Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.tal] | ݢاتل

Definisi : 1. (be)rasa tidak enak pd kulit hingga menimbulkan keinginan utk menggaru (disebabkan oleh gigitan semut, nyamuk, dsb atau kudis, luka, dsb): jariku ~ benar, barangkali akan mendapat wang; 2. menyebabkan rasa gatal (kerana terkena ulat bulu dll); daun ~ jelatang; sakit ~ menderita penyakit kudis; semut ~ semut yg menimbulkan rasa gatal; 3. suka bergaul secara bebas dgn bernafsu (lelaki, perempuan), galak; 4. = gatal-gatal tidak dapat menahan keinginan utk membuat sesuatu, suka sekali hendak membuat sesuatu: kakiku sudah ~ hendak berjoget; ~ mulut suka menceritakan keburukan orang; ~ tangan sangat ingin hendak mengerjakan yg tidak-tidak; diturutkan, ~ tiba ke tulang prb sesiapa yg menurutkan nafsu akhirnya akan menyesal juga; kini ~ besok digaruk prb pertolongan yg terlambat; lain ~ lain digaruk prb lain yg disoal, lain yg dijawab; siapa ~ dialah menggaru prb siapa yg berkehendak, berusahalah sendiri; menggatal berkelakuan suka usik-mengusik antara lelaki dgn perempuan dgn tujuan utk menggoda, memikat, dsb: dah tua begini pun masih nak ~ lagi; lelaki ini makin tua makin ~;menggatalkan menjadikan gatal: getahnya kalau kena akan ~ badan; kegatalan perihal gatal, rasa gatal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.tal] | ݢاتل

Definisi : 1 berasa atau perasaan tidak enak pd kulit hingga menimbulkan keinginan hendak menggaru: ~ benar kepalaku ini, banyak kelemumur agaknya. 2 menyebabkan berasa gatal: Ulat bulu ini ~, jangan dipegang. 3 suka atau ingin bersetubuh. 4 = gatal-gatal terlalu ingin hendak berbuat sesuatu: Tangannya ~ hendak menempeleng orang yg mencuri wangnya itu. ~ mulut sangat suka bercakap-cakap yg bukan-bukan; suka berleter atau suka mengumpat. ~ tangan suka membuat sesuatu yg bukan-bukan dgn menggunakan tangan. menggatalkan menjadikan atau menyebabkan berasa gatal: Bunga itu cantik, tetapi getahnya ~ kulit. kegatalan 1 menderita gatal pd kulit: Anak itu ~ kerana badannya berkudis. 2 keadaan atau rasa gatal: Bahan itu menyebabkan ~ pd kulit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gatal

Peribahasa

Hati gatal mata digaruk.

Bermaksud :

Ingin mengerjakan sesuatu tetapi tidak berdaya kerana kurang ilmu dan tidak cekap.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Dapatkan Khidmat Nasihat Percuma47997/2016019-2434888 www.sinarpermata.com dapatkan khidmat nasihat percuma adakah anda mengalami gejala nafas berbau sakit kepala gatal mata gatal hidung kerap bersin rambut gugur kunjungi kami di no.5, persiaran taiping 1, jalan taiping, kuala kangsar.Majlis Daerah Kuala KangsarHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201609/12650Lulus29/09/201630/09/201607:52:02

Kembali ke atas