Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ji] | حاج

Definisi : 1. = fardu ~ rukun Islam yg kelima yg memerlukan seseorang Islam (yg cukup syaratnya) pergi ke Mekah dan melakukan beberapa ibadat yg berkaitan dgn fardu itu; mengerjakan ~ menunaikan fardu haji; 2. orang yg berangkat ke Mekah utk menunai­kan fardu haji; jemaah ~ rombongan orang yg pergi ke Mekah utk menunaikan fardu haji; kapal ~ kapal yg membawa jemaah haji ke Mekah; Syeikh ~ orang yg mengurus hal-hal dan keperluan-keperluan jemaah haji (sewaktu mereka sedang menunaikan fardu haji); 3. gelaran atau panggilan bagi orang lelaki yg telah menunaikan fardu haji: H~ Khairuddin; bulan ~ bulan Zulhijah; fardu ~ kewajiban menunaikan haji; Hari Raya H~ hari besar Islam yg dirayakan pd 10 Zulhijah, Hari Raya Aidiladha; naik ~ pergi ke Mekah kerana menunaikan fardu haji; rukun ~ segala perbuatan yg mesti dilakukan supaya sah haji; tabung ~ a) kumpulan wang yg disimpan oleh bakal haji; b) bp = Lembaga Urusan Tabung H~ perbadanan yg mengurus simpanan wang bakal-bakal Haji dan pemergian mereka ke Tanah Suci (Mekah); ~ akbar (besar) ibadat haji yg wukufnya jatuh pd hari Jumaat; ~ badal orang yg menunaikan fardu haji utk orang lain yg sakit dll; ~ ifrad haji yg diikuti dgn umrah sebaik sahaja selesai ibadah haji dilaksanakan pd bulan haji; ~ mabrur ibadah haji yg dianggap sah, sempurna dan diterima Allah SWT kerana memenuhi segala rukun dan syarat (dapat mengekalkan sifat dan kelakuan yg baik dan terpuji selepas menunaikan haji); ~ mardud ibadah haji yg dianggap tidak sah dan tidak diterima Allah SWT (kerana sifat dan kelakuannya lebih buruk sebelum menunaikan haji); ~ qiran qiran; ~ sunat bp a) budak yg pergi ke Mekah mengikut orang naik haji ketika belum baligh; b) pergi naik haji sebelum baligh; ~ tamatuk haji yg dikerjakan setelah selesainya ibadah umrah pd bulan haji, dan dikenakan dam; ~ widak haji yg terakhir dikerjakan oleh Nabi Muhammad SAW sebelum wafat; menghajikan menunaikan haji bagi pihak orang lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.ji] | حاج

Definisi : 1 = fardu ~ ibadat yg memerlukan seseorang pergi ke Mekah dan melakukan beberapa perkara yg berkaitan dgn ibadat itu di sana: jemaah ~ rombongan orang yg pergi ke Mekah utk menunai­kan fardu haji. 2 gelaran bagi orang yg telah pergi menunaikan rukun Islam yg kelima di Mekah: ~ Khairuddin. ~ akbar ibadah haji yg wuqufnya jatuh pd hari Jumaat. ~ ifrad ibadah haji yg diikuti oleh ibadah umrah sebaik sahaja ibadah haji selesai dilaksanakan, dlm bulan haji. ~ mabrur ibadah haji yg sempurna dikerjakan dan diterima Allah kerana memenuhi segala rukun dan wajib haji. ~ mardud ibadah haji yg tidak diterima Allah dan tidak sah kerana ditunaikan dgn tidak sempurna (tidak memenuhi segala rukun dan wajib haji). ~ qiran ibadah haji dan umrah yg dikerjakan serentak dlm bulan haji, dan dikenakan dam. ~ tamatuk ibadah haji yg dikerja­kan setelah selesainya ibadah umrah pd bulan haji, dan dikena­kan dam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata haji

Puisi
 

Burung haji terbang ke haji,
     Tapak Sulaiman di bawah tangannya;
Jika adinda mengubah janji,
     Melungsur iman dari badannya.


Lihat selanjutnya...(17)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
BADAL HAJI (UPAH HAJI )27708/2015DITUNAIKAN OLEH PELAJAR / PETUGAS YANG LEBIH MEYAKINKAN ANDA AHLI WARIS DIHADIAHKAN : Sijil Pengesahan, Sejadah, Kopiah, Air Zam-zam, Minyak Wangi dan TasbihMajlis Daerah Perak TengahHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201507/07605Lulus14/07/201514/07/201511:19:00
BADAL HAJI(UPAH HAJI)27199/2015DITUNAIKAN OLEH PELAJAR / PETUGAS YANG LEBIH MEYAKINKAN ANDA AHLI WARIS DIHADIAHKAN : Sijil Pengesahan, Sejadah, Kopiah, Air Zam-zam, Minyak Wangi dan TasbihMajlis Daerah Perak TengahPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201507/07467Lulus10/07/201513/07/201510:57:42
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI37214/2016SELAMAT MENJALANI IBADAH HAJI SEMOGA MENDAPAT HAJI YANG MABRURMajlis Perbandaran TemerlohMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201608/08308Lulus04/08/201604/08/201611:23:17
Eco World34580/2016SELAMAT DATANG YB Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof Menteri Kerja Raya, Malaysia Majlis Perasmian Persimpangan Bertingkat Eco Majestic, Lebuhraya LEKAS 2 OGOS 2016Majlis Perbandaran KajangMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201607/10768Lulus19/07/201619/07/201611:00:35
DARUL MUBARAK TRAVEL AND TOURS SDN. BHD.47009/2015NAMA SYARIKAT. MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN UMRAH, PELANCONGAN, HAJI, UPAH HAJI, TIKET, DAN HOTELMajlis Daerah Perak TengahHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201511/09075Lulus24/11/201524/11/201514:26:19
DARUL MUBARAK TRAVEL AND TOURS SDN. BHD.47007/2015NAMA SYARIKAT. MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN UMRAH, PELANCONGAN, HAJI, UPAH HAJI, TIKET, DAN HOTELMajlis Daerah Perak TengahHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201511/08675Lulus21/11/201523/11/201508:25:25
kedai kelengkapan haji safa marwah17527/2017kedai kelengkapan haji safa marwah di mililki kelengkapan haji safa marwah (002081552-X)Dewan Bandaraya Kuala LumpurKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201703/18782Lulus27/03/201728/03/201709:53:22
BUNTING PERASMIAN61763/2016Majlis Perasmian Disempurnakan oleh: YB Tan Sri Datuk Sri Utama Haji Mohd Isa bin Haji Abdul Samad Pengerusi Kumpulan FELDA Tarikh: 9 Disember 2016 Masa: 4 petangMajlis Perbandaran Port DicksonHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201612/11414Lulus07/12/201608/12/201611:24:40
UPAH HAJI51244/2016TUNAIKAN HAJI UNTUK TERSAYANGPihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201610/13872Lulus20/10/201621/10/201607:46:13
UPAH HAJI64636/2016UPAH HAJIMajlis Daerah Perak TengahHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201612/13511Lulus23/12/201627/12/201608:37:37
12345678910...

Kembali ke atas