Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : benda manis yg dibuat drpd pati (air) tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan (spt tebu, kelapa, anggur, dll); ~ aising gula berbentuk serbuk berwarna putih yg digunakan utk membuat aising; ~ anggur gula drpd buah anggur; ~ aren (enau, kabung) gula drpd nira enau; ~ batu (buku) gula yg berketul-ketul; ~ bit gula yg terdapat drpd ubi bit putih; ~ demerara gula tebu berwarna perang muda yg datangnya dr Demerara; ~ ganting gula kasar; ~ getah manisan yg dicampur getah (karet) utk dikunyah; ~ kastor gula putih yg sangat halus; ~ kuning gula pasir yg berwarna kemerah-merahan; ~ melaka (jawa, kelapa, nyiur, tuak) gula drpd nira kelapa; ~ merah a) gula pasir merah; b) gula enau (kabung); ~ pasir (putih) gula halus spt pasir dibuat drpd air tebu; ~ ringkas gula dlm bentuk ringkas spt glukosa, fruktosa, galaktosa; ~ tarik sj manis-manisan drpd gula; ~ tebu gula drpd tebu; penyakit ~ kencing manis; ada ~ ada semut prb di mana banyak keuntungan dan rezeki, di situlah banyak orang berkumpul; hitam-hitam ~ jawa prb Jk dikatakan kpd perempuan yg hitam kulitnya tetapi manis rupanya; semanis-manis ~, ada pasir di dalamnya prb kata-kata yg lemak manis itu biasanya berisi tipu muslihat; umpama ~ di dlm mulut prb pekerjaan yg mudah dilakukan (sesuatu yg sudah dikuasai); gula-gula 1. bermacam-macam manisan dibuat drpd gula; ~ getah sj gula-gula bergetah dan berperisa utk dikunyah-kunyah sahaja; 2. bp sesuatu yg menyukakan hati; 3. bp gundik, perempuan utk bersuka-suka; menggula, menggula-gula bp mengangkat-angkat (menyanjung-nyanjung) utk mendapat sesuatu, melakukan atau mengatakan yg muluk-muluk terhadap seseorang utk memperdayanya atau mendapatkan sesuatu: bijak sungguh orang tua yg berasal dr Pulau Pinang itu berdiplomasi, patutlah bapa aku dulu mudah digulanya; menggulai memberi bergula pd, membubuh gula pd;menggulaikan menjadikan (kata-kata, percakapan, dsb) manis dan muluk-muluk utk memperdaya seseorang atau utk mendapatkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gula I

Puisi
 

Berapa mahal gula putih? Mahal lagi gula jawa;
     Berapa lama kita berkasih? Biar sama membuang nyawa.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Bagai susu dengan sakar,
     dibuat tengguli.

Bermaksud :

Sangat padan; bersetujuan benar. sakar = gula; tengguli = air gula.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
PEMBORONG DAN PEMBEKAL MAKANAN RINGAN, GULA-GULA, BISKUT, MAINAN DAN BARANGAN PERKAHWINAN59613/2016PEMBORONG DAN PEMBEKAL MAKANAN RINGAN, GULA-GULA, BISKUT, MAINAN DAN BARANGAN PERKAHWINAN LIAN SOON TAI TRADING 03-3269 8269Majlis Daerah Kuala SelangorKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201611/14754Lulus25/11/201628/11/201609:10:01
SWEET CHILHOOD35828/2016KEDAI GULA-GULA, kedai beliau dibuka dalam pasar raya Tesco Kuala Lukut DI ATAS TAMBAH PAPAN TANDA YANG BERTULISAN "KEDAI GULA-GULA"Majlis Perbandaran Port DicksonHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201608/08234Lulus03/08/201604/08/201608:55:02
KEDAI GULA-GULA1430/2017TiadaMajlis Bandaraya Petaling JayaTiadaTiadaDBP/KPB/201703/13592Lulus06/02/201702/03/201715:06:57
KEDAI GULA-GULA917/2014TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201509/06135Lulus12/03/201407/09/201518:41:46
PEMBORONG GULA-GULA DAN MAKANAN RINGAN622/2015TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201504/08809Lulus29/01/201529/04/201514:50:15
KILANG MEMBUAT GULA-GULA5731/2015TiadaMajlis Perbandaran Subang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201709/13094Lulus25/06/201513/09/201717:23:04
KEDAI COKLAT DAN GULA-GULA7252/2015TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201801/16002Lulus07/08/201525/01/201817:32:08
PEMBEKAL UTAMA DALAM GULA-GULA3020/2014TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201606/09953Lulus23/07/201402/06/201616:44:48
PEMBORONG BISKUT DAN GULA - GULA24920/2016TiadaMajlis Perbandaran Port DicksonKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201605/12114Lulus20/05/201623/05/201610:17:31
POH EIK ENTERPRISE49271/2015PENJUAL AND PEMBORONG GULA-GULA POH EIK ENTERPRISEMajlis Perbandaran Sungai PetaniMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201512/09688Lulus28/12/201528/12/201512:31:44
1234

Kembali ke atas