Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.tah] | ݢته

Definisi : 1. cairan pekat yg keluar dr bermacam­macam pokok: ~ jelutung; ~ rambung; 2. = susu ~ = ~ susu cairan yg keluar dr pokok para (atau pokok getah) terutamanya apabila ditoreh kulitnya; 3. bahan kenyal atau memberi yg dibuat drpd susu getah dll; ~ pemadam = ~ penggosok; kasut ~; tikar ~; 4. pokok para, Hevea spp.: ladang ~; menanam ~; 5. Id zat cair dr kelenjar tubuh: ~ bening; ~ lambung; ~ asap kepingan getah yg sudah diasap; ~ asli = ~ alam getah yg berasal drpd pokok para; ~ bening Id zat cair drpd darah yg mengandungi zat makanan; ~ buku = ~ sekerap = ~ tanah sisa susu getah yg sudah keras; ~ gebu getah yg berupa span (bunga kerang); ~ kahwin pokok getah yg diperoleh dgn jalan mengahwinkan pokok-pokok getah yg berlainan jenis; ~ keping getah yg berupa kepingan; ~ kerip getah keping yg menggerutu; ~ kilangan getah yg telah diproses di kilang; ~ lambung Id zat cair dlm perut utk pencernaan makanan; ~ serbuk getah yg berupa serbuk; ~ span = ~ busa getah yg dimasukkan gelembung-gelembung udara, biasanya digunakan utk membuat tilam dan kusyen; ~ taban = ~ perca getah drpd pokok dlm famili Sapotaceae, terutama drpd taban merah, Palaquium gutta, dan digunakan utk membuat bahan penebat kabel; ~ tiruan = ~ sintetik getah yg dibuat drpd campuran bahan kimia yg cirinya (spt kekenyalan dll) menyerupai ciri getah asli, dan digunakan utk membuat paip, tayar, dll; ~-~ dibawa ke lalang prb orang yg pandai itu mudah sekali menipu barang siapa yg bergaul dengannnya; ~-~ dibawa ke semak prb perkara yg semakin kusut; ~ meleleh ke pangkal, daun melayang jauh = daun dapat dilayangkan, ~ jatuh ke perdu juga prb anak sendiri lebih dikasihi drpd anak saudara; ~ terbangkit, kuaran tiba prb salah langkah (utk mencari keuntungan); berseleleran bagai ~ di lalang prb percakapan yg tidak berkesudahan dan tidak beraturan; ditakik ~ di daun prb hidup melarat; tak sama ~ daun dgn ~ batang prb kasih kpd anak kandung tidak sama dgn kasih kpd anak saudara; tak sungguh ~ daun, yg sebenarnya ~ batang prb sejahat-jahat saudara kandung, lebih baikjuga drpd kerabat yg lain; bergetah 1. mempunyai (mengandungi) getah: pokok itu ~; 2. lekat, melekat: badannya ~ kerana berpeluh; 3. mencari getah (di hutan); 4. ki menarik dan menggiurkan (bkn bentuk badan wanita), seksi: dia kelihatan berkepit dgn wanita baru yg ~ itu; ~ bibir ki sangat pandai memikat hati (membujuk dll); menggetah 1. mencari getah: kawan-kawannya ~ ke hutan; 2. menangkap (burung dll) dgn getah: ~ punai; 3. menjadi spt getah;~ bawang ki perkataan dll yg menyakitkan hati; niat hati nak getah bayan, sudah tergetah burung serindit prb lain yg dihajati, lain yg diperoleh; tergetah terkena getah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.tah] | ݢته

Definisi : ; ~ sundik sj tumbuhan (pokok), Payena havilandii; akar ~ sundik sj tumbuhan (pokok memanjat), akar gerip putih, Leuconotis maingayi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.tah] | ݢته

