Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ri.mau] | هريماو

Definisi : sj binatang mamalia yg buas (rupanya spt kucing); jenis-jenisnya: ~ akar = ~ dahan, Neofelis nebulosa; ~ belang, Panthera tigris; ~ bintang = ~ kumbang, Panthera pardus, dll; ~ akuan harimau jadi-jadian, cenaku, kem­bering; ~ tanpa gigi orang yg telah tiada kuasanya lagi: saya akan buktikan yg MPPJ bukan ~ tanpa gigi; bagai ~ kelaparan ki sangat ganas; ~ ditakuti sebab giginya prb orang yg berpangkat itu ditakuti kerana ada kuasanya; ~ mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading prb orang yg berjasa itu akan selalu disebut-sebut orang walau berapa lama pun ia telah mati; ~ mati kerana belangnya prb perihal mendapat kecelakaan kerana mempertahankan kemegahannya; ~ mengaum tak akan menangkap = ~ ber­tem­pik tak akan makan orang prb orang yg marah dan berteriak-teriak biasanya tidak sampai memukul; anak ~ diajar makan daging prb orang yg zalim digalakkan mem­bunuh; anak ~ tak akan menjadi anak kambing prb orang yg berani tak akan jadi penakut; bagai ~ beranak muda prb perihal orang yg sangat bengis (garang dll); spt ~ menyembunyikan (menyorokkan) kuku prb orang berpengetahuan yg menyembunyikan pengetahuannya; sudah masuk ke dlm mulut ~ prb sudah pasti binasa; mengharimaui memarahi (memberangi) dgn menengking-nengking dll, memper­laku­kan dgn kejam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.ri.mau] | هريماو

Definisi : 1 beberapa jenis binatang buas yg rupanya spt kucing tetapi lebih besar. ~ belang Panthera tigris. ~ bintang Panthera pardus. ~ dahan Neofelia nebulosa. 2 ki orang yg berani dan ganas: Perajurit-perajurit itu spt ~ dan penuh bersemangat menentang musuh. ~ berantai ki orang yg paling handal dlm sesuatu pasukan atau kumpulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata harimau

Puisi
 

Sehari bulan rajanya harimau,
     Harimau tidur di rimba jati;
Semakin hati bertambah igau,
     Tuan seorang di mata hati.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Harimau puntung kena penjara,
     pelanduk kecil menolakkan mara.

Bermaksud :

Ada masanya kesusahan orang besar lagi berkuasa itu ditolong oleh orang yang lemah dan kecil.

 

Lihat selanjutnya...(69)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
KAD DEBIT-i VISA BANK ISLAM TEAM HARIMAU1897/2014Bersama kita bangkitkan semangat dan ngauman Team Harimau Berbelanjalah dengan Kad Debit-i Visa Bank Islam Team Harimau sambil menyumbang kepada pembangunan bola sepak Malaysia.Dewan Bandaraya Kuala LumpurPerbankanTiadaDBP/KPB/201401/03855Lulus30/01/201430/01/201410:54:26
RESTORAN HARIMAU43812/2015RESTORAN HARIMAUMajlis Perbandaran KuantanMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201511/06026Lulus30/10/201503/11/201508:49:05
PROMOSI ISTIMEWA. UDANG HARIMAU HIDUP. KEPITING BAKAU HIDUP57401/2016Promosi Istimewa. Udang Harimau Hidup RM6.80/100gm. Kepiting Bakau Hidup RM58 seekor (600gm+/-)Majlis Bandaraya Petaling JayaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201611/12782Lulus16/11/201616/11/201611:12:33
PROMOSI ISTIMEWA. UDANG HARIMAU HIDUP. KEPITING BAKAU HIDUP12342/2017Promosi Istimewa. Udang Harimau Hidup RM6.80/100gm. Kepiting Bakau Hidup RM58 seekor (600gm+/-)Majlis Bandaraya Petaling JayaKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201703/14718Lulus06/03/201708/03/201712:26:01
Klinik Usahawan Harimau Mint Gold48228/2015SIAPA NAK EMAS PERCUMA? JOM DATANG KE KLINIK USAHAWAN HARIMAU MINT GOLD MASUK PERCUMA!Majlis Bandaraya Johor BahruMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201511/09739Lulus26/11/201527/11/201512:17:29
Kuat Harimau 19276/2015TiadaTiadaPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201503/06862Lulus17/03/201518/03/201514:33:47
Kuat Harimau5757/2014Visual Pembetulan (No Rujukan 4737/2014)Majlis Bandaraya Petaling JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201403/04337Lulus25/03/201426/03/201415:40:41
Kuat Harimau (revised)2468/2014revised from 1986/2014TiadaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201402/03301Lulus12/02/201413/02/201411:31:07
ANNA FITNESS/HARIMAU GYM7600/2014TiadaMajlis Bandaraya Shah AlamSukan dan PeralatanTiadaDBP/KPB/201404/03985Lulus16/04/201416/04/201415:17:14
IKLAN SEMENTARA50200/2015HARIMAU MALAYA GIMNASIUMMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201512/08215Lulus15/12/201515/12/201510:49:57
12

Kembali ke atas