Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sikap, kesukaan, ketaksukaan dan cara berkelakuan yg menjadi ciri seseorang; 2. kombinasi kesajakan, keanggunan dan ketrampilan yg menarik perhatian: wanita itu ada ~; 3. cara, jalan, laku: bukan begini ~nya memikat hati orang; 4. cara menulis atau bertutur, cara membuat sesuatu, terutamanya yg menjadi ciri sesuatu zaman atau seseorang: gedung ini dibangunkan ~ barat; ~ hidup orang Malaysia pd peringkat integrasi nasional; ~ bahasa cara pemakaian bahasa; ilmu ~ bahasa pengetahuan tentang penggunaan kata-kata dan penyusunan ayat; 5. irama dan lagu, langgam: ~ muzik itu sama dgn lagu-lagu Hindustan; 6. elok, rupawan: gadis Sumatera Timur yg ~; 7. daya (utk bergerak, bekerja, dll), kuasa, tenaga: kalah ~ kalah kuat; 8. Kl pujuk, muslihat, tipu; ~ bawa cara menulis dll sendiri; ~ bebas gaya berenang yg membolehkan perenang mengĀ­gunakan apa sahaja gaya berenang selain gaya yg khusus spt gaya kuak dada, kuak kupu-kupu dan kuak lentang; ~ hidup cara tertentu seseorang individu atau sesuatu kumpulan menjalani kehidupan (dgn agak sederhana, mewah dsb); ~ tarik Id kekuatan yg menarik (sesuatu benda); ~ tulis cara mengarang; ~ sahaja, rasanya wallah prb rupanya sahaja yg elok tetapi kelakuannya buruk; biar kurang garang, asal lebih ~ prb biarpun pakaian seseorang buruk asal saja sikapnya elok; gaya-gayanya rupa-rupanya, agaknya;bergaya 1. menunjukkan kesajakan, (keanggunan, ketrampilan), menunjukkan lagak, beragam, berlagak, berperangai, bersikap: dia nak ~ juga, tapi duitnya tidak ada; langkahnya ~ langkahnya teratur baik; 2. menunjukkan corak, bentuk, rupa atau sifat yg tertentu: sajak ini ~ realis dan romantis; 3. berdaya, berkekuatan, bertenaga: ia tidak ~ lagi berhadapan dgn adiknya;menggaya melagak: ia ~ pula di depan cermin; menggayakan 1. menunjukkan gaya (rupa, bentuk, dll), memperagakan: kebetulan dia pandai ~ julingnya seolah-olah dia menjeling manis; ~ lenggang; 2. melagukan, mengiramakan: masing-masing berlumba ~ kata-kata indah; 3. membangkitkan daya (kuasa);penggayaan cara pengolahan atau persembahan sesuatu, pembentukan dan pencorakan: masih terlalu sedikit diketahui tentang bagaimana nilai abstrak, alam bukan semula jadi, ~ watak, tempat dan masa boleh dipersembahkan dlm cara baru; pertandingan itu tidak memberi erti dr segi pengukuhan dan ~ bahasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 sikap yg dpt dilihat drpd gerak-geri atau tingkah laku seseorang: Dia mempunyai ~ orang-orang besar. ~nya spt orang tua-tua, walaupun usianya masih muda. 2 cara melakukan sesuatu: Guru itu sedang menunjukkan ~ melompat yg baik kpd murid-muridnya. 3 cara atau rupa yg khusus mengenai sesuatu: Kebanyakan rumah di sana dibina menurut ~ Minangkabau. ~ bahasa cara penggunaan bahasa. 4 irama dan lagu dlm nyanyian dan muzik: Nyanyiannya mengikut ~ lagu Hindustan. 5 kesanggupan utk bergerak atau utk berbuat sesuatu; daya; tenaga: Sungguhpun sudah tua, tetapi masih kuat ~nya. ~ berat kuasa tarikan bumi. bergaya 1 kelihatan segak atau elok; sedap dipandang: Gadis yg berbaju kurung labuh dan berkain songket merah itu sungguh ~. 2 menunjukkan lagak; berlagak: Orang benci kpdnya kerana dia suka ~ spt orang-orang kaya. 3 ada kekuatannya; bertenaga: Sejak didatangi penyakit lumpuh tempoh hari, dia tidak ~ lagi. menggayakan 1 menunjukkan gaya menggunakan atau membuat sesuatu; membuat sesuatu supaya diketahui orang caranya: Pemuda itu ~ cara dia dpt menangkap pencuri itu. 2 membuat atau membuat-buat supaya kelihatan elok: Kalau hendak pergi ke parti, berjam-jam dia ~ dirinya di hadapan cermin. 3 memperlihatkan rupa atau bentuk sesuatu; memperagakan: Di majlis itu juga, beberapa orang peragawati telah ~ beberapa jenis pakaian moden. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gaya

