Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.lap] | ݢلڤ

Definisi : 1. tidak terdapat cahaya, kelam, tidak terang: hari mulai ~ lebih kurang pd pukul tujuh malam; keadaan di tempat itu ~; 2. tidak jelas atau belum jelas (bkn sesuatu hal, perkara, kedudukan, dll): hal itu masih ~ bagi saya; (masih) dlm ~ (masih) belum faham benar atau tahu dgn jelas akan sesuatu; 3. tidak cerah (bkn kehidupan atau masa depan seseorang dsb), menghadapi kesulitan; 4. (secara) haram, (secara) tidak sah, (secara) rahsia; barang ~ barang yg diimport (dijual dll) secara gelap; mata-mata ~ ampama (pengintip rahsia, polis rahsia); pasar ~ tempat berjual beli barang-barang haram (yg ditegah oleh kerajaan); ~ buta = ~-guguk = ~-gelita = ~-gelemat = ~-katup = ~-pekat sangat gelap; ~ fikiran = ~ mata a) tidak dapat berfikir lagi kerana marah dsb (sehingga mengamuk, memukul, dsb); b) pitam: dia dibawa ke hospital setelah dia berasa ~ mata; ~ hati sukar (tidak mudah) belajar; bergelap berada dlm gelap (tidak memakai lampu): pd malam hari peraturan ~ dijalankan; bergelap-gelap tidak dgn terus terang;menggelap 1. menjadi gelap; 2. lenyap, melenyapkan diri; 3. menjadi gelap mata;menggelapkan 1. menjadikan gelap, menjadikan tidak diterangi cahaya (dgn memati­kan lampu dll): jangan digelapkan bilik ini kerana saya hendak membaca lagi; 2. menyebabkan tidak cerah (masa depan seseorang dll), menyulitkan, menyusahkan: kata-kata itu benar-benar ~ masa depan keluarganya; 3. menghilangkan atau mencuri (barang yg diamanahkan orang dll): ia telah ~ wang kesatuan; 4. menyembunyikan, menghalangi (tersebarnya berita dll): pihak penjajah telah ~ pengiriman berita;kegelapan 1. perihal gelap, keadaan gelap: ia keluar dr rumahnya dlm ~ malam; suasana politik dunia sekarang masih dlm ~; 2. berada dlm gelap: kalau tidak cepat pulang tentu ~ di tengah jalan; 3. menjadi gelap mata; kegelap-gelapan 1. agak gelap; 2. menjadi gelap mata;penggelapan perihal atau perbuatan menggelapkan (barang, berita, dll): orang yg terlibat dlm ~ barang-barang kerajaan telah ditangkap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lap] | ݢلڤ

Definisi : 1 tidak ada cahaya; tidak terang; kelam: Buka tingkap supaya bilik itu tidak ~. 2 belum jelas atau belum difahami benar: Perkara itu masih ~ bagi saya. 3 tidak menurut peraturan atau undang-undang yg berlaku; tidak sah di sisi undang-undang; rahsia: Pemuda itu disyaki mengepalai sebuah kumpulan ~. ~ fikiran (mata) lupa akan diri atau tidak dpt membezakan antara yg baik dgn yg buruk kerana terpengaruh oleh sesuatu (terlalu marah, melihat wang yg banyak, mendapat sogokan, upah dll). ~ gelita (pekat, buta) gelap benar sehingga tidak kelihatan apa-apa. bergelap berada atau duduk dlm gelap; tidak menyalakan lampu (pd waktu malam): Mereka terpaksa ~ kerana takut dilihat oleh pihak musuh. bergelap-gelap tidak dgn berterang-terang; bersulit-sulit. menggelapkan 1 menjadikan gelap dgn memadamkan lampu dll: Ribut debu yg menerbangkan tanah bahagian atas dataran ini ~ angkasa. 2 mencuri apa-apa yg diamanahkan: Dia telah dihukum penjara kerana ~ wang kerajaan. kegelapan 1 keadaan gelap: Hanya sebelah muka bulan itu saja yg terang pd bila-bila masa dan yg sebelah lagi itu sentiasa dlm ~. 2 tertimpa atau terkena gelap: Pulanglah sekarang supaya tidak ~ di jalan. 3 menjadi gelap mata kerana terlalu marah dll: Mendengar khabar itu, ia pun ~. penggelapan perbuatan menggelapkan (memadamkan lampu, mencuri dsb): ~ pd malam itu adalah utk mengelakkan pengeboman dr kapal terbang musuh. Orang-orang yg terlibat dlm ~ barang-barang itu telah ditangkap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelap

Puisi
 

Gelap sungguh di tengah malam,
     Kerana bulan belum purnama;
Ramai sungguh orang di laman,
     Saya tak tahu datang dari mana.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Muafakat lalu di dalam gelap,
     adat lalu di tengah terang.

Bermaksud :

Seia-sekata melakukan pekerjaan yang berat-berat dan patuh pada peraturan-peraturan yang telah ditentukan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
PAKAR PEMASANGAN CERMIN GELAP11374/2015TiadaMajlis Perbandaran Subang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201810/16586Lulus17/11/201504/10/201818:03:19
ESSILOR24166/2017GELAP DI BAHAGIAN LUARDewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201704/17883Lulus20/04/201721/04/201709:06:26
Kepong Billboard3646/2015Kisah Kongsi Gelap Yang Paling Menyentuh 2015 DI PAWAGAM CHAP GOH MEH 2015Majlis Perbandaran Subang JayaHiburanTiadaDBP/KPB/201501/07083Lulus29/01/201530/01/201507:54:16
Promosi22903/2016Sebelum Selepas Cermin GelapMajlis Perbandaran Subang JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201605/10377Lulus11/05/201612/05/201608:12:48
elite approach sb - 122355/2015pakar pemasangan cermin gelap / nama perniagaanDewan Bandaraya Kuala LumpurPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201506/07318Lulus11/06/201512/06/201510:38:10
PROMOSI TAHUN BARU31323/2014BELI BINGKAI PERCUMA CERMIN , CERMIN BERUBAH GELAP CUMA TAMBAHAN RM80 SAHAJATiadaOptikTiadaDBP/KPB/201412/04823Lulus10/12/201416/12/201408:54:11
PROMOSI TAHUN BARU31322/2014BELI BINGKAI PERCUMA CERMIN , CERMIN BERUBAH GELAP CUMA TAMBAHAN RM80 SAHAJATiadaOptikTiadaDBP/KPB/201412/04822Lulus10/12/201416/12/201408:53:37
PROMOSI TAHUN BARU31321/2014BELI BINGKAI PERCUMA CERMIN , CERMIN BERUBAH GELAP CUMA TAMBAHAN RM80 SAHAJAMajlis Perbandaran Alor GajahOptikTiadaDBP/KPB/201412/04821Lulus10/12/201416/12/201408:48:52
PROMOSI TAHUN BARU31320/2014BELI BINGKAI PERCUMA CERMIN , CERMIN BERUBAH GELAP CUMA TAMBAHAN RM80 SAHAJAMajlis Perbandaran Alor GajahOptikTiadaDBP/KPB/201412/04763Lulus10/12/201415/12/201416:16:56
rawatan laser2084/2017rawatan laser.pigmentasi,tatu, parut/jerawat, kesan regangan, lingkaran gelap bawah mata, penyingkiran bulu, pemutihan.Majlis Daerah SegamatMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201701/12667Lulus11/01/201712/01/201709:08:04
12

Kembali ke atas