Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.gah] | ݢاݢه

Definisi : 1. kuat, mempunyai tenaga, bertenaga: datuknya sudah pun tua tapi masih ~ mengayuh basikal; 2. berani, perkasa: perajurit yg ~ berani menemui ajalnya di medan perang; ~ berani (perkasa) sangat berani; 3. besar dan tegap (badan), begap: gadis itu tidak jemu-jemu melihat pemuda yg ~ di sampingnya; 4. bangga, megah: dia berasa ~ dapat masuk ke universiti;bergagah-gagahan 1. mengadu kekuatan; 2. beradu megah; menggagah 1. mengerjakan sesuatu dgn sepenuh tenaga; 2. = ~ pinggang bersikap gagah dgn bercekak pinggang; menggagahi 1. memaksa, mengerasi, menguasai: kubu pertahanan itu dapat digagahi musuh; 2. memperkosa, merogol: dia dihukum kerana ~ seorang gadis;menggagahkan membuat gagah (berani, kuat, dll), memberanikan, memaksakan; ~ diri, = ~ hati memberanikan diri; kegagahan perihal gagah: dlm ingatanku tergambar keperwiraan dan ~ Hang Tuah; pintu gerbang di depan menambahkan ~ bangunan itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.gah] | ݢاݢه

Definisi : 1 dpt melakukan sesuatu yg berat-berat; bertenaga lagi kuat: Sungguhpun sudah tua, Mat Kilau masih ~. 2 = ~ berani (perkasa) sangat kuat lagi berani melakukan sesuatu: Hang Tuah terkenal sbg pahlawan Melayu yg ~ berani. 3 besar dan tegap badannya; tampan lagi kacak: Pemuda ~ yg baik hati itu telah menghantarnya pulang. 4 kelihatan hebat; tampak mulia: Pd anggapannya, tinggal di Petaling Jaya lebih ~ drpd tinggal di tempat-tempat lain. menggagahi menguasai dgn paksa atau dgn kekerasan; memaksa: Tentera kita berjaya ~ musuh. menggagahkan menjadikan gagah; memberanikan: ~ diri memberanikan diri: Dia ~ dirinya utk memasuki pertandingan itu walaupun saingannya hebat-hebat. kegagahan keadaan atau sifat gagah: Kisah ~ Hang Tuah tersebar ke seluruh Kepulauan Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gagah

Puisi
 

Laksamana Bentan datang menyembah,
     Merendah diri walaupun gagah;
Raja adil raja disembah,
     Raja zalim raja disanggah.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Geneng di tengah lebuh,
     tahan galah bersijingkat;
geneng di tengah medan (gelanggang),
     tahan taruh di ayam kuyu.

Bermaksud :

Menunjukkan gagah kepada orang terpaksalah mengeluarkan wang untuk menolong ataupun untuk perjamuan makan minum. (Bandingkan dengan: Hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah [= mulia] bertabur urai, hendak berani berlawan ramai). geneng = gagah.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Prestasi Gagah Perkasa Kini Lebih Bergaya3990/2014Prestasi Gagah Perkasa Kini Lebih Bergaya 178PS Kuasa MaksimumMajlis Perbandaran TawauPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201403/02986Lulus04/03/201405/03/201414:28:22
gagah perkasa43774/2016TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201609/09334Lulus02/09/201605/09/201611:22:10
Prestasi Gagah Perkasa1134/2014TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201501/05320Lulus04/07/201419/01/201518:03:46
KEDAI RUNCIT BERANI GAGAH ENTERPRISE1356/2015TiadaMajlis Perbandaran KajangTiadaTiadaDBP/KPB/201606/10825Lulus09/03/201508/06/201614:40:49
Triton61537/2016gagah perkasaDewan Bandaraya Kuala LumpurPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201612/11353Lulus07/12/201608/12/201609:35:07
Mitsubishi4058/2014PRESTASI GAGAH PERKASAMajlis Bandaraya Melaka BersejarahPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201403/02988Lulus05/03/201405/03/201415:10:29
Mitsubishi - Triton VGT43907/2016GAGAH PERKASA DENGAN ENJIN MIVEC DIESEL TURBO BAHARUMajlis Bandaraya Alor SetarHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201609/09481Lulus05/09/201606/09/201609:45:53
Mitsubishi Triton VGT Baharu43885/2016- Gagah perkasa dengan engin MIVEC - Diesel turbo baharu - 181ps kuasa maksimum - 430nm tork maksimumDewan Bandaraya Kota KinabaluPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201609/09447Lulus05/09/201606/09/201607:31:01
PEJABAT AGENSI PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN23983/2015GAGAH SATRIA (M) SDN. BHD, International Freight ForwarderMajlis Perbandaran Sungai PetaniPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201506/08644Lulus15/06/201523/06/201512:36:38

Kembali ke atas