Definisi : 1 air pekat yg diperoleh dr berbagai-bagai jenis pokok: ~ jelutung; ~ nangka. 2 = pokok ~ nama sj pokok yg mengeluarkan cecair pekat spt susu; pokok para, Hevea brasiliensis; kebun ~; menanam ~. 2 = susu ~ cecair pekat spt susu yg diperoleh dr pokok getah: kerja-kerja memproses susu ~. 3 bahan kenyal yg dibuat drpd cecair spt susu yg diperoleh dr pokok getah (gunanya adalah utk membuat tayar, bola dll). 4 (sesuatu) yg dibuat drpd susu getah: kasut ~. ~ asap getah yg berkeping-keping yg diasapi. ~ asli getah yg diperoleh dr pokok getah. ~ berbunga getah keping yg telah dimesin supaya beralur-alur (utk mempercepat proses pengeringan). ~ buku (sekerap) sisa-sisa getah pd pokok getah atau yg dikumpulkan menjadi berbuku-buku. ~ cair susu getah yg tidak dibekukan. ~ kahwin (pokok) getah hasil drpd mengahwinkan dua jenis getah yg lain. ~ keping getah yg dibuat berkeping-keping. ~ kerintil getah yg berbutir-butir yg dibuat melalui proses khas di kilang. ~ krep getah yg rupanya spt renda atau berkerut-kerut (dibuat dgn memesin kepingan getah dgn kelajuan roda penggelek yg tidak sama). ~ neoprena getah yg tahan kena minyak atau petrol (baik utk digunakan dlm makmal). ~ pejal getah yg beku setelah dicampurkan bahan pembeku. ~ tiruan getah yg dibuat drpd campuran kimia. bergetah 1 ada getahnya: Ada pokok yg ~ dan ada yg tidak. 2 berasa melekat-lekat spt ada getahnya: ~ badannya kerana berpeluh. 3 ki menarik dan menggiurkan (bkn bentuk badan, cara berpakaian dsb, ttg wanita). menggetah 1 mencari getah di hutan dll. 2 menangkap burung dll dgn menggunakan getah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata getah

Puisi
 

Naik ke darat memotong getah,
     Ambil sekerat ampaian kain;
Bagaimana tanah nak basah,
     Hujan menimpa di tempat lain.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Getah terbangkit (= diangkat) kuaran tiba.

Bermaksud :

Perhitungan yang salah. kuaran = burung kuak-kuak.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Kedai Susu Getah Muhibbah Lateks Sdn Bhd24471/2015Kedai Susu Getah Muhibbah Lateks Sdn Bhd (399704-M) ISO 9001:2008 (Cert.No.29987) 888,Lot 5533, Sungai Getah Estate, Div.1, Sungai Lalang,08100 Bedong, Kedah, MalaysiaMajlis Perbandaran Sungai PetaniHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201506/08606Lulus18/06/201522/06/201515:29:20
KEDAI MEMBUAT CAP GETAH2326/2017KEDAI MEMBUAT CAP GETAHMajlis Bandaraya Shah AlamKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201701/12938Lulus12/01/201713/01/201710:42:36
KILANG MEMPROSES GETAH FEI NAM RUBBER TRADING11106/2017KILANG MEMPROSES GETAH FEI NAM RUBBER TRADING NO. 19, JALAN UTARID U5/22, SEKSYEN U5, 40150 SHAH ALAM, SELANGOR.Majlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201703/13754Lulus02/03/201703/03/201709:08:05
KILANG KOMPONEN DAN ACUAN GETAH1707/2016KILANG KOMPONEN DAN ACUAN GETAHMajlis Bandaraya Johor BahruKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201601/08693Lulus13/01/201613/01/201609:44:09
KEDAI PERALATAN PEJABAT DAN CAP GETAH5306/2017KEDAI PERALATAN PEJABAT DAN CAP GETAHMajlis Perbandaran Port DicksonAlat TulisTiadaDBP/KPB/201702/10348Lulus06/02/201707/02/201708:26:49
PEMBEKAL DAN PEMBORONG KASUT DAN BARANG GETAH14250/2016PEMBEKAL DAN PEMBORONG KASUT DAN BARANG GETAHTiadaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201603/12612Lulus28/03/201629/03/201616:30:17
CAP GETAH5597/2014TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201704/17023Lulus24/12/201418/04/201717:51:14
cop getah syarikat49970/20162 jam perkhidmatan ekspres tanpa dikenakan bayaran untuk perkhidmatan ekspresMajlis Perbandaran Subang JayaPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201610/12564Lulus12/10/201613/10/201611:05:46
KILANG GETAH ELASTIK46834/2016JIN DING INDUSTRY SDN. BHD. 1082359-K. 4' X 20'. PAPAN IKLAN TIDAK BERLAMPU.Majlis Daerah KulaiHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201609/11670Lulus23/09/201623/09/201616:51:16
PERUSAHAAN GETAH PLASTIK43285/2016JIN DING INDUSTRY SDN. BHD. 1082359-K. 4' X 20'. PAPAN IKLAN TIDAK BERLAMPU.Majlis Daerah KulaiHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201609/09068Lulus31/08/201602/09/201608:11:07
12345

Kembali ke atas