Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1 sesuatu yg diperoleh drpd se­suatu usaha, tanah, tanam-tanaman dll; pendapatan; perolehan: Getah dan bijih timah ialah ~ utama negara kita. 2 bayaran yg dikenakan oleh kerajaan atas barang-barang yg dibawa masuk ke dlm negeri, tanah, perniagaan dll; cukai; pajak: ~ negeri dipungut dgn ber­bagai-bagai cara. 3 ki sesuatu kebaikan dll yg terjadi sbg ekoran sesuatu perbuatan, usaha dll: ~ rundingan itu ialah perhu­bungan yg lebih baik antara kedua-dua buah negara. ~ bahagi angka yg diperoleh dgn membahagikan satu angka dgn angka lain. ~ buangan ist bahan yg terhasil dlm proses kimia tetapi tidak mempunyai kegunaan industri. ~ bumi hasil (spt bijih timah) yg diperoleh dr dlm bumi. ~ darab angka yg diperoleh dgn mendarabkan dua angka atau lebih. ~ hutan segala barang spt rotan, damar, kayu-kayan yg diperoleh dr tumbuh-tumbuhan di hutan. ~-mahsul berbagai-bagai hasil. ~ pertanian barang-barang yg diperoleh drpd usaha bertani. ~ sampingan hasil (bahan dll) yg diperoleh drpd proses penghasilan sesuatu bahan lain (hasil utama): Semasa tumbuh-tumbuhan membuat karbohidrat pd waktu siang, oksigen terbebas sbg ~ sam­pingan. ~ tanah a. cukai yg dikenakan pd tanah. b. hasil bumi. ~ utama hasil yg penting yg menjadi keutamaan dlm sesuatu pengeluaran. berhasil 1 ada hasilnya: Sawahnya kurang ~ tahun ini. 2 berjaya atau tercapai cita-cita dll: Cita-citanya utk menjadi doktor telah ~. menghasilkan 1 mendatangkan hasil; mengeluarkan hasil: Australia ~ kira-kira satu pertiga drpd jumlah eksport bulu biri-biri di dunia. 2 mencipta sesuatu: Beliau telah ~ lebih drpd dua puluh buah cerita pendek. 3 mendatangkan sesuatu kebaikan dll; membuahkan: Perkenalan itu telah ~ satu perhubungan yg mesra. penghasilan perbuatan (usaha, kegiatan) menghasilkan; pengeluaran: ~ minyak; Malaysia terkenal dgn ~ bijih timah dan getah. Kita telah mengkaji bahawa perubahan kimia diikuti oleh penyerapan atau ~ haba. penghasil orang, negara dll yg menghasilkan sesuatu; alat utk menghasilkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hasil (kata nama)
1. Rujuk dapat pendapatan

2. Rujuk panen

3. Bersinonim dengan keputusan: jawapan, penyelesaian, kesudahan,

4. Bersinonim dengan akibat: kesan, padah, reaksi, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berhasil, menghasilkan, keberhasilan, penghasilan, penghasil,

Puisi
 

Ayam ini ayam Melaka,
     Mari dijual ke Tanjung Pagar;
Kalau tuan ingin berniaga,
     Hasil negeri mahulah dibayar.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Apa tampangnya,
     itulah tumbuhnya.

Bermaksud :

Hasil sesuatu pekerjaan itu menurut ukuran usaha yang kita kerjakan. tampang = benih.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
PENJUAL HASIL ORGANIK DAN PENAPAIAN HASIL LAUT47565/2015PENJUAL HASIL ORGANIK DAN PENAPAIAN HASIL LAUT GOH BIOTECHNOLOGY SDN BHDMajlis Bandaraya Johor BahruKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201512/06787Lulus02/12/201503/12/201514:06:52
HASIL 4U6152/2014Hasil Teman Keceriaan Anda HASIL4U Jom e-filing : Mudah, Tepat, Selamat 1 Mac Hingga 30 April 2014 (BE) 1 Jun Hingga 30 Jun 2014 (B) www.hasil.gov.my 1-800-88-5436 (LHDN)Majlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201403/04616Lulus28/03/201431/03/201410:53:17
PEMBORONG HASIL PERTANIAN33388/2014PEMBORONG HASIL PERTANIANTiadaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201412/06361Lulus29/12/201431/12/201415:32:16
PEMBORONG HASIL LAUT4161/2017PEMBORONG HASIL LAUT KAI YE SEAFOOD SUPPLYDewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201701/14112Lulus21/01/201723/01/201708:50:25
PEMBORONG HASIL LAUT53696/2015PEMBORONG HASIL LAUTMajlis Perbandaran Sungai PetaniHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201601/07299Lulus01/01/201604/01/201609:08:14
DAPATKAN HASIL TANAMAN YANG TINGGI DENGAN RUMUSUAN BAJA BERKUALITI !20784/2017DAPATKAN HASIL TANAMAN YANG TINGGI DENGAN RUMUSAN BAJA BERKUALITI !Majlis Perbandaran Alor GajahHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201704/15218Lulus08/04/201711/04/201711:42:09
Kilang Penapaian Hasil Laut dan Baja Organik47694/2015KILANG PENAPAIAN HASIL LAUT DAN BAJA ORGANIK GOH BIOTECHNOLOGY SDN. BHD.Majlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201511/09326Lulus25/11/201525/11/201514:30:35
MEMBELI DAN MENJUAL BARANGAN HASIL LAUT16873/2015MEMBELI DAN MENJUAL BARANGAN HASIL LAUT END TOWN TRADINGPihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201505/05620Lulus05/05/201507/05/201509:37:37
KEDAI KEROPOK DAN HASIL LAUT1228/2017Membekal pelbagai jenis keropok dan pelbagai jenis makan daripada hasil lautMajlis Perbandaran KluangKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201701/12477Lulus10/01/201711/01/201710:08:21
MAKLUMAN PEMBUKAAN PUSAT KHIDMAT HASIL PETALING, SELANGOR PADA 1 DISEMBER 201660001/2016MAKLUMAN PEMBUKAAN PUSAT KHIDMAT HASIL PETALING, SELANGOR PADA 1 DISEMBER 2016 Bertempat di alamat : No. D-49-G & D-50-G, Jalan Zuhal U5/178, Pusat Komersial Arena Bintang, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.Majlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201611/15181Lulus29/11/201630/11/201609:58:15
123456789

Kembali ke atas