Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gi.gi] | ݢيݢي

Definisi : 1. struktur keras yg menyerupai tulang, yg tumbuh pd gusi (gunanya utk menggigit, mengunyah, dll); 2. ki benda yg bentuknya spt gigi: ~ sikat (gergaji dll); ~ kikir; 3. ki tepi, pinggir; ~ anjing (asu) siung, taring; ~ asmaradanta gigi yg putih spt gading; ~ air tepi air laut dll; ~ batu = ~ buatan gigi palsu; ~ belalang = ~ susu gigi kanak-kanak yg akan berganti; ~ berdukung = ~ tersengkil gigi berlapis; ~ bongsu = ~ muda gigi geraham yg akhir sekali tumbuhnya; ~ geligi Id selengkap gigi; ~ gongak = ~ rongak tidak ada gigi (kerana tanggal atau tidak tumbuh); ~ hutan tepi hutan; ~ jawa balak panjang tempat tumpuan kasau (rumah Melayu); ~ kacip salah satu drpd lapan gigi tajam di bahagian depan mulut (di bahagian atas dan di bahagian bawah) yg berfungsi utk memotong (mengacip) makanan dsb; ~ kapak gigi hadapan yg besar sekali; ~ kekal gigi yg tidak akan berganti lagi; ~ manis = ~ seri gigi kacip; ~ palsu gigi tiruan yg menggantikan gigi sebenar (asli); ~ parang-parang gigi yg berbentuk kecil-kecil dan runcing; ~ penolak perkakas mesin jahit yg menyorong kain jahitan; ~ rambut tepi rambut di kepala; ~ sambut (disebut kalau) gigi pd rahang bawah di luar gigi rahang atas; ~ sayap kumbang gigi yg berbaja hitam (seakan-akan hijau berkilat); ~ sulung gigi yg mula-mula tumbuh; lunak ~ drpd lidah ki sangat lemah lembut; ~ dgn lidah ada kala tergigit juga prb suami isteri atau sanak saudara biasa juga berselisih (berbantah); ~ tanggal rawan murah (awak tua gadis bermusim) prb keinginan datang apabila tidak berwang (berkuasa) lagi; tinggal ~ dgn lidah sahaja prb habis segala harta; bergigi mempunyai gigi; tidak ~ a) tidak mempunyai gigi; b) tidak berkuasa; belum ~ hendak mengunyah prb hendak mengerjakan sesuatu padahal belum cekap lagi; belum ~ sudah hendak menggigit prb hendak berkuasa padahal belum lagi mempunyai kekuasaan; mengunyahkan orang ~ prb mengajar orang yg sudah tahu; kegigian kedudukan dan susunan semula jadi gigi di dlm rongga mulut: pemilihan berus gigi bergantung pd keadaan ~ seseorang; pergigian perihal gigi: formula ~ binatang mengerip; Penolong Pengarah Perkhidmatan Perubatan Bahagian P~; Fakulti P~; penggigian proses (atau masa) pertumbuhan gigi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gi.gi] | ݢيݢي

Definisi : ; ~ buntal a) sj tumbuhan (pokok), gerisik hitam, Xerospermum intermedium; b) sj tumbuhan (pokok), campa biru, Canarium kadondon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gi.gi] | ݢيݢي

Definisi : 1 benda keras putih spt tulang yg tumbuh pd gusi dan digunakan utk menggigit atau mengunyah. 2 bahagian drpd sesuatu yg rupanya seakan-akan gigi 1: ~ sikat; ~ gergaji. 3 ki bahagian tepi sesuatu. ~ air bahagian tepi air yg bertemu dgn tanah atau daratan. ~ asu gigi yg tajam dan runcing; taring. ~ batu (buatan, palsu) gigi yg dibuat (oleh manusia), bukan gigi asli. ~ belalang (susu) gigi pd kanak-kanak, yg akan berganti. ~ bongsu gigi yg akhir sekali tumbuhnya. ~ geraham besar (gigi) geraham yg besar dan terletak di bahagian dalam (belakang). ~ geraham kecil (gigi) geraham yg lebih kecil dan terletak di hadapan geraham besar. ~ hutan bahagian tepi hutan. ~ kacip (manis, pencabik, seri) gigi yg digunakan utk memotong atau menghiris makanan. ~ kapak gigi besar yg di hadapan sekali. ~ kekal gigi yg tidak akan berganti lagi (iaitu gigi yg menggantikan gigi susu). ~ rambut bahagian tepi rambut pd kepala. ~ sulung gigi yg mula-mula sekali tumbuhnya. pergigian hal-hal mengenai gigi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gigi

