Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[haus] | هاءوس

Definisi : 1. berasa kering tekak (ingin minum), dahaga: ia meminta air sebab tersangat ~; 2. = ~ akan (kpd) sangat ingin akan (kpd): saya ~ akan pengetahuan; anak kecil yg masih ~ kpd kemanjaan dan kemesraan ibu bapa­nya; ~ dahaga a) terlalu dahaga; b) terlalu ingin akan; orang ~ diberi air, orang lapar diberi nasi prb mendapat apa yg diingini; menghauskan 1. menyebabkan (menjadi­kan) haus; 2. sangat menginginkan, sangat berkehendakkan: kami sedang ~ penerangan dan pimpinan drpd pemimpin-pemimpin kami; kehausan 1. perihal haus (dahaga, menderita dahaga): masing-masing mahu memuaskan ~ dgn air di hadapan mata; 2. ki keinginan, kemahuan; 3. menderita atau berasa haus: mungkin dia akan mati ~ atau dibaham anjing liar; sekali sekala kedengaran suara lembu ~ dan kehabisan rumput di kan­dangnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[haus] | هاءوس

Definisi : berkurangan besarnya atau tebalnya kerana tergosok (banyak dipakai dll): batu itu telah ~ dimakan air; menghauskan menjadikan haus: air yg meng­alir dapat ~ batu; kehausan perihal atau keadaan haus: ~ gandar penggerak utama boleh menye­babkan gangguan kelancaran bergerak mekanisme pelepas cekam; penghausan proses menghauskan: lama-kelamaan, pelapik itu menjadi nipis kerana ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[haus] | هاءوس

Definisi : 1 berasa kering tekak dan ingin minum; dahaga: Kanak-kanak itu meminta air kerana sangat ~. 2 sangat ingin utk mendapat sesuatu: Mereka ~ akan ilmu pengetahuan. menghauskan menjadikan haus; menyebabkan haus. ke­­hausan 1 berasa haus; menderita haus; kedahagaan: Udara panas itu menyebabkan dia ~. 2 perasaan atau keadaan haus; kedahagaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[haus] | هاءوس

Definisi : menjadi kurang besarnya atau tebalnya kerana tergosok, banyak di­gunakan dll: Tapak kasutnya sudah ~. Batu itu telah ~ dimakan air. menghauskan menjadikan haus: Air yg mengalir dpt ~ batu. kehausan keadaan atau hal haus. penghausan hal, proses dsb haus atau menghauskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
haus
Rujuk :dahaga

Puisi
 

Raja Ainon jalan ke selat,
     Pulau Pinang pasirnya halus;
Air kuminum terasa kelat,
     Usahkan kenyang bertambah haus.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sumur (di)tepi jalan,
     siapa haus boleh minum.

Bermaksud :

Perempuan lacur.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
De Wax Haus29631/2015"De Wax Haus" sebenar bermaksud "The Wax House". Ejaan "De Wax Haus" ini biasanya diguna oleh kebanyakan Europe Country.TiadaPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201507/08957Lulus30/07/201530/07/201510:30:01
HAUS MOBEL23773/2014HAUS MOBELDewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201410/04379Lulus07/10/201408/10/201414:44:10
CK Haus Trading18636/2016CK Haus Trading Kasut Roda Untuk Sewa Dan JualTiadaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201604/11907Lulus19/04/201620/04/201615:36:08
BeautyinHaus8109/2016PUSAT KECANTIKAN, BEAUTY IN HAUS, 06-9556711, DIMILIKI OLEH BEAUTY IN HAUSMajlis Perbandaran MuarPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201602/09089Lulus24/02/201625/02/201608:31:39
Papan Iklan dengan Nama Syarikat9623/2014PAMERAN PERABOT Namu Haus European Furniture Dimiliki oleh Namu Haus European Furniture Sdn. Bhd (976726-V) MBPJ/NO.AKUAN LESEN/ TAHUN LULUSMajlis Bandaraya Petaling JayaPerkakas dan Hiasan RumahTiadaDBP/KPB/201405/03936Lulus09/05/201412/05/201416:49:13
Haus Kitchen 18316 LL12607/2016TiadaTiadaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201603/11321Lulus18/03/201618/03/201615:28:22
HAUS LIVING CONCEPTS (DBKL)9689/2015TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201503/07036Lulus19/03/201519/03/201514:09:32
HAUS ESSENTIAL (DBKL)9657/2015TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201503/07035Lulus19/03/201519/03/201514:09:20
HAUS ESSENTIAL (DBKL)31776/2014TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201412/04740Lulus15/12/201415/12/201415:38:50
HAUS ESSENTIAL (DBKL)31271/2014TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201412/04730Lulus12/12/201415/12/201414:57:06
123

Kembali ke atas