Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak besar (kasar), kecil-kecil: tepung yg ~; daging itu dicencang ~; gula ~; garam ~; 2. sangat kecil ukuran kelilingnya (bkn jarum, benang, dll), lwn kasar: dawai yg ~; 3. tidak kesat (kasap), lembut, licin: kulit mukanya ~; papan itu diketam sehingga ~; 4. berbudi bahasa yg baik, beradab, bersopan-santun: budi pekerti yg ~; dgn lemah-lembut lagi ~ ia mengeluarkan kata-katanya; 5. kelihatan elok dan rapi (hasil drpd kerja yg teliti), sempurna (hasilnya): raga itu ~ buatannya; 6. dgn teliti, dgn cermat atau hati-hati, secara terperinci: dia tahu apa yg perlu dilakukannya secara ~ tanpa me­nyinggung sesiapa; 7. tidak langsung atau terang-terangan tetapi dalam atau tajam maksudnya (bkn percakap­an, sindiran, dll); sindiran yg ~ sindiran yg tidak terang-terang (tersembunyi atau secara berkias); perintah ~ perintah dlm bentuk nasihat (tidak terang-terang); 8. tidak garau tetapi tinggi (bkn suara dll): suaranya ~; 9. tidak dapat dilihat (diraba) spt roh; orang ~ orang bunian; suara ~ a) suara yg tinggi; b) ilham; halus-halus dgn meneliti segala butir yg berkaitan, dgn teliti, secara terperinci: undang-undang yg telah didebat serta difikir ~ oleh ahli-ahli parlimen yg dipilih oleh rakyat; berhalus (bercakap dsb dgn) bersopan-san­tun, berlembut: kalau bercakap biarlah ~ sedikit; menghalusi 1. memperlakukan dll dgn halus (tidak dgn keras dll): budak nakal itu tidak boleh dihalusi sepanjang masa; 2. menipu dgn cara yg sangat licin; ~ musuh menipu musuh; 3. mengkaji (menyiasat, menyelidiki, memeriksa) dalam-dalam atau secara terpe­-r­inci: perkara itu tidak perlu dihalusi lagi; sesudah kita rakamkan rumus-rumus yg di atas, kita perlu ~ beberapa perkara lagi; menghaluskan menjadikan halus; memperhalus 1. menjadikan lebih halus: ia ~ alis matanya; 2. menjadikan lebih sempurna: cara penyampaiannya perlulah diperhalus, disisip dan dijalin melalui bahasa atau dialog yg menarik; kehalusan keadaan yg halus (perbuatan, sifat dll): ~ bahasa; penghalusan perihal (perbuatan dsb) meng­halusi, menghaluskan, atau memperhalus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak kesat; lembut; licin (apabila dipegang): Kulitnya hitam tetapi ~. Papan itu diketam sehingga ~. 2 tidak kasar, kecil-kecil; lumat (bkn pasir dll): benang yg ~; pasir yg ~. 3 dibuat dgn teliti (cermat, hati-hati): Barang-barang rotan itu begitu cantik dan ~ buatannya. 4 tidak garau; tinggi (suara): Suaranya ~. 5 berbudi pekerti yg baik; bersopan; beradab: Dia mengeluarkan kata-kata­nya dgn lemah lembut lagi ~. 6 tidak dpt dilihat atau dirasa: orang ~ orang bunian. berhalus melakukan sesuatu dgn sopan santun, tertib dll; berbudi bahasa: Mereka sentiasa ~ apabila berbicara. menghalusi menyelidik atau memeriksa dgn teliti: Sebelum membuat sebarang kesimpulan, kita perlu ~ perkara itu dahulu. meng­haluskan menjadikan halus: Dia ~ mata penselnya. memperhalus menjadikan lebih halus: Dia ~ mata pensel yg telah diraut oleh adiknya. kehalusan keadaan atau sifat halus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
halus (adjektif)
1. Bersinonim dengan kecil: seni, renik,
Berantonim dengan kasar