Puisi
 

Tidak tahan gigi ngilu,
     Makan pauh sisa tupai;
Tidak tahan hati rindu,
     Jalan jauh rasa tak sampai.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Mata telah rabun,
     bandar pun terbuka;
gigi telah gugur,
     tebu pun menjadi.

Bermaksud :

Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gigi tanggal, rawan murah, b. Gigi telah gugur, tebu pun menjadi).

 

Lihat selanjutnya...(24)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
KLINIK PERGIGIAN32248/2015KLINIK PERGIGIAN 017-6068176 -RAWATAN GIGI AM/ GENERAL DENTAL TREATMENTS -GIGI PALSU -PENSKALERAN ( CUCI GIGI) / SCALING & POLISHING -KORONA (CROWN) / JAMBATAN (BRIDGE) -RAWATAN AKAR / ROOT CANAL TREATMENT -PEMUTIHAN GIGI / WHITENING -ORTODONTIK/Majlis Perbandaran Subang JayaPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201508/06131Lulus14/08/201514/08/201515:14:41
KLINIK PERGIGIAN40380/2016KLINIK PERGIGIAN 017-6068176 -RAWATAN PERGIGIAN AM/ GENERAL DENTAL TREATMENTS -GIGI PALSU -PENSKALERAN ( CUCI GIGI) / SCALING & POLISHING -KORONA (CROWN) / JAMBATAN (BRIDGE) -RAWATAN AKAR / ROOT CANAL TREATMENT -PEMUTIHAN GIGI / WHITENING -ORTODOMajlis Perbandaran Subang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201608/10773Lulus17/08/201618/08/201612:29:51
KLINIK PERGIGIAN45721/2015RAWATAN GIGI AM/GENERAL DENTAL TREATMENTS KORONA/ BRIDGE RAWATAN AKAR/ROOT CANAL TREATMENT PEMUTIHAN GIGI/ WHITENING ORTODONTIK/ORTHODONTIKS IMPLAN GIGI/ DENTAL IMPLANTSMajlis Perbandaran Subang JayaPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201511/07863Lulus16/11/201517/11/201514:51:22
KLINIK GIGI DR FARHANA18153/2017KLINIK GIGI DR FARHANA 09-2962451Majlis Perbandaran TemerlohUbat-ubatanTiadaDBP/KPB/201703/19245Lulus29/03/201729/03/201715:02:01
KLINIK GIGI10618/2016KLINIK GIGIMajlis Perbandaran Subang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201603/09754Lulus08/03/201609/03/201609:18:44
KLINIK GIGI10349/2016KLINIK GIGIMajlis Perbandaran Subang JayaKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201603/09564Lulus07/03/201608/03/201610:40:06
KLINIK GIGI25656/2015KLINIK GIGIDewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201506/09174Lulus25/06/201529/06/201512:18:36
PEMBUAT GIGI PALSU4222/2016PEMBUAT GIGI PALSU CHONG'S DENTAL SERVICESDewan Bandaraya Kuala LumpurPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201601/10582Lulus26/01/201627/01/201609:17:12
DAPATKAN RAWATAN PENDAKAP GIGI ( BRACES)54510/2016DAPATKAN RAWATAN PENDAKAP GIGI (BRACES)Majlis Perbandaran JasinHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201611/10511Lulus02/11/201603/11/201608:26:51
gigi33700/2016TiadaMajlis Perbandaran Johor Bahru TengahPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201607/10419Lulus16/07/201618/07/201607:59:27
12345

Kembali ke atas