Puisi
 

Hanyut rakit dadan apia,
     Dampar di pantai dimakan buaya;
Makansedikit tidak mengapa,
     Asalkan boleh membawa gaya.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Lenggang patah sembilan.

Bermaksud :

Gaya langkah yang lemah-lembut. (Peribahasa lain yang sama makna: Lenggang lenggok bagai cupak hanyut).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
KERIANGAN GAYA HIDUP4/2017KERIANGAN GAYA HIDUP YANG ANDA INGINKAN; DIREKA KHAS MEMENUHI GAYA HIDUP MODEN IMPIAN ANDA; KETENANGAN MEMUKAU; KEDIAMAN ELEGAN UNTUK GAYA HIDUP SERBA MODEN DAN MEWAH; DIBUKA UNTUK JUALANDewan Bandaraya Kuala LumpurPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201812/14625Lulus03/01/201708/12/201810:37:09
KERIANGAN GAYA HIDUP4/2017KERIANGAN GAYA HIDUP YANG ANDA INGINKAN; DIREKA KHAS MEMENUHI GAYA HIDUP MODEN IMPIAN ANDA; KETENANGAN MEMUKAU; KEDIAMAN ELEGAN UNTUK GAYA HIDUP SERBA MODEN DAN MEWAH; DIBUKA UNTUK JUALANDewan Bandaraya Kuala LumpurPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201812/14624Lulus03/01/201708/12/201810:36:18
OPAL RESIDENSI28985/2015KONSEP KEHIDUPAN HIJAU : 1. Pembangunan unggul untuk gaya hidup bersepadu 2. Gaya hidup konyemporari 3. Ruangan Dapur yang luas 4. Hubungan kekeluargaan yang berkualiti 5. Pelancaran JualanMajlis Bandaraya Shah AlamPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201507/08677Lulus28/07/201528/07/201514:50:25
iklan pada hoarding tapak projek5145/2014gaya hidup baru di bukit jelutong, dibuka untuk pendaftaran, ketenangan minda, rekreasi mewah, kebahagiaan holistik, gaya hidup sihat, kehidupan dinamik, gaya hidup moden, kondominium dalam taman yang serba kehijauan.Majlis Bandaraya Shah AlamPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201403/03830Lulus18/03/201419/03/201409:21:31
SINAR PERMATA25011/2016Pejabat Urusan Cawangan Ulu Tiram SINAR PERMATA www.sinarpermata.com Hubungi : 0192434888 No 36, Jalan Gaya 24, Taman Gaya, 81800 Ulu tiram, JohorTiadaPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201605/12356Lulus22/05/201624/05/201609:19:13
gaya sehebat prestasi37958/2015gaya sehebat prestasiDewan Bandaraya Kuala LumpurMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201509/08414Lulus25/09/201528/09/201515:10:58
SERLAHKAN GAYA11203/2014SERLAHKAN GAYA DENGAN LENSA HOYA DAPATKAN PELUANG UNTUK MEMENANGI KERUSI URUT OSIM.PROMOSI SEHINGGA 30JUN 2014Majlis Perbandaran Johor Bahru TengahOptikTiadaDBP/KPB/201406/04111Lulus05/06/201405/06/201414:14:38
gaya hidup horizon5861/2014gaya hidup horizonMajlis Bandaraya Johor BahruPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201403/04381Lulus26/03/201427/03/201410:28:54
gaya hidup horizon5860/2014gaya hidup horizonMajlis Bandaraya Johor BahruPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201403/04380Lulus26/03/201427/03/201410:28:41
Gaya Sporti Dan Elegan25158/2015GAYA SPORTI DAN ELEGANDewan Bandaraya Kuala LumpurPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201507/06082Lulus23/06/201501/07/201514:47:26
12345678910...

Kembali ke atas