Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[giat] | ݢيات

Definisi : I sentiasa atau sering kali membuat sesuatu, aktif, cergas, cekatan, tangkas: kita mesti ~ bekerja; sejak awal tahun enam puluhan, Mohd Nor Azam ~ menulis ulasan tentang cerpen; bergiat berusaha dgn giat, bersungguh-sungguh, aktif: dia ~ dlm lapangan seni nyanyi; kanak-kanak itu tidak mahu ~ menjayakan usaha guru; menggiatkan, mempergiat, mempergiatkan menyebabkan bergiat, membangkitkan semangat utk berusaha: perkataan itu ~ usaha mereka; kegiatan 1. perihal atau keadaan giat, kecergasan; 2. aktiviti; penggiat pihak (bahan, orang, jentera, dsb) yg menggiatkan sesuatu; penggerak: tokoh dan ~ teater berkumpul utk membincangkan kegiatan teater tanah air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[giat] | ݢيات

Definisi : ejekan, cemuh: ~ dan cemuh kawan-kawannya tidak pernah dijawab; menggiat mengejek, mencemuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[giat] | ݢيات

Definisi : rajin serta sungguh-sungguh membuat sesuatu; tangkas dan kuat; aktif: Anak-anak hendaklah dididik supaya ~ belajar. bergiat berusaha dgn sungguh-sunguh: Setelah tamat pengajiannya, ia ~ pula dlm lapangan politik. menggiatkan membangkitkan semangat supaya giat: Syarikat itu ~ orang-orang Melayu dlm lapangan perniagaan. mempergiat menjadikan lebih giat: Dia ~ usaha yg dijalankannya itu. kegiatan 1 hal atau keadaan giat; ketangkasan dan kekuatan (berusaha); keaktifan. 2 usaha atau kerja yg dilakukan; aktiviti: ~ luar sekolah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[giat] | ݢيات

Definisi : kata(-kata) yg digunakan utk mengejek, mencemuh atau menyindir: Segala ~ dan cemuh tidak pernah dihiraukannya. menggiat mengeluarkan kata(-kata) utk mengejek; mencemuh; menyindir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata giat


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
tunas giat42818/2015tunas giat engineeringMajlis Perbandaran KluangHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201510/10264Lulus26/10/201527/10/201510:09:58
IKLAN GIAT ZAMAN SDN BHD11565/2015PEJABAT URUSAN GIAT ZAMAN SDN BHD (720001-X) PEMBEKAL PERALATAN PEJABATMajlis Perbandaran Subang JayaPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201503/08454Lulus31/03/201531/03/201514:21:52
IKLAN 2 GIAT ZAMAN SDN BHD11629/2015PEJABAT URUSAN GIAT ZAMAN SDN BHD (PEMBEKAL PERALATAN PEJABAT) DIMILIKI OLEH:Majlis Perbandaran Subang JayaPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201504/04893Lulus31/03/201501/04/201508:44:27

Kembali ke atas