Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gan.da] | ݢندا

Definisi : 1. = sekali ~ satu kali lebih banyak drpd yg asal (mis empat menjadi lapan); 2. lipat, kali (banyaknya dll): sekali (dua kali, tiga kali) ~ satu (dua, tiga) kali atau lipat banyaknya (drpd jumlah asal);berlipat ~ beberapa kali lebih banyak drpd jumlah asal, bertambah-tambah banyaknya; ~ menaik (Mat) rangkaian angkatap yg disusun menurut angka ganda yg bertambah besar; ~ menurun (Mat) rangkaian angkatap yg disusun menurut angka ganda yg bertambah kecil;berganda bertambah atau meningkat sekali lipat lebih banyak drpd jumlah asal, berlipat (banyaknya): hasil padi ~;berganda-ganda, ganda-berganda berlipat-lipat banyaknya, beberapa kali lebih banyak drpd jumlah asal (atau sesuatu jumlah): mendapat keuntungan yg ~; menari ~ menari berkali-kali (berulang kali); menggandakan, mempergandakan memperbanyakkan supaya menjadi dua kali jumlah dsb yg asal: jikalau tekanan digandakan, isi padunya menjadi separuh; janganlah awak ~ kata itu lagi janganlah mengulang kata itu lagi; memperganda-gandakan melipatkan (jumlah sesuatu) beberapa kali, membanyakkan jumlahnya berkali-kali; gandaan 1. = penggandaan; 2. = pergandaan; pergandaan 1. perihal berganda, perbanyakan bilangan menjadi dua atau beberapa kali lebih banyak drpd jumlah asal; 2. (Lin) perulangan kata (keseluruhannya atau sebahagiannya); penggandaan perihal atau perbuatan menggandakan (melipatgandakan);pengganda angka utk menggandakan angka lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gan.da] | ݢندا

Definisi : sl bau (yg harum), bau-bauan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gan.da] | ݢندا

Definisi : Jk 1. lawan (yg tidak sepadan); 2. berani melawan (meskipun lawan yg lebih kuat dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gan.da] | ݢندا

Definisi : 1 jumlah atau banyaknya sbg tambahan yg sama besar dgn jumlah yg mula-mula: ~ dua hasil drpd mendarabkan sesuatu angka dgn angka itu sendiri; ~ dua angka 7 ialah 49. dua (tiga, empat) kali ~ dua (tiga, empat) kali sebanyak yg mula-mula. 2 yg diulang sebutannya: kata ~ kata yg diulang sebutannya (spt kupu-kupu, cepat-cepat). berganda bertambah sekali drpd jumlah yg mula-mula. berganda-ganda menjadi banyak berkali-kali drpd jumlah yg mula-mula. Pd bulan lalu syarikat itu telah mendapat keuntungan yg ~. menggandakan menjadikan banyak satu kali drpd jumlah yg mula-mula; menjadikan berganda: Sekarang kita perlu bekerja keras supaya kita dpt ~ hasil tanaman kita. mempergandakan menggandakan sesuatu yg telah digandakan; menjadikan berganda-ganda: Mereka dpt ~ hasil tanaman dgn menggunakan jentera itu. gandaan hasil menggandakan sesuatu nombor: Empat ialah ~ dua. pergandaan 1 hal berganda atau berganda-ganda: ~ hasil tanaman itu adalah berkat usaha gigih para petani. 2 hasil drpd mempergandakan. penggandaan perbuatan atau hal menggandakan: ~ barang-barang keperluan itu adalah utk memenuhi permintaan pengguna. pengganda angka utk menggandakan sesuatu angka lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ganda


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
PROMOSI HEBAT BERGANDA-GANDA 7X1829626/2015PROMOSI HEBAT BERGANDA-GANDA CABUT SAMPAI DAPAT! SEMUA WARGA SAKAN, PENIAGA DAN KAKITANGAN SERTA AHLI KELUARGA TIDAK DIBENARKAN UNTUK MENYERTAI CABUTAN INI. CABUTAN INI ADALAH UNTUK PELANGGAN YANG HADIR PADA MASA CABUTAN SAHAJA (CABUT SAMPAI DAPAT)Pihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201507/08945Lulus30/07/201530/07/201510:21:36
PENJUAL BARANGAN ELEKTRIK DAN PERABOT Dimiliki oleh : Courts (Malaysia) Sdn. Bhd. Jaminan Harga Terendah + Pulangan 3 Kali Ganda dalam 30 Hari29594/2016PENJUAL BARANGAN ELEKTRIK DAN PERABOT Dimiliki oleh : Courts (Malaysia) Sdn. Bhd. Jaminan Harga Terendah + Pulangan 3 Kali Ganda dalam 30 Hari *Tertakluk pada terma dan syaratMajlis Perbandaran Subang JayaKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201606/11932Lulus14/06/201615/06/201608:37:33
GANDA BERNAS (M) SDN BHD63095/2016TiadaMajlis Perbandaran TemerlohHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201612/12680Lulus19/12/201620/12/201609:05:53
Inovar - Jualan Bonus Tiga Kali Ganda2574/2015TiadaMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201501/06112Lulus21/01/201523/01/201510:07:01
Inovar - Jualan Bonus Tiga Kali Ganda2572/2015TiadaMajlis Bandaraya Petaling JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201501/06113Lulus21/01/201523/01/201510:07:18
DURASHIELD BOOSTERS MEMBERIKAN HAYAT ENJIN SEHINGGA 2X GANDA1296/2014TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201501/07029Lulus03/10/201429/01/201516:42:30
BUNTING PROMOSI 2'X5'31423/2015PROMOSI HEBAT BERGANDA-GANDA HANYA DI SAKAN TARIKH CABUTAN 4 OKT. 2015 PUKUL : 9.00 MLM. 28 OGOS 2015 HINGGA 4 OKT. 2015Pihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201508/05896Lulus12/08/201512/08/201515:09:10
PUSAT RAWATAN KESIHATAN32049/2016PUSAT RAWATAN KESIHATAN GANDA ENTERPRISEDewan Bandaraya Kuala LumpurPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201606/13935Lulus28/06/201629/06/201608:41:39
PEMBERI PINJAM WANG BERLESEN21826/2016pinjaman 10kali ganda bayaran 60bulanMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201605/09510Lulus05/05/201605/05/201615:44:45
PUSAT RAWATAN KESIHATAN28030/2015PUSAT RAWATAN KESIHATAN GANDA HEALTH CENTREDewan Bandaraya Kuala LumpurPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201507/07478Lulus13/07/201513/07/201511:30:33
123

Kembali ke atas