Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.mar] | ݢمر

Definisi : suka benar (berbuat sesuatu): ia ~ berenang; bergemar bergembira, bersuka ria; menggemari menyukai benar akan: hikayat ini sangat laku kerana digemari orang; menggemarkan menggembirakan, menyu­kakan hati; kegemaran kesukaan, kegembiraan: barang-barang ~ perempuan; penggemar orang yg menggemari, peminat: memang sudah biasa majalah itu menyiarkan gambar dan kisah ~-~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.mar] | ݢمر

Definisi : suka benar (akan): Saya ~ minum susu. menggemari berasa suka benar akan; menyukai: Mereka ~ syair Siti Zubaidah. kegemaran apa-apa yg digemari atau disukai; kesukaan: ~ nenek moyang kita pd zaman lampau ialah membaca syair. penggemar orang yg menggemari: Dia ~ lagu-lagu Melayu asli. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gemar

Peribahasa

Bunga dipetik,
     perdu ditendang.

Bermaksud :

Seseorang yang gemar akan hak seseorang, tetapi benci kepada tuannya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
PUSAT CUCI KERETA KAKICUCI AUTOSPA6825/2015bersesuaian dengan konsep cuci kereta yang khas untuk pelangan yang gemar membasuh kereta.Majlis Bandaraya Shah AlamPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201503/07383Lulus23/03/201524/03/201507:43:51

Kembali ke atas