Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.dir] | حاضير

Definisi : ada, ada datang (di sekolah, mesyuarat, dll): wakil kami tidak ~ dlm persidangan itu; daftar ~ daftar yg mengandungi nama orang yg hadir (datang); berhadir sl bersedia, menyediakan: segala orang Singapura itu pun sudah ~ dgn segala persembahannya; maka Sultan Ahmad pun menghimpunkan orang, dan disuruh ~ senjata; menghadiri hadir di (persidangan, majlis, kursus, dll) menyertai, mengikuti: lebih 100 orang peserta dr negara-negara Asia Teng­gara, Australia, dan New Zealand telah ~ seminar antarabangsa tersebut; ~ persidangan Parlimen; menghadirkan 1. membuat supaya hadir (ada di sesuatu tempat): ketua rombongan hen­daklah ~ semua ahli rombongan pd waktu yg ditetapkan; ~ diri datang menun­jukkan diri; 2. sl menghimpunkan, meng­adakan, menyedia­kan: maka Sultan Ahmad pun mengerahkan segala rakyat ~ ke­leng­kapan perang; tuanku, baiklah per­silakan turun ke kenaikan, telah sedia patik hadirkan;kehadiran perihal hadir (di sesuatu per­jumpaan, mesyuarat, dsb), perihal berada (di sesuatu tempat dll), adanya, kedatangan: ~ golongan muda amat penting dlm per­jumpaan itu; ~ kuasa besar boleh membawa kesan buruk kpd negara-negara Asia Tenggara; daftar ~ daftar nama orang yg hadir (di mesyuarat, kursus dll), daftar hadir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.dir] | حاضير

Definisi : ada di tempat tertentu (di sekolah, mesyuarat dll): Wakil kami tidak ~ dlm mesyuarat itu. menghadiri datang dan turut serta dlm mesyuarat, persidangan dll; mengunjungi majlis dsb; mengikuti; menyertai: Lebih seratus orang peserta dr negara-negara Asia Tenggara, Australia dan New Zealand telah ~ seminar antarabangsa tsb. Banyak sahabat handai yg telah ~ majlis perkahwinan itu. menghadirkan membuat supaya hadir di sesuatu tempat: Ketua rombongan hendaklah ~ semua ahli rombongan pd waktu yg ditetapkan. kehadiran perihal berada atau hadir di sesuatu tempat: ~nya telah menyerikan majlis itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hadir (kata kerja)
1. Bersinonim dengan wujud: berada, muncul, terbit,

2. Bersinonim dengan datang: menyertai, mengikuti, menunjukkan diri, memperlihatkan diri, turut serta, mengambil bahagian,

Kata Terbitan : menghadiri, menghadirkan, kehadiran, hadirin,


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Paramount Dijemput Hadir2506/2017Anda Dijemput HadirMajlis Bandaraya Petaling JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201701/14332Lulus23/01/201724/01/201708:38:03
SEMUA DIJEMPUT HADIR7336/2016TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201807/13941Lulus18/07/201616/07/201816:55:50
ANDA DIJEMPUT HADIR1990/2016TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201704/17053Lulus29/02/201618/04/201718:56:37
SEMUA DIJEMPUT HADIR398/2016TiadaPerbadanan PutrajayaTiadaTiadaDBP/KPB/201609/11692Lulus26/05/201623/09/201618:11:02
ANDA DIJEMPUT HADIR851/2016TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201608/09449Lulus26/01/201611/08/201610:31:14
ANDA DIJEMPUT HADIR14842/2016TiadaMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201603/12893Lulus30/03/201631/03/201608:25:59
ANDA DIJEMPUT HADIR13781/2016TiadaMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201603/12207Lulus24/03/201625/03/201611:02:16
Rakyat dijemput hadir3022/2014TiadaMajlis Perbandaran Johor Bahru TengahMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201402/03752Lulus19/02/201420/02/201409:05:14
HARI TERBUKA10290/2016Semua Dijemput Hadir Alami OUM Hari Terbuka Pusat Pembelajaran Batu PahatMajlis Perbandaran Batu PahatPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201603/09683Lulus07/03/201608/03/201617:56:35
ATASI DIABETES26168/2014SEMUA DIJEMPUT HADIR SUNWAY MEDICAL CENTRE ATASI DIABETES 14-16 NOVEMBER 2014 BLUE CONCOURSE SUNWAY PIRAMID SERTAI KAMI UNTUK PELBAGAI AKTIVITI MENARIK CEGAH DIABETES SEBELUM LA MENYERANG DENGAN KERJASAMA PENAJA PERAK DISOKONG OLEH BERSEMPENAMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201411/04048Lulus06/11/201407/11/201417:31:16
123456

Kembali ke atas