2. Dalam konteks kulit
bersinonim dengan licin, gebu, lembut, rapi, elok,
Berantonim dengan kesat

3. Dalam konteks kelakuan
bersinonim dengan bersopan, bersantun, bersopan santun, beradab, bertertib, elok, baik, lemah lembut, halim,
Berantonim dengan kasar

4. Dalam konteks kerja
bersinonim dengan rapi, sempurna, kemas, cermat, teliti, elok, bagus,
Berantonim dengan gabas

5. Dalam konteks sindiran
bersinonim dengan tidak langsung, tidak terus terang, berlapik, beralas,

6. Dalam konteks suara
bersinonim dengan lembut, lunak, merdu, gemersik, indah, sedap,
Berantonim dengan garau

Kata Terbitan : halus-halus, berhalus, menghalusi, menghaluskan, kehalusan,

Puisi
 

Saya bertemu Kuala Halus,
     Rumah dinaik di dalam puan;
Badan saya semadi kurus,
     Bawa berahi denganmu tuan.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Melekatkan kersik ke buluh.

Bermaksud :

Pekerjaan yang dilakukan dengan susah payah tetapi sia-sia. (Bandingkan dengan: Menampalkan kersik ke buluh). kersik = pasir kasar, batu kerikil halus-halus.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Promosi34819/2015Promosi RAWATAN KRISTAL HYPEROXIA 高氧水晶疗程 • Keberkesanan cepat 功效有光泽 • Perubahan kulit menjadi halus 皮肤细嫩改 • Memperbaiki liang pada muka 善毛孔粗大 • Menghilangkan bintik hitam 改善黑黄皮肤 • Mengurangkan garis-garis halus 减少细纹 Hanya RM 68 Harga Asal RM 288Majlis Perbandaran MuarKosmetikTiadaDBP/KPB/201509/06380Lulus03/09/201509/09/201508:04:52
GALERI SENI HALUS4383/2015TiadaPihak Berkuasa TempatanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201705/15984Lulus01/06/201512/05/201717:16:03
PUSAT TUISYEN HALUS13361/2015You Tuition Centre 优学堂 JM0642398-AMajlis Perbandaran KluangPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201504/06533Lulus10/04/201514/04/201508:53:17
NJOI30479/2017Teks halus adalah "Tertakluk pada terma dan syarat. MEASAT Broadcasting Network System Sdn Bhd (240064-A)Pihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201705/18106Lulus22/05/201723/05/201717:14:40
Kolej Restu36083/2016Kolej Seni Halus, Pengurusan dan Perniagaan Kolej RestuMajlis Bandaraya Shah AlamPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201608/07819Lulus01/08/201602/08/201608:39:31
L'OREAL12255/2015HALUS DAN ANJAL SERTA MERTA TEKSTUR JELI PANTAS MENYERAP BAHARU HYDRA FRESH DENGAN PATI BIJI ANGGUR 50X LEBIH KUASA ANTIOKSIDANPihak Berkuasa TempatanPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201504/05519Lulus03/04/201506/04/201515:34:31
Chek Hup - Classic Colombian (Pindaan)16153/2016Dikisar halus untuk kesempurnaan rasa.Majlis Bandaraya IpohMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201604/09897Lulus06/04/201607/04/201609:18:53
Nescafe Canned Coffee - Vertical - Go Jer11992/2015Halus, Pekat, Rasa Sejuk NescafeMajlis Bandaraya Petaling JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201504/05428Lulus03/04/201506/04/201511:11:36
Nescafe Canned Coffee - Horizontal - Go Jer11990/2015Halus, Pekat, Rasa Sejuk NescafeMajlis Bandaraya Petaling JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201504/05387Lulus03/04/201506/04/201509:46:03
PUSAT RAWATAN RAUDHATUL HIDAYAH8044/2016PUSAT RAWATAN RAUDHATUL HIDAYAH Perubatan Berasaskan Doa dan Makanan Sunah PERKHIDMATAN : GANGGUAN MAKHLUK HALUS | BEKAM ANGIN/DARAH | MEMBEKAL MAKANAN SUNAH DIMILIKI OLEH: NO. LESEN MPSJ:Majlis Perbandaran Subang JayaPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201602/09405Lulus26/02/201629/02/201607:58:59

Kembali ke atas