Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[er.ti] | ارتي

Definisi : 1. maksud yg terkandung dlm sesuatu perkataan (ayat, peribahasa, ungkapan, lambang, kiasan, dll), makna: kata “pekerja” telah digunakan sbg pengganti kata “kuli” pd zaman kolonial, dan mempunyai ~ tertentu dlm masyarakat bahasa Indonesia; 2. ki guna, faedah, kepentingan: lebih baik diam sahaja, jika itu memberi ~ kpd penghidupan kita sekarang; ~ kata makna (konsep) kata, maksud, takrif; ~ kiasan erti yg dilambangkan (bukan erti yg biasanya atau sebenarnya); ~ (yg) mendatang erti lain yg terbit drpd sesuatu makna asal; seerti serupa atau sama ertinya; kata ~ kata yg ertinya sama atau hampir-hampir sama dgn kata (kata-kata) yg lain; bererti 1. mempunyai (mengandungi) erti, ada ertinya, bermakna: sering kali apa yg diucapkannya tidak ~ sama sekali; 2. ertinya, bermakna, bermaksud: ini ~ bahawa Timur dan Barat sudah sama banyak dlm pertubuhan dunia itu; 3. berguna, berfaedah, mustahak, penting: bagi kita yg sudah lama menderita ini, bantuan yg sebanyak itu tidak ~ langsung; 4. sebenarnya, sama halnya dgn: membiarkan sahaja kampung yg dianggap berbahaya ini ~ mendedahkan negeri ini kpd anasir jahat;keberertian keadaan bererti: ~ sosial drpd iltizam mereka yg sentiasa berubah; mengerti mengetahui atau memahami erti (kepentingan dll) yg terkandung (dlm perkataan, ucapan, perbuatan, dll): ia menganggukkan kepalanya tanda ~ akan isyarat yg dilihatnya;dimengerti difahami (diketahui) ertinya (tujuannya, maksudnya, kepentingannya): buku itu bukanlah sekadar dibaca sahaja tetapi utk ~ akan isinya; mengertikan 1. menjelaskan erti (makna) sesuatu, memberi erti, mentafsirkan: batu nisan itu mempunyai tulisan yg tidak dapat diertikan; maka oleh Sultan masalah itu disuruh ertikan ke Pasai; kalau dia berdiam diri, janganlah diertikan dia bersetuju; 2. membuat atau menjadikan (orang dll) mengerti;ertian tafsiran; pengertian 1. fahaman, tanggapan (gambar­an) bkn sesuatu: kecerdasan dan ~ sangatlah mustahak dlm kira-kira; 2. erti, gagasan, idea, konsep: mengikut ~ sains, istilah “pernafasan” itu meliputi segala proses mengubah tenaga; 3. persefahaman, persetujuan (secara tidak rasmi): tidak ada ertinya kami berbahas lanjut-lanjutan, tidak akan bertemu titik ~; 4. penerangan, penjelasan: perkataan “baik” digunakan utk memberi penerangan atau ~ atas nilaian terhadap sesuatu perbuatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[er.ti] | ارتي

Definisi : 1 maksud yg terkandung dlm sesuatu kata, ayat, peribahasa, lambang dll; makna: Cuba terangkan ~ perkataan ini. 2 guna; faedah: Kekayaan tidak ada ~nya bagi orang yg sudah sakit tenat. ~ kata makna sesuatu kata; ~ kiasan erti yg dilambangkan (bukan erti yg sebenarnya). bererti 1 mempunyai erti; ada ertinya; bermakna: Ayat-ayat itu tidak ~ sama sekali. 2 ertinya; maksudnya: Perbuatannya itu ~ menyindir kita. 3 berguna; berfaedah: Bantuan sebanyak itu tidak ~ sama sekali jika tidak ikhlas memberikannya. mengerti dpt menangkap atau dpt memahami erti sesuatu kata (ayat, isyarat dll): Dia ~ akan apa-apa yg dikatakan oleh gurunya. mengertikan 1 menerangkan erti sesuatu (kata dll); memberikan ertinya: kata-kata Inggeris yg diertikan dlm bahasa Melayu. 2 menjadikan orang dll mengerti: Memang susah ~ orang bodoh. pengertian 1 pengetahuan dlm fikiran atau gambaran ttg sesuatu; faham: Tidak mudah menanam ~ ttg rukun negara kpd murid-murid. 2 tanggapan; konsep: Dlm ~ kebudayaan yg luas ini, perkahwinan merupakan satu aspek hidup manusia bermasyarakat yg bersistem. seerti sama ertinya: kata ~ kata(-kata) yg sama atau yg hampir-hampir sama ertinya; sinonim. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata erti


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Honda26286/2016Pihak Honda menggunakan "Memacu Impian" kerana ia diterjemah dari slogan asli mereka dalam bahasa Inggeris "Ride the dream". Ia mempunyai erti terdekat bagi slogan mereka itu. "Merealisasikan Impian" yang dicadangkan oleh pihak tuan mempunyai erti yang bePihak Berkuasa TempatanPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201606/09800Lulus31/05/201602/06/201609:38:52
Farmasi Rayhan51275/2015Nama Anak Membawa Erti Yang Baik Bagi Sebuah FarmasiMajlis Perbandaran Alor GajahUbat-ubatanTiadaDBP/KPB/201512/10293Lulus31/12/201531/12/201514:14:08
Pangsapuri Radius279/2014Nama 'Radius' ini dipilih kerana erti radius itu sendiri telah membawa maksud jejari, yang juga telah menjadi konsep kepada pangsapuri ini. Ini adalah kerana tanah pembangunan ini berbentuk empat segi dan di kelilingi oleh blok-blok rumah yang berbeza darMajlis Perbandaran SelayangPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201401/02550Lulus06/01/201406/01/201415:40:11
Pusat Tuisyen A Intelek34201/2016Kerana nama ini bermakna sama erti dengan nama bahasa cina .Majlis Perbandaran Subang JayaPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201607/10494Lulus15/07/201618/07/201608:45:17
Upscale PEJABAT URUSAN DAN STOR37207/2015nama kepada ibu syarikat erti lebih handalMajlis Perbandaran Johor Bahru TengahPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201509/07888Lulus19/09/201521/09/201509:24:46
Warung Lejen21112/2016WARUNG LEJEN RESTORAN RARE & KARAN Nota Pertanyaan: Bukankah 'Warung' itu sama erti dengan 'Restoran'? Takkan saya nak letak "Restoran Warung Lejen"? Harap boleh dipertimbangkan. Ataupun saya tukar kepada "Kopitiam Lejen".Majlis Bandaraya Shah AlamMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201605/09280Lulus04/05/201604/05/201614:08:10

Kembali ke atas