Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ham.pir] | همڤير

Definisi : 1. berdampil (dgn seseorang), ber­damping (dgn seseorang), dekat, rapat: marilah anakanda ~ dgn ayahanda; ~ kpd mendekati; 2. tidak jauh (bkn jarak, per­hubungan), dekat, rapat: Petaling Jaya bandar yg ~ sekali dgn Kuala Lumpur; Nabi Muhammad SAW mula-mula menyampai­kan ajaran Islam kpd orang yg paling ~ dengannya iaitu isterinya Khadijah; 3. kurang sedikit drpd (waktu, bilangan berikut­nya, kuantiti, jumlah seluruhnya), dekat: sudah ~ setengah jam dia menunggu di situ; ~ seratus orang hadir dlm majlis itu; mangkuk getahnya ~ penuh dgn susu getah; 4. nyaris, sedikit lagi akan ...; ~ mati nyaris mati; 5. tidak lama lagi akan, dlm sedikit masa lagi: sekolah sudah ~ dibuka; ~ siap dibina; ~ selesai; ~ gurun (Geog) (kawasan, daerah) yg berhampiran (dan keadaan iklimnya hampir sama) dgn gurun; wang ~ (Eko) harta yg mudah dijadikan wang; hampir-hampir akan berlaku sesuatu, nyaris-nyaris, cemas-cemas: masih sempat menyelamatkan isterinya yg ~ tenggelam itu; mereka ~ sepakat; hampirkan hampir akan; berhampiran = ~ dgn berdekatan (dgn), tidak berapa jauh (dr): pulau-pulau yg ~ dgn Australia; sungai yg ~ dgn rumah; menghampiri mendekati, datang men­dekati, merapati: perempuan itu datang ~ saya; menghampirkan mendekatkan, men­dam­ping­­kan, merapatkan: maka usungan pun dihampirkan orang; terhampir terdekat; hampiran tempat yg dekat, dekatan; kehampiran perihal (keadaan, kedudukan, dsb) hampir atau dekat dgn; penghampiran proses (hal) meng­hampir­­kan atau menghampiri sesuatu: alam nyata ini boleh diketahui melalui proses ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ham.pir] | همڤير

Definisi : 1 tidak jauh; dekat; berdam­ping (dgn): Budak itu duduk ~ dgn ibunya. 2 sedikit lagi akan; cemas-cemas; nyaris: Pasukannya ~ tewas dlm pertandingan itu. ~ mati nyaris-nyaris mati. 3 tidak lama lagi; sekejap lagi: Kerja itu ~ siap. 4 kurang sedikit drpd (bkn masa, bilangan dll); dekat: Dia duduk di situ ~ setengah jam. ~ seratus orang tetamu hadir dlm majlis itu. hampir-hampir sedikit lagi akan berlaku sesuatu; nyaris-nyaris; cemas-cemas: Mereka telah menyelamatkan budak yg ~ tenggelam itu. berhampiran tidak berapa jauh dr; berdekatan: Kilang-kilang itu letaknya ~ dgn ladang tebu. menghampiri datang atau pergi berdekatan dgn; mendekati; merapati: Dgn hati yg berdebar-debar, dia ~ orang tua itu. menghampirkan meletakkan berhampiran dgn; mendekatkan; mendampingkan. perhampiran ist angka atau nombor yg paling hampir dgn angka lain: 32.65 ialah ~ yg lebih baik drpd 32.70 ke 32.653. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hampir (adverba)
1. Dalam konteks jarak
bersinonim dengan dekat, rapat,
Berantonim dengan jauh

2. Dalam konteks masa
bersinonim dengan tidak lama lagi, sedikit masa lagi, sekejap lagi, sebentar lagi,

Kata Terbitan : hampir-hampir, berhampiran, menghampiri, menghampirkan, kehampiran,

Puisi
 

Hari hampir sudah siang,
     Fajar di hulu sudah benderang;
Aku duduk di Muha Lawang,
     Makin bertambah hatiku pusang.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Genting menanti putus,
     biang menanti tembuk.

Bermaksud :

Suami isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus. (Peribahasa lain yang sama makna: Biang menanti tembuk).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Pemandangan Latar40697/2015Semakin hampir dengan bandar Kuala LumpurTiadaPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201510/08362Lulus13/10/201513/10/201515:20:22
UMobile-Bus Stop Amoda Frame84201/2014Beritahu rakan, anda hampir tiba dengan PANGGILAN TANPA HAD PASCABAYAR #TheBestUnlimitedDewan Bandaraya Kuala LumpurTelekomunikasiTiadaDBP/KPB/201403/03096Lulus06/03/201407/03/201410:31:05
TAMAN BUKIT RANGIN BAYU III12382/2016DI SEBABKAN HAMPIR DENGAN KAMPUNG BUKIT RANGIN DAN PENDUDUK MENGENALI NAMA KAWASAN TERSEBUTMajlis Perbandaran KuantanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201603/11131Lulus17/03/201617/03/201614:42:48
De'Xandra1455/2016Lebih 60 jenis wangian Inspired Perfume daripada jenama terkenal antarabangsa 90% bauan hampir sama asli Alkohol daripada ekstrak tebu yang boleh dibawa solat Produk terlaris di pasaran Wangian terbaik No. 1 Malaysia Memenangi Anugerah - Best FragraMajlis Perbandaran Pasir GudangKosmetikTiadaDBP/KPB/201601/10957Lulus28/01/201629/01/201610:10:04
KEDAI PERABOT JATIMAS25410/2017MENGAMBARKAN IDENTITI SYARIKAT KAMI YANG MENJUAL PERABOT RUMAH DAN PEJABAT BERASASKAN KAYU JATI SELAMA HAMPIR 17TAHUN DI PASARAN MALAYSIA.Majlis Perbandaran SelayangHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201704/18918Lulus27/04/201728/04/201708:38:34
DANAU SURIA28068/2014DANAU Perkataan DANAU atau ‘tasik’ dapat mencerminkan elemen air yang selalunya sinonim dengan ‘ketenangan’. Penggunaan DANAU ini juga bersesuaian dengan kedudukan Tapak yang hampir serta mempunyai hubungan rapat dengan Tasik Putrajaya (Promenade) sendirPerbadanan PutrajayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201411/04857Lulus14/11/201418/11/201416:25:01
Pusat Terapi Deria dan Intervensi ( Autisme dan Berkeperluan Khas )33155/2017Pemilihan nama tersebut merupakan nama yang telah diguna pakai oleh setiap cawangan di bawah pengurusan syarikat, selain itu ianya juga telah di kenali selama hampir 4 tahun di kalangan para pelanggan dan memudahkan urusan berkaitan kewangan dan sebagainyDewan Bandaraya Kuala LumpurPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201706/14894Lulus06/06/201706/06/201714:43:15

Kembali ke atas