Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.lom.bang] | ݢلومبڠ

Definisi : 1. ombak laut yg bergulung-gulung panjang, ombak besar: laut mengganas dgn ~; ~nya membukit berlapis-lapis; ~ dua belas Mn sj tarian pedang; 2. = riak ~ Id aliran getaran (unsur bunyi, cahaya dsb) yg bergerak dlm satu perantaraan: radio Malaysia disiarkan melalui ~ pendek 49 meter; ~ bunyi; 3. gerakan (tindakan dsb) yg dilakukan berturut-turut (serangan tentera, tunjuk perasaan, dll): ~ pertama kapal-kapal terbang pengebom sudah berangkat; 4. gerakan atau aliran (manusia dll) dlm kumpulan yg besar, dan meliputi kawasan yg luas: ~ pertama manusia yg dipanggil oleh Heine Gelden, seorang ahli prasejarah sbg ‘Proto Malaya’; ~ elektromagnet (Fiz) gelombang tenaga yg dirambat dlm medan elektromagnet; ~ haba (Fiz) gelombang udara panas yg besar dan bergerak perlahan; ~ mikro (Fiz) gelombang elektromagnet yg sangat pendek dgn jarak gelombang antara 1 - 300 mm, digunakan terutamanya dlm perhubungan radio dan ra­dar, memasak dsb, mikrogelombang; ~ panjang (Fiz) gelombang radio yg jarak gelombangnya lebih drpd 1000 meter; ~ pendek (Fiz) gelombang radio yg jarak gelombangnya antara 10 - 100 meter; ~ radio (Fiz) gelombang tenaga elektrik yg bergerak melalui udara dan ruang angkasa, yg frekuensinya antara 10 KHz - 300 000 MHz; ~ sederhana (Fiz) gelombang radio yg jarak gelombangnya antara 100 - 1000 meter; bagai ~ dua belas prb hebat (pendekar apabila menarikan pedang); sama naik bak ~, sama turun bak ke pencong prb dua hal atau kejadian yg sama keadaannya; bergelombang 1. = menggelombang berombak panjang-panjang, mengombak; 2. berlaku berturut-turut (serangan, tunjuk perasaan, dll): serangan-serangan itu datang ~-gelombang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lom.bang] | ݢلومبڠ

Definisi : 1 gerakan air turun naik yg besar dan bergulung-gulung di laut; ombak besar: Besar laut, besar ~nya. 2 gerakan bergetar dlm udara yg mengalirkan haba atau cahaya dan juga bunyi ke tempat-tempat lain: Siaran radio itu dipancarkan melalui ~ pendek 49 meter. 3 gerakan, spt serangan yg dilakukan berturut-turut; gerakan yg beruntun-runtun: ~ pertama serangan itu telah dilakukan subuh-subuh tadi. ~ bunga lepang gelombang yg berbuih puncaknya. ~ haba gelombang udara panas yg besar dan bergerak perlahan. ~ kepala kera gelombang yg bersilang-silang. ~ mangkuk gelombang yg berputar oleh sebab angin puting beliung. bergelombang 1 bergerak-gerak bergulung spt gelombang; berombak: Laut Pantai Timur ~ dan berbahaya dlm musim hujan antara bulan November dgn bulan April. 2 bergerak atau berlaku berturut-turut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelombang

Puisi
 

Angin barat gelombang timur,
     Ombak memecah di atas tangga;
Tuan di barat kami di timur,
     Panas bersama datang menganga.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Besar kapal besar gelombang.

Bermaksud :

Makin tinggi pangkat atau makin besar perniagaannya, makin banyak pula tanggungjawabnya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Gelombang biru dr zack46112/2015TiadaMajlis Perbandaran NilaiKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201511/07853Lulus16/11/201517/11/201514:04:52
XOX-V118235/201430 minit mengecas untuk 75% kapasiti bateri Gelombang audio yang berkualiti jelas - Penerima teknikal GRAMMY AwardMajlis Perbandaran Pulau PinangTelekomunikasiTiadaDBP/KPB/201408/03552Lulus14/08/201414/08/201414:51:20
BRAINY MIND (PAPAN IKLAN)16414/2014BRAINY MIND (JM0635686-A) THE BRAIN ENRICHMENT CENTRE PUSAT PENGAKTIFAN OTAK TENGAH TEKNIK MEMBACA DARIPADA CAHAYA DAN GELOMBANG OTAK PROGRAM PEMBANGUNAN MINDA KANAK-KANAK, REMAJA DAN DEWASA AKADEMI NLP BRAINY MIND --------------------------Majlis Perbandaran Pasir GudangPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201408/03042Lulus06/08/201407/08/201410:11:27

Kembali ke atas