Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hen.da/] | هندق

Definisi : 1 ingin mempunyai, mendapat atau memperoleh sesuatu: Budak itu ~ akan baju baru. Kita mesti bekerja keras jika kita ~ maju. 2 bermaksud akan; mahu akan: Dia ~ melanjutkan pelajarannya ke luar negara. 3 untuk; bagi: Dia tidak ada wang ~ membayar hutang. ~lah tidak dpt tidak; mesti; patut. ~nya sebaik-baiknya; sepatutnya. menghendaki mengharapkan (sesuatu); mengingini; memerlukan: Semua manusia ~ kesenangan hidup. kehendak, = ~ hati keinginan atau kemahuan yg keras; kemahuan; hajat: Tanyakan apa ~nya. berkehendak berharap akan; bermaksud hendak; berkeinginan: Dia ~ supaya dia saja yg mendapat keuntungan. berkehendakkan berkehendak akan: Pokok padi ~ air yg banyak utk hidup subur. dikehendaki diingini; diperlukan: Semua pihak diminta bekerjasama, kalau tidak, kita tidak akan maju sebagaimana yg ~. sekehendak, = ~ hati sesuka hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hendak (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mahu: ingin, berhasrat, berhajat, bercita-cita, berangan-angan,

2. Bersinonim dengan untuk: bagi

Kata Terbitan : menghendaki, kehendak, sekehendak hati, berkehendak,

Puisi
 

Hendak dipais ikan todak,
     Hendak diparut bukannya terung;
Hendak ditangis bukannya budak,
     Hendak terbang bukannya burung.


Lihat selanjutnya...(435)
Peribahasa

Diberi sejengkal hendak sehasta,
     diberi sehasta hendak sedepa.

Bermaksud :

Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah, b. Seperti Belanda minta tanah).

 

Lihat selanjutnya...(230)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Klinik Mesra Jaya9149/2016Kami hendak klinik mesra dan berjaya.Majlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201603/08820Lulus01/03/201602/03/201609:05:35
Klinik Mesra Jaya9067/2016Kami hendak klinik mesra dan berjaya.Majlis Bandaraya Shah AlamPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201603/08597Lulus29/02/201601/03/201608:27:20
Penghabisan Stok1637/2016Sila approve. Saya hendak renew lesen sahaja. Terima kasih.Majlis Bandaraya IpohHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201601/08758Lulus13/01/201613/01/201614:36:24
HUMMER10135/2016HUMMER adalah 'LOBSTER' dalam bahasa German, Sesuai dengan barang yang hendak diniagakan iaitu LOBSTER.Majlis Perbandaran Batu PahatMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201603/09832Lulus09/03/201610/03/201607:53:34
GROCER4U59386/2016NAMA YANG SENANG DIINGATI DAN UNIK SERTA BERKAITAN DENGAN PERNIAGAAN YANG HENDAK DIJALANKAN.Majlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201612/10410Lulus30/11/201601/12/201609:39:45
IGREEN GENERATIOIN SDN. BHD.32327/2015INI ADALAH NAMA PUSAT JUALAN ISUZU YANG SUDAH ADA SEBELUM INI. SEKARANG HENDAK MEMUKA PUSAT SERVIS BAGI SYARIKAT INI. SEBAB ITU HENDAKLAH BAGI NAMA SYARIKAT YANG SAMAMajlis Bandaraya Petaling JayaPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201508/06424Lulus14/08/201518/08/201511:23:20
PENGEDAR PARTY STATION7158/2017Sudah didaftarkan di SSM3. Terjemahkan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu, jika bahasa Inggeris hendak dikekalkan sediakan dalam dwibahasa (Melayu dan Inggeris) Kenapa tidak pihak tuan yang tolong sediakan terjemahannya? terima kasih.Majlis Daerah Kota TinggiHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201702/11407Lulus13/02/201714/02/201709:12:15
SURGERI PERGIGIAN INDRA3493/2016IKLAN INI TERSEBUT DAH LEBIH 10TAHUN DIPASANG. IKLAN TERSEBUT MASIH KEADAAN BAIK,SEKARANG MBSA HENDAK SIJIL DBP TAPI ANDA BAGI PERUBAHAN DALAM IKLAN TERSEBUT....BOLEHKAH KAMI GUNAKAN IKLAN LAMA DAN DAPAT SIJIL KELULUSAN DBPMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201602/06751Lulus01/02/201602/02/201609:14:26
BCMI SDN. BHD.37598/2015Kami ingin mendapat kelulusan daripada DBP dari segi tatabahasa untuk permohonan bagi lesen perniagaan. Nama yang hendak diterjemah kepada : "Business Continuity Management Improvement"Majlis Bandaraya Petaling JayaPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201510/09030Lulus19/10/201520/10/201507:37:53
Aquarius Global Resources Sdn Bhd30396/2016Pejabat Urusan Aquarius Global Resources Sdn. Bhd. ** Untuk yang bahasa inggeris itu boleh tukarkan untuk saya tak? sebab saya tidak tahu hendak buat ayat macam mana untuk itu.Majlis Perbandaran Pasir GudangPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201606/13818Lulus27/06/201628/06/201614:29:43

Kembali ke atas