (sesuatu) dr belakang: Anak manja itu ~ ibunya ke kedai. 2 mengawasi pergerakan seseorang (tanpa pengetahuannya) utk mengetahui kegiatannya; memata-matai: Pihak polis sentiasa ~ gerak-gerinya. ekoran akibat drpd sesuatu perkara; kesudahan drpd sesuatu kejadian: Dua orang pemuda telah ditahan sbg ~ drpd peristiwa rompakan yg lalu. pengekor orang yg mengikut (satu-satu ajaran); penganut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[é.kor] | ايکور

Definisi : /ékor/; ~ kucing nama sj pokok renek atau bunganya (bunganya spt ekor kucing), Acalypha sanderiana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ekor

Puisi
 

Anak pipit kembang ekor,
     Masak susu linggang-linggang;
Ulit cik adik bawa tidur,
     Tutup pintu renggang-renggang.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Beroja berpegang ekor.

Bermaksud :

Kepercayaan yang setengah hati. beroja = menggalaki.

 

Lihat selanjutnya...(53)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
SJB Billboard18286/2014Mesti Cuba! MI REBUS EKOR MI Rebus asli dimasak istimewa bersama-sama daging ekor lembu empuk. RM7.00 ++ satu sajian RAJA SALMON SILKA Nikmati hidangan ikan Salmon segar dimasak secara panggang atau kukus di Checker's Cafe 12.00 tgh. - 12.00 tghMajlis Bandaraya Johor BahruMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201408/03652Lulus15/08/201415/08/201415:53:38
EKOR SKUDAI SDN BHD11798/2017TIADA TEKSMajlis Perbandaran Johor Bahru TengahHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201703/13966Lulus03/03/201706/03/201708:00:03
Ekor Skudai Sdn Bhd9845/2017Signboard Depan Kedai (Tiada Teks)Majlis Perbandaran Johor Bahru TengahHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201702/13729Lulus23/02/201724/02/201715:32:41
SUP EKOR12764/2015TiadaMajlis Perbandaran Subang JayaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201901/17254Lulus21/12/201531/01/201917:13:29
RESTORAN51319/2016RESTORAN AMY SEAFOOD TOMYAM DAN SUP EKOR Dimiliki oleh: AMY SEAFOOD No. Lesen MPSJ:Majlis Perbandaran Subang JayaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201610/13637Lulus19/10/201620/10/201608:12:49
RESTORAN8266/2016SUP UTARA LEGENDA WAKTU PERNIAGAAN : 7.00 pagi - 10.00 malam UNTUK TEMPAHAN : 012-6542398 SUP EKOR - SUP TULANG - SUP DAGING - SUP GEARBOX - SUP PERUT - SUP KAMBING - SUP AYAM - SUP URAT , SARAPAN PAGI . SARAPAN TENGAH HARI . NASI CAMPURTiadaKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201602/09417Lulus26/02/201629/02/201608:04:27
Rasa Sayang Alaa Cafe16580/2014* Rasa Sayang Alaa Cafe *Nasi ala kak wok, sup daging, sup ayam, sup tulang, sup perut, sup ekor *No 9, Jalan Sena 11, Taman Rinting 81750 Masai, JohorMajlis Bandaraya Johor BahruMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201407/05656Lulus20/07/201423/07/201415:12:51
RESTORAN GARUDA BARU5761/2014RESTORAN GARUDA BARU MASAKAN MINANG ISTIMEWA NASI PADANG, AYAM RENDANG KAMPUNG, AYAM GORENG KAMPUNG, SOTO PADANG, SATE PADANG MAK YU, SUP EKOR, SUP KAKI SAPITiadaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201403/04353Lulus26/03/201427/03/201408:18:28

Kembali ke atas