Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[én.dah] | اينده

Definisi : (éndah) peduli (akan), acuh: sedikit pun dia tidak ~ akan nasihat kawan-kawannya; ~ tak ~ tidak peduli langsung; tak ~ tidak peduli, tidak acuh;mengendahkan memberi perhatian kpd, memandang penting (mustahak, berharga, dll), mempedulikan, mengacuhkan: dia tidak ~ larangan orang tuanya;perendahan perhatian, penghargaan: segala adat lembaga bangsa Timur dapat ~ di kalbunya;pengendahan perihal atau perbuatan mengendahkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[én.dah] | اينده

Definisi : /éndah/ ada atau mempunyai minat terhadap sesuatu. ~ tak ~ tidak menunjukkan minat terhadap sesuatu; tidak peduli. mengendahkan memberikan perhatian kpd sesuatu; mempedulikan: Dia tidak ~ hasutan orang itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata endah


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
ENDAH PARADE1287/2017TiadaMajlis Bandaraya Petaling JayaTiadaTiadaDBP/KPB/201703/17429Lulus31/01/201720/03/201716:32:41

Kembali ke atas